Sunday, December 28, 2008

PETUA PENULISAN 3

Untuk membuat satu karya yang baik, anda perlu tahu selok belok cerita yang anda tulis.

Oleh itu, sebelum berkarya, anda mesti tahu Plot cerita tersebut. Plot cerita boleh diringkaskan di dalam satu perenggan.

Sebagai contoh - Kisah adik-beradik kembar yang mempunyai kuasa magis, mencari ibubapa mereka yang hilang.

Itu adalah plot cerita Kembar Terpilih. Melalui plot ringkas itu, anda tahu:

i- Watak utama ialah pasangan kembar
ii- mereka punyai kuasa magis
ii- mereka mencari ibubapa yang hilang

Dengan menggunakan tiga fakta itu, anda sudah tahu apa yang perlu anda tulis. Jadi, sebagai latihan, sila buat ringkasan plot cerita anda sebagaimana contoh di atas.

Wasalam

Saturday, December 27, 2008

CEMBURU KAT AIN MAISARA

hehehee...sememangnya saya amat cemburu dengan penulis bestseller, Ain Maisara, kerana beliau banyak masa untuk menulis buku-buku bestseller nya.

Saya sudah pun membeli Aku Mahu Ke New York (box set) tetapi belum berkesempatan untuk membaca kerana jadual kerja yang terlalu sibuk.

Namun, pada waktu yang sama, saya amat gembira kerana kita ada penulis chic lit yang prolifik yang setanding dengan penulis chic lit Barat.

Semoga anda semua terus menyokong Ain Maisara juga penulis-penulis novel remaja PTS yang sememangnya terusan berkarya untuk memberi hasil terbaik kepada anda semua.

Wasalam

KOLEJ SUPERSTAR

Salam,

Alhamdulilah rezeki saya dalam pembikinan skrip filem makin bertambah. Kini, saya dalam pembikinan skrip filem cinta remaja berjodol KOLEJ SUPERSTAR juga sebuah filem komedi ringan berjodol SUAMI PILIHAN.

Insyallah KOLEJ SUPERSTAR akan diarahkan oleh Yana yang buat filem Selamat Pagi Cinta selepas Hari Raya Cina nanti, dan selepas itu baru filem SHUFFLE JIWA KACAU akan mula pengambaran.

Filem TUN FATIMAH 2010 pula pada pertengahan tahun diikuti sebuah filem musikal berjodol HORE!! HORE!!.

Dan jika tidak ada aral melintang, akan ada sebuah filem genre seram pula pada hujung tahun berjodol .... TIGA HANTU.

Wasalam

Nampaknya, saya terpaksa kurangkan sikit pembikinan novel pada tahun 2009.

Tuesday, December 16, 2008

SHUFFLE - JIWA KACAU

Salam,

Saya mohon maaf kerana lama tidak update blog ini disebabkan kesibukan dan juga kerana line internet di rumah sudah ditamatkan. Jadi, saya hanya boleh update apabila di pejabat ataupun di cyber cafe.

Tapi, sebab paling utama ialah kerana saya sedang menyiapkan skrip filem remaja - Shuffle: Jiwa Kacau, yang bakal diarahkan oleh Farid Kamil.

Insyallah, pengambaran akan bermula sebelum April dan kerana itulah saya terpaksa tungkus lumus untuk siapkan skripnya.

Oh ya, memandangkan filem ini berkisar dunia shuffle, jika anda hebat ber-shuffle atau kenal rakan-rakan yang hebat beraksi shuffle, sila tinggalkan e-mail di sini. Ini kerana, filem ini mahu ketengahkan pelajar-pelajar sekolah yang boleh shuffle bagi memeriahkan filem ini supaya nampak lebih realistik.

Anda atau rakan-rakan yang berminat, akan saya kumpulkan nama dan serahkan kepada pihak produser untuk sesi ujibakat.

Jangan ketinggalan!

wasalam

Wednesday, December 10, 2008

CINTA GADIS PONTIANAK 2 & 3

Sinopsis CINTA GADIS PONTIANAK 2

Hubungan cinta Asmira dan ASP Farid makin intim lantaran Asmira mulai sedar dirinya bukan dilaknat Tuhan malahan kelebihan luarbiasanya boleh digunakan untuk kebaikan.
Kedua-dua mula merancang untuk berkahwin.Namun, kehadiran satu pontianak yang mengganas di Kuala Lumpur serta membunuh lelaki-lelaki berusia 40 tahun, menjadikan kota metropolitan huru hara.
ASP Farid mengetuai pasukan khas menjejak pembunuh dan mula mengaitkan si pembunuh dengan kesan-kesan cakaran yang ditemui sewaktu kes pencolekan Asmira. Asmira menggunakan kuasa luarbiasanya untuk menjejak si pontianak dan akhirnya bersemuka dalam satu pertarungan paling sengit.

AKAN DATANG 2009

Sinopsis CINTA GADIS PONTIANAK 3

Lima tahun berlalu semenjak perkahwinan antara Asmira dan ASP Farid. Kebahagiaan yang mereka kecapi melahirkan Shafika, anak perempuan comel yang berusia 4 tahun. Asmira masih mencari jalan untuk melupuskan darah pontianak di dalam tubuhnya untuk menjadi manusia normal.
Akhirnya, beliau menemui seorang pawang Indonesia yang mengakui boleh membantunya.Rahsia yang selama ini disimpan daripada Farid, akhirnya memakan diri Asmira apabila Shafika, pada ulangtahun ke 4nya, menunjukkan tanda-tanda luarbiasa yang dimiliki oleh Asmira.
Asmira tidak punyai jalan lain selain berterus terang kepada Farid. Farid tidak dapat menerima hakikat isterinya berdarah pontianak lalu menjauhkan diri daripada Asmira.Rumahtangga mereka mula bergoncang.
Asmira akhirnya bertemu dengan pawang Indonesia itu untuk memusnahkan kuasa luarbiasanya demi untuk mendapatkan Farid semula.
Rupa-rupanya, pawang itu juga mempunyai niat tersembunyi. Beliau mahu mencolek Shafika untuk dibesarkan untuk tujuan jahat.Tanpa sebarang kuasa luarbiasa, Asmira terpaksa lakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan Shafika!

AKAN DATANG 2010

Monday, December 8, 2008

KURANG SIHAT

Salam,

Maaf kerana lama tidak up date blog ini. Saya kurang sihat kerana viral fever. dah tua ni, antibodi lambat sikit nak lawan penyakit agaknya.

Insyallah, dalam sehari dua ni, saya akan masukkan ADA HANTU BAWAH KATIL juga entri terbaru.

Wasalam

Wednesday, November 26, 2008

ADA HANTU BAWAH KATIL -

Salam,

Siri cerpen pertama jenama JANGAN TAKUT! sudahpun siap. Jodolnya ialah ADA HANTU BAWAH KATIL.

Ia berkisar seorang budak lelaki yang katilnya selalu kena goyang sewaktu tidur! Rupa-rupanya ada hantu bawah katilnya....

Nantikan di sini secara percuma , MINGGU DEPAN...

wasalam

Thursday, November 20, 2008

JANGAN TAKUT! - DON'T BE SCARED!

Salam,

Tidak lama lagi, saya akan letakkan di laman ini, SECARA PERCUMA siri cerpen-cerpen seram untuk bacaan kanak-kanak dan remaja.

Siri ini akan dijenamakan sebagai JANGAN TAKUT!

JANGAN TAKUT! akan meremangkan bulu tengkok anda di sini...tidak lama lagi.


Soon, I will post a series of horror short stories for kids and teens FREE on this site. The series will be placed under the brand DON'T BE SCARED!

So, keep on visiting this site if you want to sleep with your bedroom lights on!!!! But hey...DON'T BE SCARED!!!!!!

DI AMBANG MAUT KEGEMARAN RAMAI - At Death's Door is everyone's favourite

Terima kasih kerana telah membuat undian untuk siri Kembar Terpilih paling anda suka.

mengikut undian, ini adalah turutan siri Kembar Terpilih yang anda gemar:

1- Di Ambang Maut
2- Jatuh Hati
3- Kembar Terpilih
4- Dalam Bahaya

Saya akan menggunakan data ini, untuk menambahbaik siri-siri Kembar Terpilih yang akan datang, mengikut citarasa anda sekelian.

