Wednesday, February 25, 2009

NANTIKAN HADIAH SAGUHATI!!!

Salam,

Hadiah saguhati berupa novel Rrama/Cicakman 2 Planet Hitam, akan dipos Isnin ini! Nantikan posman anda!

Bagi 5 finalis, hadiah-hadiah sedang diuruskan. Pemenang tempat 1, 2 dan 3, sila emailkan semula nama penuh berserta nombor KP atau surat beranak untuk pembayaran hadiah wang ringgit!

Terima Kasih

Friday, February 20, 2009

SANG PUTERA

Di dalam kamar Elyana.

"Salahkah aku! Salahkah aku! Aku tidak pernah meminta apa-apa. Apa yang ku pinta hanyalah limpahan kasih sayang. Kenapa mereka tidak pernah ingin memenuhi permintaanku yang satu ini. Bukannya mereka tidak tahu. Sudah banyak kali aku memberi klu kepada mereka. Apalah salahnya jika mereka memberinya. Bukannya luak pun kekayaan mereka apabila memenuhi permintaanku ni. Lainlah jika aku mengidamkan sebuah Ferarri," bebel Elyana meluahkan isi hatinya yang selama ini dipendam.

Elyana merupakan seorang gadis yang cukup sempurna. Mukanya yang kacukan Cina lebih kepada x factor papanya dan matanya yang bulat mewarisi daripada mata mamanya. Dari luaran kelihatan Elyana seorang yang ceria namun jauh di sudut hatinya dia sahaja yang tahu.

Sedang dia memangku lengan di atas meja komputernya tetiba kedengaran bunyi ‘tik tik’ menandakan dia baharu sahaja disapa oleh seseorang melalaui ruang chat Yahoo Massenger. Kemudian diikuti pula oleh bunyi ‘buzz’ dan terus membawa Elyana ke dunia sebenar. Elyana gembira, setiap kali dia bersedih Idham pasti ada seolah-olah mengetahui keadaan dia. Kadang-kala Elyana berpendapat bahawa Idham memasang kamera litar tertutup di dalam kamarnya itu.

Memang kedengaran pendapat Elyana itu sedikit pelik dan lucu dan dia pernah menyatakan hal itu kepada Idham sebelum ini. Idham asyik ketawa apabila Elyana menyatakan pendapatnya yang tak munasabah itu.

Kadang-kala Elyana tertanya-tanya kenapa Idham sudi berkawan dengannya dan mereka rancak berchatting pada waktu malam walhal di sekolah Idham seorang yang pemalu.

Di dalam kelas mereka tidak pernah menyapa antara satu sama lain seolah-olah mereka saling tidak mengenali. Apa pula kata kawan-kawan mereka jika mengetahui mereka bertegur-sapa.

Iyalah Idham merupakan seorang pelajar yang pendiam dan ramai yang menyangka bahawa dia itu bisu kerana tidak pernah mengeluarkan suara. Manakala Elyana pula seorang yang cantik dan popular di dalam kelas dan juga sekolah kerana anak orang berada dab pakej yang lengkap.

Mereka takut nanti ada gossip-gosip liar mengenai mereka. Mereka berbincang mengenai aktiviti yang akan dilalukan pada cuti semester dua hari lagi. Pasti cuti ini akan membuatkan mereka berdua saling merindui. Bagi Elyana dia tidak setuju dengan adanya cuti bagi setiap semester. Cuti atau tidak dia rasakan sama sahaja. Cuma cuti membosankan baginya kerana keluarganya tidak ada masa untuk melakukan aktiviti bersama-sama.

*********************

Dua hari dirasakan cepat berlalu. Malam tadi Idham berjanji akan menghadiahkan sesuatu kepadanya. Elyana sudah tidak sabar-sabar menanti saat itu. Petang itu selepas pulang dari berjogging di sekitar taman perumahannya, Elyana ternampak satu bingkisan besar di luar pintu pagar rumahnya.