Thank you for your vote on your favourite Twin Witches series. Here's the result.

1- At Death's Door
2- Love Potion
3-The Twin Witches
4- Imminent Danger

I will use the polling result to improve the series for your reading pleasure.

Pertandingan Menulis Cerpen Dunia Magis

Salam,

Nampaknya, sudah semakin ramai yang menghantar cerpen untuk pertandingan ini.
Kepada yang belum hantar, masih ada banyak masa lagi kerana tarikh tutup adalah 15 Januari 2009.
Sengaja saya beri waktu yang panjang untuk memberi peluang kepada adik-adik yang menduduki SPM, memasuki pertandingan ini.
Anda boleh hantar seberapa banyak cerpen ya. Jadi, jika anda rasakan ada idea yang lebih bagus, sila hantar lagi.

wasalam

Tuesday, November 18, 2008

PETUA PENULISAN KREATIF 2 - MORE CREATIVE WRITING TIPS

Petua ini disertakan di dalam buku panduan penulisan kreatif saya yang dalam pembikinan.

*Jangan buang apa yang telah anda tulis walaupun anda rasakan karya anda itu bertaraf 'sampah'.
Simpan dan jadikan ia sebagai contoh untuk memperbaiki penulisan anda. Ini kerana, apabila anda membaca semula penulisan anda yang awal, anda akan dapat melihat peningkatan yang ada dan ini akan memberi anda semangat untuk terus berkarya.
Satu sebab lain ialah, berkemungkinan, karya itu hanya perlu dikemaskini dan diperbaiki untuk dijadikan satu karya yang bagus. Jadi, jika anda membuangnya, tentu rugi bukan?

Here's another writing tip, which is included in my new book on creative writing.

*Do not throw away what you have written even if you think it is crappy!
Keep it and use it as a guide to improve your writings. In fact, when you reread it in the later years and compare it to your current writings, you will see a vast difference and this will motivate you to keep on writing.
Another reason is that, maybe that writing only requires some amendment or rewrites to turn it into a masterpiece. So KEEP ALL THAT YOU HAVE WRITTEN!!!!!!

Monday, November 17, 2008

DRAMA AKSI BIONIK?

Salam,

Khabar terbaru tentang drama di TV ialah sebuah drama aksi berjodol BIONIK. Untuk pengetahuan anda, konsep dan jalan cerita BIONIK (jodol asal ialah BADANG) ini telah saya berikan kepada pihak penerbit tetapi baru-baru ini, saya telah diberitahu bahawa, konsep dan jalan cerita itu tidak diluluskan oleh penerbit.

Tidak mengapa, saya sertakan di sini, jalan cerita yang telah saya hantar untuk bacaan anda sekelian. Harap-harap jalan cerita ini tidak dicuri oleh pihak penerbit tersebut.

Oh ya, konsep dan jalan cerita ini tidak ada kena mengena dengan siri BUDAK BIONIK.


EPISOD 1
Sewaktu percutian keluarga, Adam bersama-sama dua rakan baiknya, Ijan dan Boy, melakukan aktiviti para-gliding. Namun, akibat satu kesilapan teknikal, para-glider Adam tidak berfungsi, menyebabkan Adam cedera parah.
Prof Razak, yang mengetuai satu projek rahsia sebuah syarikat swasta, mengambil keputusan untuk menjadikan anaknya, sebagai bahan ujikaji keberkesanan ciptaan beliau - anggota badan bionik. Pada awalnya, tindakan Prof Razak dibantah keras oleh isterinya, Marini namun apabila sedar, itu satu-satunya cara merawat Adam, Marini setuju.
Adam dibedah dan mempunyai dua anggota tangan bionik, dua anggota kaki bionik dan mata palsu sebelah kiri elektronik.
Apabila sembuh, Adam terpaksa membiasakan diri dengan anggota barunya dan mula kehilangan 'kemanusian'nya apabila sedar sebahagian dirinya adalah robot.
Apabila kembali di kolej, keistimewaan Adam diperhatikan oleh Usman, pemberita sebuah akhbar tabloid.
Usman kemudian cuba memerangkap Adam supaya menggunakan kekuatannya di depan kamera, supaya berita itu dapat dilaporkan. Akibatnya, Adam terpaksa lebih berhati-hati, apabila menggunakan kekuatannya, termasuk apabila berdepan dengan pelbagai kemalangan yang dilakukan oleh Usman.

EPISOD 2
Adam dan rakan-rakan pergi memancing pada hujung minggu di sebuah kolam pancing air tawar. Sepanjang berada di situ, Adam rasa letih dan pening-pening. Apabila seorang budak terjatuh ke dalam kolam, Adam cuba membantu tetapi akibatnya, Adam yang hampir lemas dan diselamatkan oleh Boy.
Adam mencari punca mengapa kekuatannya hilang, dan mendapati tidak berapa jauh daripada kolam tersebut, ada sebuah kilang membuat magnet.

EPISOD 3
Kolej dikejutkan dengan kemalangan-kemalangan serius yang melibatkan beberapa pelajar lelaki. Ramai berpendapat, kemalangan-kemalangan itu disebabkan oleh roh pelajar mati yang tidak tenteram.
Apabila Boy menjadi mangsa seterusnya, Adam menyiasat dan mendapati, kemalangan-kemalangan itu berpunca daripada seorang pelajar perempuan bernama Lily yang boleh bertukar jadi halimunan. Dan perempuan itu mahu membalas dendam terhadap budak-budak lelaki yang pernah mengecewakannya! Budak perempuan itu adalah salah satu daripada mangsa ujikaji Dr Rais.
Di sini, Adam mulai sedar matanya boleh mengesan aura panas.

EPISOD 4
Hubungan antara Farah dan Adam mulai intim. Namun, ia tidak digemari oleh Farid yang sanggup membayar gangster untuk membelasah Adam.
Ijan pula mempunyai masalah besar apabila beliau diburu oleh Along, apabila dia meminjam duit, untuk membeli motorsikal.

EPISOD 5
Adam, Ijan dan Boy, Farah dan Farid dalam perjalanan di atas bot untuk ke sebuah pulau persendirian. Apabila bot yang mereka naiki rosak teruk akibat ribut, mereka tersadai di sebuah pulau kecil yang terpencil. Adam terpaksa menggunakan kelebihannya tanpa dilihat oleh Farah dan Farid, sehingga diselamatkan.

EPISOD 6
Seorang pelajar baru menunjukkan kebolehan luarbiasa seperti Adam! Masalahnya, pelajar itu langsung tidak menyembunyikan kekuatannya, malahan suka menunjuk-nunjuk!
Adam menyiasat latar belakang pelajar itu dan mendapati pelajar tersebut sebenarnya menggunakan hormon yang terlarang.
Apabila Adam cuba menasihati, pelajar tersebut mencabar Adam untuk beradu kekuatan.

EPISOD 7
Usman berjaya merakamkan Adam menggunakan kekuatan luarbiasanya! Kerana tamak, Usman meminta wang daripada keluarga Adam sebanyak RM2 juta, jika tidak, rahsia Adam akan disebarkan.
Oleh kerana Adam dan keluarga tidak mampu membayar wang itu, Usman melaporkan cerita tentang Adam beserta foto-foto Adam, sebagai bukti.
Akibatnya, wartawan lain juga orang ramai, berkunjung ke rumah Adam untuk melihat sendiri kekuatan Adam.
Adam hanya ada satu cara untuk mematikan berita-berita itu – dia terpaksa buktikan kepada semua orang yang dia hanyalah pemuda biasa.
Pada waktu yang sama, Dr Rais berjaya menghidu ciptaan Prof Razak dan menghantar konco-konconya untuk mencuri maklumat rahsia tersebut.

EPISOD 8
Sewaktu mencari bola yang disepak kuat oleh Adam, Adam terkena kejutan elektrik daripada kabel elektrik yang putus.
Akibatnya, kekuatan yang ada pada Adam hilang!
Pada awalnya, Adam gembira kerana dapat menjalani kehidupan normal, tetapi apabila dia gagal menyelamatkan Farah daripada menjadi mangsa copet, Adam sedar, dia perlu mencari jalan untuk mendapatkan semula kekuasaannya dengan bantuan ayahnya.

EPISOD 9
Adam sakit teruk! Satu penyakit luarbiasa menyebabkan Adam lemah dan tak bermaya. Oleh kerana Adam tidak boleh dihantar ke hospital, untuk menjaga rahsianya, ibubapa Adam meminta bantuan seorang doctor pakar yang juga kawan karib ayah Adam, untuk merawatnya. Masalahnya, doctor itu sendiri tidak tahu punca penyakit Adam!
Prof Razak kemudian mendapati, virus yang menyerang Adam berpunca daripada virus yang menyerang anggota bionik anaknya.
Prof Razak kemudian terpaksa meminta bantuan Dr Rais untuk menyelamatkan Adam.

EPISOD 10
Usman yang tamak, telah menceritakan rahsia Adam kepada satu kumpulan penjenayah. Ketua penjenayah kemudian berkomplot dengan Usman, untuk menggunakan Adam bagi tujuan merompak rumah seorang hartawan.
Usman tahu kelemahan Adam adalah Farah, lalu mereka mencolek Farah dan kemudian memaksa Adam menjalankan rompakan tersebut.
Adam terpaksa lakukan demi keselamatan Farah. Adam diminta untuk membuka bilik besi rumah tersebut dan mencuri beberapa dokumen penting. Adam fikir tugasnya mudah tetapi apabila tiba di rumah tersebut, dia jadi lemah kerana rumah itu terletak pada satu grid arus magnetik yang kuat.
Adam akhirnya berjaya merompak rumah tersebut juga menyelamatkan Farah daripada penjenayah. Tetapi, tanpa Adam sangka, rompakannya yang menggunakan kekuatan luarbiasa, telah dirakam oleh kamera CCTV milik hartawan itu.
Pada waktu yang sama, Dr Rais telah berjaya mencipta robot yang kelihatan seperti manusia yang ditugaskan untuk menguji kekuatan Adam.

EPISOD 11
Rakaman CCTV menunjukkan Adam menggunakan kuasa luarbiasa berada di tangan pihak polis yang menyiasat rompakan tersebut.
Sekali lagi Adam dan rakan-rakannya berdepan dengan masalah apabila Adam ditahan polis. Adam pula berjanji tidak akan menggunakan kuasa luarbiasanya semasa ditahan di dalam lokap untuk membuktikan bahawa dia budak biasa.
Tetapi apabila Ijan memberitahu Adam bahawa nyawa Farah dalam bahaya kerana diburu oleh Usman yang mahu membalas dendam, Adam terpaksa mencari jalan keluar tanpa dilihat polis.
Ijan mula mencipta topeng dan kostum supaya identiti Adam diselindung apabila beliau mahu membantu orang dalam kesusahan.


EPISOD 12
Lily, gadis halimunan muncul kembali! Kali ini beliau meminta bantuan Adam untuk mencari ayahnya yang sudah lama menghilang.
Pencarian ayah Lily, membawa mereka ke sebuah gudang rahsia yang mempunyai tahap sekuriti tinggi dan canggih.
Apabila Lily dan Adam terperangkap dalam gudang itu, barulah Adam tahu Lily sebenarnya mencari lelaki itu untuk membalas dendam! Lelaki itu adalah Dr Rais yang pernah membuat kajian terhadap Lily!
Dan lebih memeningkan kepala Adam apabila Dr Rais telah mencipta satu robot yang mirip Adam juga lebih canggih. Adam terpaksa menggunakan 'naluri manusia'nya untuk mengalahkan Adam Robot.

EPISOD 13
Akibat terkena panahan kilat sewaktu berjogging, Adam hilang ingatan!
Adam bukan saja tidak tahu siapa dirinya, malahan tidak tahu tentang kekuatan yang dia ada.
Adam merayau-rayau di sekitar Kuala Lumpur, tanpa hala dan tujuan. Dan apabila dia menyedari dirinya tidak boleh cedera, Adam menyangka dirinya terkena sumpahan!
Ijan dan rakan-rakan pergi mencari Adam dan apabila menemuinya, terpaksa meyakinkan Adam bahawa dia bukan kena sumpahan!

EPISOD 14
Adam berdepan dengan makhluk asing dari bintang! Sebuah kapal angkasa muncul di Shah Alam. Satu makhluk asing muncul untuk membuat kajian tentang manusia dan telah bertukar menjadi seorang pelajar perempuan , untuk tujuan tersebut.
Untuk kekal di bumi, makhluk tersebut menyedut tenaga manusia hingga menyebabkan mangsanya jadi katatonik.
Apabila Ijan menjadi mangsa terbaru, Adam terpaksa memburu makhluk asing itu dan membunuhnya.

EPISOD 15
Adam dan rakan-rakan ditugaskan untuk membuat dokumentari tentang kehidupan orang asli.
Di perkampungan orang asli yang masih mengekalkan adat resam dan menolak arus moden, Adam mengenali erti ketenangan dan kepentingan alam.
Menggunakan kekuatannya secara rahsia, Adam juga membantu membina rumah yang rosak akibat ribut.
Apabila perkampungan itu diancam oleh sekumpulan pembalak haram, Adam dan rakan-rakan membantu.

EPISOD 16
Dr Rais dan Usman bersekongkol lagi dan telah menangkap Prof Razak supaya Adam menyerah diri.
Apabila Adam menyerah diri untuk menyelamatkan ayahnya, beliau dijadikan bahan ujikaji di mana kekuatan anggota badannya serta minda manusianya, dikaji secara fisikal dan mental.
Adam sedar dia perlu lakukan sesuatu untuk menyelamatkan diri sebelum rahsia ‘kelemahannya’ berjaya dihidu.

EPISOD 17
Kolej menjadi sebuah set pengambaran filem aksi! Apabila Adam menyelamatkan pelakon remaja terkenal daripada satu kemalangan di set, si pelakon mula jatuh cinta dengan Adam.
Akibatnya, Farah mulai cemburu. Tetapi, apabila si pelakon mulai terlibat dengan beberapa lagi kemalangan lain, Adam mula terfikir sama ada itu hanya lakonan atau ada orang yang mahu membunuh si pelakon jelita.

EPISOD 18
Kampus mula dihantui dengan pelbagai kes kecurian barang! Malahan kedai-kedai berhampiran juga berdepan dengan masalah yang sama.
Peliknya, rompakan itu seperti dilakukan oleh hantu, lantaran ia amat pantas dan bagai ‘sekelip mata.’
Rupa-rupanya, ia dilakukan oleh seorang budak lelaki belasan tahun bernama Kirol, yang mempunyai kebolehan berlari sepantas kilat.
Adam berjaya menangkap budak lelaki itu yang mula mengajarnya erti ‘kebebasan’ dan ‘kuasa’.

EPISOD 19
Sewaktu dalam proses 'charging' anggota badan bioniknya, satu mulfunction pada sistem komputer hampir meragut nyawa Adam.
Setelah diselamatkan, karaktor Adam mula bertukar menjadi jahat. Adam bukan saja menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri sendiri, tetapi juga mula menunjuk-nunjuk.
Prof Razak, Ijan dan Boy bertungkus lumus mencari punca krisis identiti Adam, sebelum rahsia yang selama ini disimpan rapi, terbongkar.


EPISOD 20
Rahsia Adam akhirnya diketahui Farah! Ini berlaku apabila Adam menyelamatkan Farah daripada kereta yang terbakar.
Adam telah membuka topeng/helmetnya kerana menyangka Farah pengsan, tetapi sebaik di buka, Farah juga membuka mata.
Adam akhirnya menceritakan kepada Farah, apa yang berlaku menyebabkan Farah mula menjauhkan diri daripada Adam, yang dia anggap sebagai ‘tidak normal’.