Dia bertanya, adakah ini hadiah yang dijanjikan oleh Idham malam tadi. Memang betul itu hadiah untuknya. Terdapat satu kad kecil berbunga warna-warni tertera namanya. Elyana juga mengenali sungguh tulisan khat itu. Walaupun setiap pangkal dan hujung huruf itu berpintal-pintal tapi nampak kemas.

Sejak cuti Idham jarang chat dengannya di ruang chat namun Idham pernah berpesan kepadanya dan ayat itu masih terbayang-bayang di otaknya.

"Yaya, nanti kalau Am tak chat dengan Yaya. Yaya boleh berbual dengan Prince Frog tu. Yaya juga boleh berkongsi masalah dengan Prince Frog. Anggaplah itu sebagai ganti diri Am ya."

Yaya dan Am merupakan kata panggilan manja mereka. Hanya mereka berdua sahaja yang mengetahuinya. Persahabatn mereka juga tidak siapa pun tahu. Malam itu Elyana berasa sungguh sunyi sekali.

Dia menuruni tangga yang megah itu sambil mendukung patung katak pemberian Am ke ruang rehat keluarga. Dia bercadang mahu menonton televisyen dan berborak bersama dengan Tok Mah, pembantu rumahnya sejak kecil lagi dan Pak Rahim, pemandunya. Walaupun di kamarnya terdapat televisyen, malam ini dia ingin beralih angin.

Mamanya pergi ke Jepun menghadiri kursus kosmetik manakala papanya pergi ke China menghadiri mesyuarat kerjasama antara dua pihak.

Jam menunjukkan angka pukul satu pagi. Tok Mah dan Pak Rahim dah lama nyenyak di bilik masing-masing. Elyana memandang kosong ke arah kaca televisyen itu sambil memeluk kemas Prince Frog.

Jikalau la patung itu boleh berkata sudah pasti akan menjerit suruh melepaskan pelukan itu. Tidak lama kemudian Elyana terlena di atas sofa yang empuk itu. Kini televisyen pula yang menonton dia.

Di sebalik dengkuran kecil itu sudah tersirat sesuatu perkara buruk akan terjadi.
Di luar rumah ternampak kelibat dua orang yang bertubuh sasa menyelinap masuk ke kawasan rumah yang tersergam indah itu. Sesekali terdengar bunyi ranting patah dan geseran dedaun.

Akhirnya dua orang pemuda itu berjaya memasuki ke dalam rumah itu. Mereka berasa kagum melihat perhiasan di dalam rumah itu ala-ala Inggeris. Seolah-olah mereka berdiri di dalam ‘White House’. Tanpa berlengah lagi pemuda itu meneruskan misi mereka.

Mereka memasukkan barang bernilai tinggi itu ke dalam beg sandang hitam masing-masing. Tidak lama kemudian mereka menuju kea rah ruang rehat keluarga di mana Elyana tertidur di situ. Penjahat itu ternampak sesuatu yang terbaring di atas sofa itu. Kelihatan seperti ‘sleeping beauty’ macam cerita dongeng.

Kemudian Elyana mengubah sisi perbaringannya. Penjahat itu terkaku. Mereka berasa takut dan mereka bercadang untuk melancarkan plan B. Tetapi apakah plan B itu?

Dua minit kemudian………..

Elyana telah diserkup mulutnya oleh salah seorang penjahat itu. Manakala seorang lagi mencapai alat kawalan jauh televisyen itu dan berura-ura mahu menutupnya tetapi dia tertarik menonton cerita ‘Home Alone’ yang kelakar itu di saluran HBO.

Kekusyukannya menyebabkan dia terlupa mengenai misi mereka. Penjahat yang mencerkup mulut Elyana berasa benggang lalu memarahi kawannya itu. Elyana mengambil kesempatan dengan menggigit tangan penjahat itu.