EPISOD 21
Dr Rais berjaya 'upgrade' Robot Adam yang kini mampu beremosi seperti manusia.
Dengan bantuan Usman, Adam berjaya dicolek dan ditempatkan dalam sebuah kurungan berdinding magnetik. Robot Adam pula, dihantar ke rumah keluarga Adam. Tujuan Dr Rais ialah untuk mengkaji keberkesanan ciptaannya dan juga untuk mencuri dan memusnahkan semua ujikaji Prof Razak.
Robot Adam berjaya menipu Prof Razak, Marini serta rakan-rakan Adam kerana 'memori' robot tersebut, diisi dengan memori Adam sejak kecil.
Tetapi, naluri Farah dapat menangkap ada sesuatu yang tidak kena pada 'Adam Robot' dan Farah kemudian menyakinkan Ijan dan Boy, itu bukan Adam.
Farah, Ijan dan Boy kemudian mencari jalan untuk menjejak Adam dan apabila sedar Adam terperangkap dalam sebuah kawasan sekuriti tinggi, Ijan mencipta satu kostum (ala-ala Iron Man) yang kemudian digunakan oleh Boy, untuk menyelamatkan Adam.
Apabila Adam terlepas, Robot Adam dan Adam bersemuka sekali lagi dan kali ini, kedua-duanya sama hebat kerana masing-masing boleh membaca gerak seterusnya.

Sunday, November 16, 2008

WHAT IS A WITCH

A witch (as related to this site) , is :

i) enchantress: a female sorcerer or magician
ii) a being (usually female) imagined to have special powers derived from the devil
Wiccan: a believer in Wicca

Popular witch characters -

i) Sabrina, the teenaged witch
ii) Prue, Piper, Phoebe and Paige also known as the Charmed Ones in CHARMED.
iii) Samantha of Bewitched

DWI BAHASA - DUAL LANGUAGES

Salam,

Mulai sekarang, rencana di Laman Web ini akan dihasilkan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan INGGERIS. Ini bertujuan untuk menarik minat pembaca yang lebih fasih BAHASA INGGERIS. Secara tidak langsung, ia juga bertujuan supaya peminat Kembar Terpilih, dapat menambahkan dan meningkatkan pembacaan dalam BAHASA INGGERIS. Semoga versi dwi-bahasa ini memberi kebaikan untuk semua.

Hai,

From now, this site will feature postings in two languages - Malay language and English language. This is for the benefit of non-Malay readers to read the postings. It is also to encourage fans to learn and improve their English language. My hope is for fans and non-fans to benefit when entering this site.

DO YOU WANT TO READ THE TWIN WITCHES?

Hi,

The first book of this popular series, KEMBAR TERPILIH 1, will be translated into English upon request with the title THE TWIN WITCHES.

However, it will only be translated if the request for the book is good and upon approval from the publisher, PTS ONE. If you want the ENGLISH version, please provide your name and e-mail address here.

Thank you

THE TWIN WITCHES

The Twin Witches is a story of twin sisters - Misha and Marsha who are descendant from a family of witches. The sisters, despite being twins have different personalities and appearances.

Misha, the elder twin sister is responsible, hard working, shy and always think of others while Marsha is irresponsible, lazy, a blabber-mouth and selfish. However, despite the differences, the two are joined by their blood and their responsibility of being the most powerful witches in the world.

Using spells and potions, the sisters help those in need and at the same time, try to defend themselves from being killed by warlocks. The warlocks are the witches' sworn enemy. The witches are the power of good while the warlocks are the power of evil.

And they are still in high school thus they also have to balance their time between saving people and school works. Marsha of course always try to use magic to settle her homework or to get the attention of the school's hunk. Unfortunately, the spells cannot be used for self-gain, thus each time it is used to benefit the sisters, the spell backfires!

To make things more complicated for the sisters, their parents had mysteriously disappeared when tsunami struck the nation in 2004. A week after that incident, the sisters got their powers and had to learn to use it from their grandmother, who takes on the resposibility of taking care of them.

On top of that, the two sisters fall in love with the same school hunk, Farid, who is actually a young warlock! So, when good magic and bad magic meets - sparks definitely fly!

At the beginning, Misha and Marsha thought it was cool being witches - especially since they can turn invisible and create fire balls, but when their lives and the world are at stake, they know they are the only hope for mankind to survive!

Wednesday, November 12, 2008

KISAH WARTAWAN KOTA - A JOURNALIST'S TALE

Salam,

untuk pengetahuan semua, ini adalah antara karya penulisan saya yang paling awal, iaitu semasa menjadi penulis pojok di dalam majalah Lawak Antarabangsa -UJANG. Waktu itu, saya menggunakan nama pena MAIL KERING.

Sila klik pada imej untuk membaca:


This is one of my earliest writings. I wrote it when I was a contributor to Malaysia's best-selling humour magazine, UJANG. Didn't realise that I can write humour!

Sunday, November 9, 2008

TANYA APA SAJA - GOT A QUESTION?

Salam,

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang siri Kembar Terpilih, Budak Bionik atau pun karya-karya saya yang lain, silalah bertanya di sini.

Insyallah, akan saya menjawab sebaik mungkin.

Wasalam

HELLO!

If you have any question to ask about any subject related to this site or about my new books, please do so. I will answer each question ASAP.

Thank You

Thursday, November 6, 2008

EPILOG MENANTI AJAL

EPILOG

MARSHA tersenyum sebaik saja kakaknya Misha dan ayahnya, Tuan Osman selamat berada di atas bukit. Tubuhnya sudah tidak berdaya dan dia tersungkur ke tanah. Kedua-dua belah kakinya rasa lembik. Seluruh badannya sudah tidak bermaya lagi sehinggakan hendak menggerakkan jari-jarinya pun, dia tidak larat.

Darah mengalir keluar daripada rongga hidung Marsha. Degupan jantungnya semakin lemah, menanti henti. Namun budak perempuan itu dapat merasai ketenangan yang hadir pada dirinya. Dia gembira kerana dapat berbakti kepada keluarganya. Marsha gembira kerana dia dapat berkorban demi kesinambungan keturunan dukun terbilang. Sekurang-kurangnya pengorbanannya berbaloi sebagaimana pengorbanan ibunya, Puan Rubiah yang meninggal dunia mempertahankan si kembar. Juga sebagaimana si Kembang mati supaya adik-beradik kembar itu boleh hidup.

Bunyi ombak yang terhasil akibat tsunami makin kuat dan menakutkan, tetapi Marsha pasrah. Dia sudahpun bersedia. Jika ditakdirkan ajalnya sudah tiba, dia bersedia menerimanya.

"Anggotaku kuat besi pejal,
Uratku kuat besi pejal,
kulitku kuat besi pejal,
Tak lut semua selain ajal."

Dan sebaik saja selesai mantera itu diucapkan, satu ombak besar setinggi pokok kelapa dan lima kali lebih deras kelajuan tren ERL menghempas tubuh kerdilnya.

Marsha hanya sempat melafazkan dua kalimah syahadat, sebelum tubuh longlainya dibawa ombak lalu menghempas bukit. Impak hempasan itu, mampu meranapkan segala tulang dalam tubuh seorang manusia. Mujur, waktu itu, mata si kembar Marsha sudahpun tertutup...

*akan datang awal 2009

Tuesday, November 4, 2008

CEDERA WAKTU BERKHEMAH?

Misha dan Marsha pernah mengikuti perkhemahan anjuran sekolah mereka satu ketika dulu.
Dan sewaktu bergegas untuk mengambil air di sungai, salah seorang rakan mereka, Abu telah jatuh dan cedera. Betisnya luka teruk dan berdarah akibat terkena akar kayu yang tajam.

Oleh kerana Misha dan Marsha tidak berani menggunakan mantera di hadapan rakan-rakan mereka, si kembar terpaksa mencari akal lain untuk menghentikan darah yang mengalir.

Misha telah mencari anak pokok pisang, lalu ditebangnya. Getah daripada pokok yang ditebang itu dilumurkan pada betis Abu yang berdarah.

Alhamdullilah, darah dapat dihentikan segera manakala lukanya pula cepat sembuh.

Mungkin petua ini boleh digunapakai jika ada rakan-rakan yang luka sewaktu berkhemah.

NAK BELI BUKU?

Sukar mendapatkan buku-buku karya saya yang tersenarai di bawah di kedai-kedai buku? Sila senaraikan buku yang anda mahu di sini berserta emel anda. saya akan hubungi secepat mungkin.

Proses pembayaran adalah melalui kiriman wang pos dan buku akan dikirimkan melalui pos laju ke alamat rumah anda - cepat dan selamat!!!

Wasalam

Sunday, November 2, 2008

Teaser KEMBAR TERPILIH MENANTI AJAL

Salam, inilah dia salah satu bab daripada buku Kembar Terpilih Menanti Ajal.
Harap anda semua terhibur.


MISHA tercampak ke udara. Matanya terbeliak apabila mendapati tubuhnya akan merempuh dinding konkrit. Dia tahu jika badannya terhempas pada dinding tersebut, tulang-tulangnya akan patah.

Bibir budak perempuan itu cepat-cepat menutur satu mantera. Lantas, satu tembok tenaga terhasil, sebaik saja badannya hampir terkena dinding. Tembok tenaga yang umpama tilam itu, menyelamatkan Misha daripada cedera teruk.

“Aduh!”

Misha cepat-cepat memegang betis kirinya yang cedera apabila dia jatuh ke tanah. Budak perempuan itu tidak sempat mengambil nafas apabila badannya terangkat semula ke udara!

Kali ini, tubuhnya melayang tinggi, setiap saat melepasi setiap aras bangunan hospital 12 tingkat itu. Darah Misha tersirap kerana sedar, jika dia jatuh ke tanah, tubuhnya akan berkecai.

“Tolong…jangan!!!” pinta Misha sambil meronta-ronta cuba turun ke tanah.

Namun, rayuan Misha tidak diendahkan oleh budak perempuan yang sedang tersenyum memandangnya. Budak perempuan yang sedang mengawal tubuh Misha menggunakan mindanya.

Sambil mencekak pinggang, Lily menggunakan kuasa telekinesisnya mengangkat Misha lebih tinggi ke udara.

Misha tahu jika dia lambat berbuat sesuatu, ajal akan sampai. Akhirnya, Misha menuturkan satu mantera, yang menghasilkan sebiji bebola api sebesar guli.

“Saya tak mahu cederakan awak…tapi saya terpaksa…” bisik Misha lalu melontar bola api itu kepada budak perempuan tersebut.

Bola api itu meluru laju ke arah Lily. Budak perempuan itu nyata terkejut dan terpaku seketika.

Lily terduduk jatuh ke tanah apabila bola api itu menghempas dadanya. Konsentrasi Lily terhadap Misha hilang.

“Ya Allah!!!!!!!” pekik Misha sebaik saja mendapati dirinya tidak lagi dalam genggaman kuasa telekinesis Lily.

Malahan, Misha kini sedang jatuh ke bumi daripada aras bumbung hospital.

Dan akibat terlalu kalut, Misha tidak ingat bagaimana hendak menggunakan kuasa terawang-awang nya. Kuasa yang boleh menyelamatkan dia daripada maut.
Misha cuba membina tembok tenaga tetapi suaranya tersekat-sekat kerana sedang jatuh daripada aras yang tinggi, menyebabkan dia tercungap-cungap.

Di bawah, budak perempuan bernama Lily hanya melopong mulut melihat musuhnya jatuh. Lebih terbeliak biji matanya apabila sesuatu yang ganjil sedang berlaku.

Hanya tinggal dua aras sebelum Misha terhempas ke tanah, tubuh budak perempuan itu disambar oleh sepasang tangan!

“Farid…" nada suara Misha bercampur lega dan terkejut apabila menyedari dirinya sudah selamat.

“Awak ok?” tanya budak lelaki itu, sambil mendarat ke tanah bersama-sama Misha yang menggeletar tubuhnya, akibat berdepan dengan maut.

Misha angguk kepala tanda dia tidak cedera walaupun betis kirinya terasa sakit. Namun, belum sempat rasa lega, jantung Misha berdegup kencang semula.
Sebuah kereta Kancil sedang melayang deras betul-betul ke arah mereka berdua…

*Akan datang awal 2009

Sila tinggalkan pendapat anda tentang bab ini. Adakah ini yang anda mahukan dari Kembar Terpilih 5. Pandangan anda amat dihargai untuk memperbaiki manuskrip Menanti Ajal.

Saturday, November 1, 2008

PETUA PENULISAN KREATIF - A CREATIVE WRITING TIP

Salah satu petua penulisan kreatif daripada buku yang sedang saya tulis -JOM MENULIS CERITA, ialah:

-Setelah siap karangan/cerita yang ditulis, simpan satu atau dua hari, kemudian baca semula dan buat penambah baikan kepada karangan/cerita itu. Ini kerana, biasanya anda akan mendapat idea-idea tambahan bagaimana untuk menambah rempah ratus atau memperbaiki karangan/cerita anda, selepas karangan/cerita itu siap.

Bagi petua-petua seterusnya, nantikan buku panduan JOM MENULIS CERITA, Insyallah akan berada di pasaran tahun 2009.

This is one of the tips that will be featured in my new book - LET'S WRITE A STORY.

-Once you have completed writing a story, keep it for a day or two. Write something else or do something else to get your mind off that piece. After the two days, reread what you have written and amend the story. You will find yourself adding or even make several other changes to the story that will make it a BETTER story.

Maksud MAGIS - WHAT IS MAGIC

Salam,

Menurut Kamus Dewan :

magis -
luar biasa dan mengandungi (mempunyai) keupayaan dsb yg tersembunyi, ghaib: kisah kehidupan di angkasa raya dgn kekuasaan ~ atau yg berunsurkan tahyul; mengikut Winstedt, raja itu juga mempunyai kuasa ~.

MAGIK ialah perkataan Bahasa Inggeris iaitu MAGIC dan tidak ada dalam senarai gunapakai perkataan Bahasa Melayu.

Wasalam

MAGIC is the art that purports to control or forecast natural events, effects, or forces by invoking the supernatural.
It is also the practice of using charms, spells, or rituals to attempt to produce supernatural effects or control events in nature.

Friday, October 31, 2008

Pertandingan Menulis Cerpen Dunia Magis

Salam,

Bagi menggalakkan pembaca remaja menggunakan kreativiti dan imaginasi serta memupuk minat menulis, saya mengumumkan satu pertandingan menulis cerpen di laman ini - "Pertandingan Menulis Cerpen Dunia Magis."

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah RENDAH dan MENENGAH di Malaysia dan Singapura bagi mencungkil bakat penulisan generasi muda.

TEMA
Cerpen mestilah yang asli dan mempunyai unsur-unsur magis yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Anda tidak boleh menggunakan watak-watak daripada mana-mana buku sedia ada termasuklah Kembar Terpilih mahu pun Harry Potter.

SYARAT-SYARAT

*Mesti menggunakan dokumen Words, ditaip menggunakan font Times New Roman bersaiz 12 dan langkau satu baris. Panjang cerpen mesti TIDAK KURANG daripada 750 patah perkataan.

*Cerpen mesti ditulis menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.

*Anda boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi setiap penyertaan mesti mempunyai butiran-butiran berikut: nama penuh, nombor kad pengenalan, nama sekolah, nombor telefon dan alamat surat menyurat. (butiran-butiran hanya untuk rekod).

*Hantarkan cerpen anda melalui emel kepada saya di meor.shariman@gmail.com

Saya akan membalas email anda setelah menerimanya. Dan senarai nama peserta serta tajuk cerpennya akan saya senaraikan di laman ini.

*Tarikh tutup penyertaan ialah pada Januari 15, 2009. Keputusan pemenang akan saya senaraikan di laman ini pada Februari 1, 2009. Keputusan adalah muktamat.

HADIAH-HADIAH

1 x Hadiah 1
Wang tunai RM150 dan satu koleksi lengkap buku-buku karya Meor Shariman

*Kembar Terpilih
*Kembar Terpilih Jatuh Hati
*Kembar Terpilih Dalam Bahaya
*Kembar Terpilih Di Ambang Maut
*Bagai Sejuta
*Badang
*Sumpahan Fasha
*Tak Tahu Antara Dua
*Pemburu Puaka
*Cicakman
*Duyung
*Kian
*Rrama
*Cicakman 2 Planet Hitam
*Main-Main Cinta
*Kasanova
*Cinta Gadis Pontianak

1x Hadiah 2
Wang tunai RM100 dan tiga buah buku karya Meor Shariman

1x Hadiah 3
Wang tunai RM50 dan dua buah buku karya Meor Shariman

7 x Hadiah saguhati
Sebuah buku karya Meor Shariman

*Cerpen yang menang akan disiarkan di laman ini serta dikumpulkan sebagai Buku Comel untuk edaran secara percuma.