Elyana berasa loya kerana tangan penjahat itu berbau asap rokok dan sarung yang dipakai oleh penjahat itu sudah lusuh. Kedua-dua penjahat itu memakai topeng penutup mata tak ubah seperti cerita kartun Teenage Ninja Turtle disamping menggalas beg sandang hitam yang besar seperti cengkerang.

"Argh, oi budak kenapa kau gigit tangan aku! Sakitlah. Tangan aku ni mana boleh makan tau," jerkah penjahat itu.

Elyana tidak peduli dia terus menjerit meminta tolong. Di saat itulah dia fikirannya teringat kepada Idham. Kelakuan Elyana telah menaikkan marah penjahat itu. Penjahat itu segera memukul kepala Elyana dan menyebabkan Elyana pitam tetapi sebelum Elyana pitam dia nampak Prince Frog membelasah penjahat berdua itu.

"Aduh, peningnya kepala aku. Kenaparasa berdenyut-denyut pula. Rasanya aku tiada penyakit migraine sebelum ini," Elyana bermonolog sendirian.

Kedengaran suara orang memanggil namanya sayup-sayup. Dia juga mengecam suara itu walaupun suara itu agak mahal nilainya kerana jarang diperdengarkan.
"Yaya, Yaya"

Elyana juga rasa tangannya hangat diusap lembut. Dia cuba sedaya upaya untuk membuka kelopak matanya. Setelah beberapa kali cubaanya gagal, akhirnya dia berjaya membuka matanya perlahan-lahan.

Suasana bilik itu sunyinya sahaja dan warnanya putih. Adakah ini ...Elyana tidak sanggup berfikir begitu. Ditolehnya ke kiri tiada siapa pun. Ditolehnya pula ke sebelah kanan, dia terpandang Idham sedang menundukkan kepala dan kelihatan beberapa titis air mata jatuh berjujuran mengalir dipipinya. Sementara tangannya pula mengusap lembut tangan Elyana.

Elyana begitu terkedu melihat keadaan Idham sedemikian. Terdetik hatinya bertanya. Adakah Idham ditentukan untuknya.

"Aaam"

Cepat-cepat Idham mendongakkan kepalanya memandang sayu ke arah orang yang disayanginya itu sambil menguntum senyuman.

"Am, Yaya dimana sekarang ni? Apa yang telah berlaku? Mana Tok Mah dan Pak Rahim?," talu Elyana kepada Idham.

"Sabar ya Yaya. Tok Mah dan Pak Rahim ada dib alai polis sedang membuat laporan. Yaya ada di hospital sekarang ni. Rumah Yaya dimasuku oleh perompak," Idham cuba sedaya upaya untuk mententeramkan Elyana.

"Am, sebelum Yaya pengsan Yaya ada nampak Prince Frog telah menyelamatkan Yaya. Yaya peliklah. Siapa sebenarnya Prince Frog tu dan apa kaitan Am dengan semuanya ini?"

"Yaya macam mana pula sebuah patung boleh menyelamatkan Yaya. Prince tu kan hadiah pemberian Am kepada Yaya dan Am pula sahabat Yaya. Agaknya Yaya masih penat lagi. Yaya berehatlah dahulu. Nanti sekejap lagi Tok Mah dan Pak Rahim jengguk Yaya."

"Am janganlah nak berselindung dengan Yaya lagi. Yaya saksikan dengan mata kepala Yaya sendiri. Patung tu belasah penjahat tu. Tak apalah kalau Am tak nak kongsi cerita dengan Yaya. Yaya faham. Siapalah Yaya ni bagi Am. Anggap sahajalah kita bukan kawan," Elyana cuba pancing Idham dengan kata-katanya itu dan untuk kelihatan lebih dramatik Elyana menoleh ke arah kiri sambil memejamkan matanya serta menarik tangannya dari genggaman Idham dengan kuat.

Idham kelihatan serba-salah. Sememangnya Idham ada menyimpan satu rahsia besar. Dia takut untuk bercerita kepada Elyana bimbang dikatakan psikik pula. Tapi dia juga takut kehilangan persahabatannya.

Dia menuju ke arah tingkap sambil merenung jauh ke arah langit mohon agar diberikan jawapan kepada persoalan ini di sebalik awan yang menggebu putih itu. Sementara itu, Elyana masih menghayati wataknya dengan baik sekali. Dia bimbang taktiknya tidak berhasil maka dia tidak dapatlah mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Setelah lama kedua-duanya membisu akhirnya Idham menggorak langkah ke arah katil Elyana. Di usapnya tangan Elyana bagai cuba mencari kekuatan dan meraih simpati temannya itu. Elyana membiarkan sahaja tangannya itu diusap oleh Idham. Dia ingin memberi Idham peuang untuk menjelaskan apa yang telah terjadi. Nampaknya rancangan Elyana telah menjadi. Idham sudah mula menyusun ayat dan memulakan bicaranya.

"Am sebenarnya ada kuasa luar biasa." Idham menyepi seketika. Cuba memberi masa kepada Elyana. Elyana hanya diam membisu. Dia sendiri tidak mengerti secara keseluruhannya. Dia menanti penjelasan lanjut daripada daripada Idham. Melihat Elyana diam sahaja, Idham meneruskan penjelasannya.

"Am sendiri pun tidak faham. Am mula menyedari kelebihan ini tiga bulan yang lepas. Ingat lagi tak kali pertama Am berbual dengan Yaya di ruang chat Yahoo Messanger. Sebelum tu, suara tangisan Yaya terngiang-ngiang di telinga Am. Am tidak mengecam suara itu pada mulanya sehinggalah Am ternampak bayangan Yaya sedang menangis waktu tu. Am bertanyalah kepada kawan kelas kita emel Yaya. Sejak hari itu setiap kali Yaya sedih Am dapat mendengarnya tapi tidak boleh nampak bayangan Yaya. Tapi cuti semester ini, ayah Am bercadang nak balik kampung dan Am bimbang mengenai Yaya. Sebab tulah Am hadiahkan Yaya patung tu. Patung itu sebagai alat penghubung di antara kita semenjak Am di kampung. Sebenarnya banyak lagi kelebihan Am. Nanti bila Yaya dah sembuh Am cerita lagi ya,’"Am melepaskan keluhan lega setelah berterus-terang kepada Yaya. Dia kini menunggu reaksi Elyana.

Bagi Elyana pula, dia sendiri kurang pasti mahu mempercayainya ataupun menidakkannya. Idham tidak pernah membohonginya selama persahabatan mereka. Akhirnya dia tekad. Dia sudah mencapai kata putus. Perlahan-lahan dia menarik tangannya daripada genggaman tangan Idham. Menyedari tindakan Elyana itu, dia berura-ura untuk berdiri namun sempat diraih lembut tangannya oleh Elyana.

"Am faham. Sukar hendak percaya semuanya ini. Tapi tak apalah kalau Yaya tidak percaya. Am tak salahkan Yaya."

"Siapa kata Yaya tak percaya kepada Am. Cuma Yaya terkejut sedikit. Yaya dah ambil keputusan ubtuk percaya pada Am. Mungkin lain kali Am boleh terangkan kepada Yaya lagi."

Mendengar kata-kata Yaya itu, Am cepat-cepat kembali duduk dan mengusap lembut tangan Elyana sambil berkata, "Am sayangkan Yaya."

Tiba-tiba pintu terkuak muncul Tok Mah dan Pak Rahim. Mereka berdua segera meleraikan pegangan tangan mereka dan menyeka airmata masing-masing. Biarlah mereka sahaja yang menyimpan rahsia ini sebagai titik permulaan kisah cinta mereka.