**Jika pemenang adalah dari Singapura, hadiah wang tunai adalah dalam Dollar Singapura.

NOTA: Karektor paling kreatif dan menarik akan dimasukkan ke dalam siri Kembar Terpilih 6 sebagai karektor undangan!

Mantera Menurut Islam

Maklumat di bawah saya perolehi semasa membuat kajian tentang mantera untuk siri Kembar Terpilih.

Rasulullah SAW pernah menggunakan jampi mantera untuk memohon perlindungan daripada Allah dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran.

"Diriwayatkan oleh Aisyah r.a: Rasullulah SAW telah menghembuskan ke atas dirinya ketika sakit yang membawa kewafatannya dengan al-mu’awwizat. Apabila sakitnya bertambah tenat aku menghembusnya dengan al-mu’awwizat, kemudian aku sapu dengan tangannya sendiri untuk mengambil barakah. Az-Zuhri bertanya; Bagaimana cara dia menghembus, Jawabku: Dia menghembus ke atas dua tapak tangannya, kemudian menyapu mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya."

*Al-Mu’awwizat yang dimaksudkan ialah bacaan Surah al-Falaq, al-Nas dan Qul huwal’Llah.

Manakala dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud dalam sunnahnya dijelaskan tentang mantera.

‘Dari Auf bin Malik ia berkata, kami pernah menggunakan jampi mantera ketika zaman Jahiliah dahulu. Lalu kami bertanya: Ya Rasulullah, apakah pendapat tuan mengenai perkara ini. Baginda menjawab: Perdengarkan kepadaku jampi mantera kamu itu, tidak mengapa selagi ia tidak mengandungi syirik.’

Inilah dia Budak Bionik - INTRODUCING THE BIONIC BOY


Salam,
Di sebelah inilah Budak Bionik. Insyallah, beliau akan digunapakai sebagai watak Irfan dalam Budak Bionik.
Nama beliau ialah Alif Satar, penyanyi, pelakon dan hos REMAJA.
Beliau juga telah menulis sebuah buku berjodol BAGAI SEJUTA bersama-sama saya.
Kami juga dalam perancangan menulis buku ke 2 tetapi lambat sikit kerana jadual Alif yang sangat sibuk. Oh ya, jangan lupa tonton drama TV3 - Dendam setiap Selasa 11 malam di mana Alif adalah antara pelakon utama.
Nantikan juga lagu terbaru Alif berjodol AKAN TIBA di radio dan dapatkan mini album ALIF yang menampilkan lagu-lagu hit KAU PERGI dan ADIKKU PANDAI MENARI, kini di pasaran.
Wasalam
Yes!
This is the Bionic Boy and his name is Alif. He is the 2nd runner-up of reality TV show - One In A Million Season 1. He is also the host of teen magazine, REMAJA and Super Soccerstar Malaysia. He is also an actor and can be seen in DENDAM on TV3, every Tuesday at 11pm. Currently, his new single AKAN TIBA, is on radio and you can also listen to it by clicking on the VIDEO BAR, on this site.

Teaser BUDAK BIONIK

DUA ekor anjing rottweiler meluru ke arah Irfan. Salakan anjing-anjing itu menggila manakala gigi-gigi tajam yang berlendir, dipamerkan, bersiap sedia untuk menjamah si mangsa.
Irfan menelan liur. Dia terperangkap dan hanya menanti maut. Dia terperangkap di antara dua buah bangunan tujuh tingkat di kiri dan kanannya manakala sebuah tembok batu setinggi tiga tingkat, menghalang laluannya.

Irfan yakin dia boleh melompat melepasi tembok setinggi tiga tingkat itu dengan mudah, tetapi dia tidak mahu mengambil risiko itu. Dia tahu, di sebalik tembok tersebut, terbentang satu padang kontang dipenuhi jerangkap samar. Jika dia terpijak walaupun satu daripada jerangkap-jerangkap samar itu, anggota bioniknya tidak akan dapat membantunya terlepas daripada maut, apabila ledakan satu jerangkap samar yang dipijak, meledakkan beratus-ratus jerangkap samar lain yang ditanam di sekitar padang itu.

Satu-satunya jalan keluar ialah laluan di hadapannya. Laluan yang dihalang oleh dua ekor anjing rottweiler yang menjadi mangsa eksperimen kumpulan militia Angus. Gigi-gigi rahang anjing-anjing itu diperbuat daripada sejenis besi yang tahan lebur. Gigi-gigi yang mampu menghancurkan tulang manusia dengan satu gigitan dan meranapkan anggota badan bioniknya!

Tinggal lima saat lagi, sebelum kedua-dua ekor anjing itu berada pada jarak yang membolehkan anjing-anjing itu melompat dan menerkam.
Jantung Irfan berdegup kencang, dia perlu berfikir pantas.

"Anjing robot atau jerangkap samar?" bisik Irfan sendiri. Sebagai budak sekolah, Irfan sepatutnya memikirkan masalah kerja rumah, bukan membuat pilihan antara hidup dan mati.

"Anjing robot," bisiknya dengan penuh yakin dan terus bersedia menunggu dua ekor anjing itu merempuh tubuhnya.

Dan sebaik saja kedua-dua ekor anjing itu, menerjah ke arahnya, Irfan menjatuhkan badannya ke tanah lalu berbaring.

Badan kedua-dua ekor anjing terhempas ke tembok batu. Bahagian tembok yang terkena gigi-gigi kedua-dua ekor anjing itu, pecah.
Irfan bingkas bangun dan menoleh ke belakang.

"Alamak!"

Kedua-dua ekor anjing itu langsung tidak cedera walau pun setelah terhempas kuat pada tembok batu. Malahan, salah seekor anjing itu sudah bersedia untuk menyerangnya.

Irfan, tanpa lengah-lengah, terus memecut, menggunakan anggota kaki bioniknya, untuk melepaskan diri daripada ajal.

Kelajuan Irfan tidak dapat dikejar oleh anjing-anjing itu. Irfan tersenyum lega. Langkahnya makin pantas, larinya makin laju. Anjing-anjing itu masih mengejar, tetapi jarak kejaran makin jauh.

Irfan memandang ke hala tujunya. Menggunakan mata bioniknya, Irfan melihat skuternya yang ditinggalkan di tepi jalan, nun 300 meter di hadapan.

Jantung Irfan berhenti berdegup seketika. Ada sesuatu yang tidak kena kerana skuternya hanya tinggal rangka! Kedua-dua tayar sudah hilang, begitu juga dengan tempat duduk.

Kurang 20 saat selepas menggunakan penglihatan bioniknya, Irfan tiba di sebelah skuter kesayangannya.

"Kerja siapa ni?" keluh Irfan geram. Skuter itu pemberian ayahnya pada hari jadinya yang ke 16.

Menggunakan mata bioniknya, Irfan meninjau ke sekeliling, mencari-cari kelibat dajal yang telah menjahanamkan skuternya.

"Aduh!"

Tangan kanan budak lelaki itu cepat memegang lehernya, sebaik saja dia terasa ada satu benda tajam yang menyucuk.

Irfan menarik jarum penyuntik yang melekat pada kulit lehernya lalu dicampakkan ke tanah. Dia kemudian meraba-raba bekas cucukan jarum itu. Pedihnya masih terasa. Mata Irfan mula berpinar-pinar, tubuhnya rasa lemah.

Irfan sedar dia dalam bahaya. Dia tahu, jarum yang ditembak dan mengenai batang lehernya, bersalut racun. Racun yang melemahkan sistem badannya.

"Lari…" bisik Irfan kepada dirinya sendiri, menyuruh kaki bioniknya bergerak, membawa dia ke tempat lebih selamat.

Malangnya, kedua-dua kaki bioniknya tidak bergerak, malahan Irfan sudah tidak dapat merasa kedua-dua anggota kaki bioniknya. Kedua-dua tangan bioniknya juga terasa berat, seolah-olah diperbuat daripada besi keluli.

Sebaik saja budak lelaki itu jatuh ke tanah dan sebelum pandangannya menjadi gelap, Irfan dapat menangkap kelibat seorang lelaki berpakaian serba hitam, melangkah ke arahnya.

"Anguuusss…" bisik Irfan lalu tidak sedarkan diri.

AKAN DATANG 2009...