Thursday, February 19, 2009

JADUAL KIRIMAN HADIAH

Salam,

Kesemua hadiah akan diposkan kepada pemenang dalam masa dua ke tiga minggu mulai hari ini.

Untuk Juara, saya ingin bertemu dengan anda dan memberikan hadiah tersebut secara peribadi.

Saya akan maklumkan kepada anda, tidak lama lagi ya.

Wasalam

Tuesday, February 17, 2009

PENCURI TAK BERTAULIAH

Seminggu sebelum cuti sekolah….
“ok…terima kasih yer..nanti autie hantar Mira lagi satu minggu.” Itu lah kata-kata akhir Auntie Sam sebelum meletakkan telefon bimbit. Sudah dijangka oleh Hana pada hujung minggu itu yang ‘makcik singa johor’ akan menelefonnya untuk menghantar anaknya yang cuma muda setahun dari Hana. Hana sering kali terlepas cakap dengan memangil ‘makcik singa johor’ asalnya panggilan itu telah direka oleh neneknya sendiri merangkap kepada mak ‘si singa johor’. Kedengaran mengeluh di bibir Hana , dia cuba memikirkan apa yang harus dibuat.Setelah beberapa minit, Hana terfikir sesuatu: “oh ya! mantera!” dia tersenyum sendirian.

Malam itu Hana mimpi didatangi oleh puteri ahli magis yang berkata: “Hana, jika kamu menggunakan kuasa kamu untuk menginayai ahli keluarga kamu sendiri, kamu akan kehilangan orang yang kamu sayang.”
Sebaik sahaja tersedar dari mimpi itu Hana terdengar suara seruan azan yang baru sahaja dikumandangkan.

Hari yang tidak seronok

Autie Sam mengucup dahi anaknya serta Hana juga dikucup sama. Dengan hanya lima ringgit sahaja diberi buat untuk anaknya.

“Kedekutnya macam Haji Bakhil!” bisik hati kecil Hana.yang nakal. Malam itu Hana bertukar-tukar cerita bersama Mira sehingga detik 2 pagi.

Pengumuman Mengejut

“Lusa kita semua akan bertolak ke Kelantan untuk cuti-cuti Malaysia,” Encik Kamal, bapa Hana mengumumkan berita yang mengejut itu.

“Jam berapakah kita bertolak?” Hana bertanyakan soalan.

“Insya-allah, dalam pukul 2 pagi nanti,” Encik Kamal menjawab. Hana Cuma tersenyum kegembiraan

Kereta rosak Di jalan

“Kenapa kereta ni ayah ?” tanya Mira yang sudah biasa memanggil Encik Kamal dengan panggilan ‘ayah’.

Encik Kamal hanya mendiamkan diri sahaja. Hana dan Mira hanya saling berpandangan. Selang beberapa minit kemudian, Mira mengusulkan cadangan, “Hana apa kata kalau kita tolong ayah?”

Hana hanya menurut sahaja pada malam itu kerana tiada kereta lalu.

“Hana yang cipta mantera ye,” Mira yang sememangnya tidak berbakat dalam mencipta mentera bertanya. Kemudian mereka duduk di enjin kereta sementara ibu bapa Hana sedang cuba untuk menelefon bengkel kenderaan untuk meminta pertolongan.

Hana dan Mira segera membaca mantera perlindungan dahulu:

Menter pekak mentera tuli,
Jangan buat apa yang kami tidak sukai,
Janganlah ganggu kami yang berniat suci,
Ingin membaiki kenderaan ini.

Dengan lafaz bismillah, mereka menjerit mantera untuk kereta mereka pula.

Wahai kereta berbunyi canggih,
Hiduplah dikau enjin yang antik,
Dikau sentiasa pilihan kami,
Berilah kami jalan keluar yang antik

“Ayah, cuba hidupkan enjin ni lagi tetapi ayah kena baca bismilah dulu tau,” Hana menjerit dari tempat mereka membaca mentera itu.