Sunday, October 26, 2008

Petua Ubati Hidung Berdarah

Mungkin anda pernah mengalami hidung berdarah secara tiba-tiba. Ini mungkin akibat cuaca yang terlalu panas, atau mungkin cedera akibat ditumbuk heheheheh.

Untuk menghentikan darah, cari sehelai daun sirih. Gulung daun sirih kecil-kecil dan sumbatkan pada lubang hidung yang berdarah itu.

Tapi ingat!!!! Pastikan daun sirih itu tidak ada ulat...kalau tidak, lain pula jadinya nanti.

Insyallah, darah akan henti mengalir.

Petua Sakit Batu Karang

Jika anda mengalami kesukaran untuk membuang air kecil dan berkemungkinan mengalami sakit batu karang tahap awal, ramuan ini mungkin boleh membantu.

Ambil 3 biji buah jering. Tumbuk buah jering itu hingga halus bersama-sama sedikit halia. Kemudian rebuskan dengan 5 gelas air, sehingga mendidih.

Minum secawan ramuan itu sehari, sehingga pulih. Tetapi jika penyakit anda ditahap serius, dinasihatkan supaya pergi berjumpa doktor.

Mantera kebal

Anggotaku kuat besi pejal
Uratku kuat besi pejal
kulitku kuat besi pejal
Tak lut semua selain ajal.

Mantera kebal ini digunakan dalam kembar Terpilih Menanti Ajal.

Siapa yang guna? Nantikan Menanti Ajal awal tahun depan.

Wednesday, October 22, 2008

Budak Bionik

MEOR SHARIMAN
mempersembahkan siri terbaru bersama PTS One

BUDAK BIONIK

TIGA bulan lalu, saya telah diculik. Saya tidak tahu siapa yang menculik saya dan apa yang telah mereka lakukan kepada saya. Malahan, saya juga tidak ingat apa yang berlaku sepanjang kehilangan saya itu.
Kata ayah, pihak polis menemui saya dalam keadaan tidak sedar diri di sebuah makmal terbiar di Sungai Buloh, dua minggu yang lalu.
Apa yang saya tahu, saya bukan lagi manusia normal. Saya boleh mengangkat kereta Kembara dengan sebelah tangan.Saya boleh melompat ke bumbung bangunan tiga tingkat dengan sekali lompatan dan saya boleh berlari sama laju dengan kelajuan tren ERL. Malahan, saya juga boleh melihat objek yang jauhnya 500 meter!
Ayah dan mama tidak tahu kebolehan luarbiasa saya ini dan saya tidak merancang untuk memberitahu mereka atau pun sesiapa.
Tetapi, semalam saya menerima e-mail daripada seorang lelaki misteri yang mengakui dia tahu apa yang telah berlaku kepada saya. Dia juga kata, saya dalam bahaya.
Nama saya Irfan. Umur saya 17 tahun dan ini adalah cerita saya.

Akan datang 2009.

sila beri komen anda

Si Kembang Kembali?

Salam,

Atas permintaan ramai, Buku Comel ke-2 yang akan diedarkan secara eskslusif di sini ialah Adventur Si Kembang.

Ingat lagikan siapa si Kembang tu?

Oleh kerana ia antara karektor yang disayangi di dalam siri Kembar Terpilih, maka saya akan buat beberapa cerpen tentang si Kembang.

Sekarang ni pun, saya dah ada beberapa jalan cerita tentang si Kembang yang nakal dan berani itu.

Hmm...saya juga nak tahu, perlukah si Kembang kembali semula di dalam siri Kembar Terpilih?

Jom Kongsi Petua

Salam,

Maaf sangat sebab dah dua hari tak update blog ini. Sebenarnya, saya sedang sibuk menyiapkan skrip filem untuk tahun depan. Ada 3 buah skrip semuanya. Dan sambil-sambil itu, tengah ulangbaca Menanti Ajal.

Jangan risau, sedikit masa lagi (dalam sehari dua ini), saya akan letakkan di sini, satu bab daripada Menanti Ajal, secara eskslusif.

Dan berkenaan buku comel Koleksi Mantera Kembar Terpilih, sekarang saya sudah kumpul 20 mantera dan juga ramuan tradisional mengubat pelbagai penyakit. saya perlukan lagi 30 saja lagi. Insyallah, bila siap nanti, saya akan edarkan.

Oh ya, jika anda ada ramuan tradisi/petua untuk ubati penyakit, boleh kongsikan bersama di sini. Tapi, sudah tentu saya akan kaji ramuan/petua itu terlebih dulu.

wasalam

Sunday, October 19, 2008

KEMBAR TERPILIH THE MOVIE

Salam,

Kepada fans siri Kembar Terpilih, harap maklum bahawa filem Kembar Terpilih 'tersangkut' lantaran modal besar yang diperlukan.

Walaupun perbincangan untuk adaptasi siri ini ke bentuk filem sudah diadakan tahun lepas, projek itu masih 'in limbo'. Antara sebabnya ialah pihak produser tidak berani keluarkan baget yang tinggi kerana 'demam' kembar terpilih tidak dirasai.

Insyallah, keyakinan produser akan diperolehi jika Kembar terpilih 5 dipromosi secara besar-besaran dan demam Kembar Terpilih dirasai seluruh Malaysia, tahun hadapan.

Mari kita berdoa supaya projek ini bakal menjadi kenyataan.

Nota: Siapa agaknya yang boleh melakonkan watak Misha dan Marsha? sila berikan pendapat anda.

wasalam

Saturday, October 18, 2008

Sudah Siap!!!!

Salam,

Alhamdullilah, Kembar Terpilih 5 : Menanti Ajal sudah pun siap malam tadi!!!!! Tapi, anda semua kena bersabar sikit kerana saya perlu mengulang baca dan membuat semakan semula untuk pastikan tidak ada kesilapan dari segi plot cerita. Ini kerana, terdapat satu plot utama dan dua sub plot dalam siri ke 5 ini.

Insyallah, manuskrip Kembar Terpilih 5 : Menanti Ajal akan saya serahkan kepada PTS One hujung bulan ini untuk tindakan selanjutnya. Dan mudah-mudahan, ia dapat berada di pasaran awal tahun 2009.

PS: Nantikan petikan dari kembar terpilih 5 secara eskslusif di blog ini minggu depan.

Wasalam

Tak tahan batuk?

Salam,

Semasa Misha diserang penyakit batuk, Opah telah mencuba satu ramuan tradisional.

Apa yang opah lakukan ialah mendapatkan satu per empat biji buah pala, separuh buah limau nipis dan satu sudu kecil minyak kayu putih.

Buah pala itu diparut halus manakala buah limau nipis diperah airnya. kedua-dua bahan itu kemudian dicampurkan dengan minyak kayu putih.

Opah kemudian sapukan ramuan tradisi itu pada belakang Misha dua kali sehari selama tiga hari ataupun sehingga Misha sihat.

Tapi ingat ya, jika batuk berterusan, buat pemeriksaan doktor.

Wasalam

Sakit perut?

Salam

nak tahu apa yang si kembar lakukan jika sakit perut?

Setiap kali Misha mahupun Marsha sakit perut, kembung perut ataupun cirit birit, mereka akan cari daun jambu batu yang muda ( di kebun belakang rumah merekalah), lalu mengunyah dan menelan airnya.

Insyallah, dengan izin Allah, sakit perut akan reda. Tapi ingat, jika sakit perut berterusan, pergi klinik tau!!!

Wasalam

Wednesday, October 15, 2008

Gambar Toyol


Salam,
Ini adalah foto yang dikatakan toyol yang ditemui di Pekan, tidak lama dahulu.
Saya sendiri tidak ada komen samada ia betul atau tidak.
Tapi jika inilah toyol yang ditemui Marsha dan Misha, tentu si kembar akan cabut lari.
Wasalam

Toyol...dia datang padaku berlari-lari

Salam,

Di dalam siri 1 Kembar Terpilih, si kembar berdepan dengan masalah toyol. Di sini, saya ceritakan serba sedikit tentang makhluk halus yang 'comel' ini.

TOYOL : Ada yang percaya toyol berasal dari makhluk kecil yang dihasilkan oleh
bomoh ilmu hitam melalui fetus manusia. Toyol boleh dibeli daripada bomoh itu.

Biasanya toyol digunakan untuk mencuri wang. Ia mesti diberi makan darah ayam jantan. Ia disimpan di dalam balang yang disorokkan di tempat gelap.

Ada yang mengatakan toyol perlu diberi makan beberapa titik darah dari tuannya sendiri daripada ibu jari tangan atau kaki setiap kali bulan mengambang.

Toyol digunakan untuk mencuri, sabotaj dan melakukan jenayah ringan. Ia boleh menyelinap di mana sahaja termasuk bilik yang berkunci, dan mampu mencari wang tunai yang disorokkan di mana sahaja.

Perangai toyol macam budak kecil yang suka dibelai dan sukakan manisan dan permainan.

Untuk menghindar toyol, letakkan sejenis permainan (ketam) dengan wang yang disimpan. Toyol akan leka bermain dan terlupa tugasnya. Kacang hijau juga boleh ditabur di kawasan rumah kerana toyol akan leka mengutip biji-biji kacang itu.

wasalam

Tuesday, October 14, 2008

Penyanyi kesukaan Marsha


Hah!
Ni dia, secara esklusif, foto Dafi AF, penyanyi kesukaan si Marsha.
Nantikan juga novel Perang Cinta yang saya tulis daripada idea Dafi yang bakal berada di pasaran hujung tahun ini.
Wasalam

apa itu mantera?

Perkataan mantera berasal daripada kata mantra, mantr, atau matar, dalam Bahasa Sanskrit yang bermaksud nyanyian memuja tuhan atau pemujaan penyebutan kata-kata tertentu bagi memperolehi sesuatu yang dihajatkan. Ia mempunyai kesamaan dengan jampi serapah, tawar, sembuh, cuca, puja, dan takal.
Pawang atau bomoh adalah ahli-ahli penting yang menguasai dan mengamalkan mantera. Mereka membaca mantera dengan nada, irama, dan tekanan suara yang tertentu sesuai dengan tujuan perbomohan atau sesuatu perkara yang dihajati.
Mantera tergolong dalam kelompok puisi, kerana pengucapan dalam bentuk mantera menggunakan kata-kata yang tersusun dalam bentuk rangkap, mempunyai makna yang tersirat, bahasa yang padat puitis. Mantera boleh digolongkan sebagai sejenia puisi Melayu tradisional berbentuk bebas, kerana tidak terikat kepada jumlah baris yang sama dalam satu-satu rangkap.

Nota- Buat peminat-peminat kembar terpilih, usah risau kerana mantera-mantera yang dicipta untuk Kembar Terpilih adalah sekadar hiburan. Walaupun mantera-mantera itu diambil daripada mantera-mantera tradisi, ia sudahpun diolah supaya sesuai untuk pembaca-pembaca umum.

Monday, October 13, 2008

Profil Marsha

Nur Marsha binti Muhammad Osman
Tarikh lahir: 29 Januari
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Horoskop: Aquarius
Saiz pakaian: M
Hobi: bersukan, menyanyi, tidur
Pengarang kegemaran: Ujang
Majalah Kegemaran: Remaja, Seventeen.
Ikon: Angelina Jolie
Sukan kegemaran: banyak…semualah.
Makanan kegemaran: KFC
Minuman kegemaran: Diet Coke
Warna kegemaran: Merah, Biru emmm…semua kecuali Hitam.
Jenama Pakaian: yang trendy
Produk kecantikan kegemaran: Silky girl
Filem Kegemaran: Gol & Gincu
Pelakon kegemaran: Zac Efron
Lagu Kegemaran: banyak sangat la…Sayang, Sayang
Penyanyi kegemaran: Dafi AF, Alif Aziz
Impian: Nak jadi selebriti
Kebolehan: bertukar jadi halimunan dan menggerakkan objek dengan minda.

Profil Misha

Nur Misha binti Muhammad Osman
Tarikh lahir: 29 Januari
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Horoskop: Aquarius
Saiz pakaian: M
Hobi: Membaca, menonton dokumentari seperti National Geographic, Jejak Rasul
Pengarang kegemaran: Enid Blyton, J.K Rowlings, Ain Maisarah
Majalah kegemaran: Readers Digest, Dewan Sastera
Ikon : Nabi Muhammad SAW
Sukan kegemaran : tiada..mmm..Chess pun boleh ya.
Makanan kegemaran: masakan Opah terutama ayam masak merah!!!!!
Minuman kegemaran: Teh O Ais
Warna Kegemaran: Biru dan Putih
Jenama pakaian kegemaran: saya tak cerewet, asalkan selesa dan menutup aurat.
Produk kecantikan kegemaran: Safi sebab ia suci.
Filem Kegemaran: Tentang Bulan
Pelakon Kegemaran: Umie Aida
Lagu kegemaran: Ayah dan Ibu nyanyian arwah Sudirman
Penyanyi kegemaran: Mawi, Raihan
Impian: Nak jadi cikgu
Kebolehan: Boleh bertukar jadi halimunan dan terapung di udara.

Sunday, October 12, 2008

Koleksi Mantera Kembar Terpilih

Salam,

Saya sedang mencipta koleksi mantera-mantera Kembar Terpilih. Insyallah, koleksi ini akan saya jadikan sebagai 'buku comel' sebagaimana yang dilakukan oleh Kak Ain Maisarah.

Apakan anda ingin memiliki Koleksi Mantera Kembar Terpilih?

Jika berminat, sila tuliskan nama dan alamat e-mail.

Wasalam

Sinopsis Menanti Ajal

Salam kepada peminat Kembar Terpilih.

Secara esklusif, hanya di Teratak Si Kembar ini, saya tampilkan Sinopsis Kembar Terpilih Menanti Ajal.

Sinopsis

Misha amat yakin Marsha masih hidup walaupun segala usaha yang dilakukan oleh Opah dan Farid untuk menjejak Marsha secara magis, gagal.

Farid bersetuju membantu Misha mencari Marsha, walaupun jika terpaksa mengelilingi dunia!

Dalam pencarian Marsha, Misha dan Farid berkenalan dengan Niki, seorang budak perempuan yatim piatu yang mempunyai kuasa luarbiasa milik Marsha - boleh menggerakkan objek menggunakan minda.

Niki juga mempunyai jawapan samada Marsha masih hidup atau tidak. Siapakah Niki dan bagaimana Niki mempunyai kuasa milik Marsha?

Di rumah Kembar Terpilih, kuasa jahat mengunjungi Opah yang masih lemah. Tanpa Misha dan Farid, Opah bergantung harap kepada Putri, kucing keturunan dukun terbilang, untuk menyelamatkan nya.

Macammana? ok tak sinopsis ini?
Wasalam

Saturday, October 11, 2008

Kembar Terpilih - Menanti Ajal

Salam,

Untuk pengetahuan fans siri Kembar Terpilih, buku ke-5 akan diberi jodol Menanti Ajal. Saya dalam proses terakhir menyunting buku ini serta menambah rempah ratus yang bersesuaian supaya anda berpuas hati dengan buku ke-5 ini.

Menanti Ajal adalah lebih tebal daripada siri-siri Kembar Terpilih yang lain iaitu lebih kurang 400 mukasurat.

Menanti Ajal bermula sebaik saja Di Ambang Maut berakhir iaitu selepas Misha selesai solat Subuh dan terdengar namanya dipanggil.

Siapakah yang menegur Misha? Dan persoalan cepu emas - Adakah Marsha sudah meninggal dunia?, akan terjawab dalam buku 'bumper' ini.

Saya ingin tahu komen anda tentang penamat Di Ambang Maut. Pada pendapat anda, apakah yang telah terjadi pada Marsha?

Wasalam

Kembar Terpilih Menjelma

Salam sejahtera,

Populariti siri Kembar Terpilih menggesa saya untuk mereka laman blog ini, khas untuk peminat-peminat si kembar Misha dan Marsha.

Insyallah, blog ini akan menjadi dunia magis si kembar di mana anda boleh mendapat maklumat lebih mendalam berkenaan Misha dan Marsha. Maklumat terbaru tentang siri Kembar Terpilih serta anda juga boleh memberi komen membina bagi memantapkan lagi siri popular ini.

Melalui blog ini juga, anda akan perolehi perkara-perkara eskslusif beserta mantera-mantera dan tips perubatan yang digunakan di dalam siri Kembar terpilih.

Insyallah