Encik Kamal hanya mengangguk lantas menghidupkan enjin.

“Alhamdulilah, berjaya juga akhirnya.”

Sampai detik itu ibu bapa Hana belum tahu yang anaknya serta anak saudara mereka mempunyai kuasa luar biasa yang bukan sebarang manusia boleh memilikinya.

Selepas kejadian kereta rosak itu Hana dan Mira terus melelapkan mata mungkin mereka terlalu penat membacakan mentera itu. Sememangnya jika ingin membaca mantera mesti mempunyai tenaga yang cukup. Jika tenaga tidak mencukupi mungkin mantera yang dilontarkan akan menjadi sesuatu yang tidak diingini

Sebaik sahaja sampai,

“ Hana bangun sayang.” Puan Norkhamla membangunkan Hana dengan lembut.

“Kita dekat mana ni mama?” dalam keadaan mamai Hana bertanya.

“Kita ada kat mana?” Puan Norkhamla tersenyum nipis sambil berkata, “kita dah sampai la dekat Hotel Laketown Resort yang Hana teringin sangat nak pergi tuh.”

Hana yang sudah sedar dari kemamaian lantas tersenggih.

“Hana kejutkan Mira ya,” Puan Norkhamla meminta pertolongan anaknya manakala dia mahu membantu Encik Kamal mengeluarkan bagasi daripada bonet kereta.

Semasa Hana ingin menggerakkan tubuh Mira dia terasa seperti terkena kejutan elektrik, dari situ Hana sudah tahu bahawa adik sepupunya itu sudah terkena jampi kejahatan yang menyuruh adik sepupunya itu tidak bangun untuk membantu Hana memusnahkan kuasa ilmu hitam.

Hana segera membaca mentera secepat mungkin untuk melindungi satu-satunya adik sepupunya yang mempunyai kuasa luar biasa,

kuasa kejahatan kuasa kebaikan,
keluarlah dikau dari jasad ini,
jasad ini hanya untuk kebaikan bukan kejahatan,
biarlah jasad ini memudahkan perjalananku,
agar jasad ini akan memusnahkan dikau.

Hana dan Mira melangkah megah ke dalam hotel itu. Di dalam bilik itu mempunyai ruang tamu serta dua katil besar berlainan bilik kecil sahaja.

Mira meminta kebenaran daripada Encik Kamal untuk ‘mereka’ pergi ke tempat mandi manda yang berada di tingkat dua.

Ketika Hana sedang menyewa pelampung menggunakan duitnya sendiri ia mendapati ada yang sedang mlihatnya dari celahan pelampung yang bertimbun. Segera ia membaca mantera yang sering acap kali Hana membacanya.

Benda baik benda jahat,
Yang baik pilihan kami,
Yang jahat kami musuhi,
Pergilah dikau buat seketika

Hana ingin sahaja membaca mentera supaya boleh menghapuskan kejahatan tapi apakan daya Hana tidak mempunyai sebarang keturunan yang lebih tua darinya. Dia sahaja waris pemulaan.

Semasa percutian kali ini dia tidak dapat sedikit kesenangan mahupun kegembiraan kerana asyik diganggu. Destinasi ke empat adalah di Langkawi yang ketika dalam perjalanan ke Pulau Langkawi menaiki feri Hana mendapati ada gelombang yang mungkin boleh menyebabkan tsunami.

Hana amat tertekan pada waktu itu sampai dia hanya berserah kepada tuhan. Dia sebenarnya boleh menggunakan pertolongan Mira tetapi apabila memikirkan yang adik sepupunya itu baru memproleh kuasa yang luar biasa itu hana membatalkan hasratnya.

Sekembali Dari Percutian

Hana asyik memikirkan tantang keadaan rumahnya yang belum ‘dipagar’ kerana tergesa-gesa ketika ingin pergi bercuti.

Mira yang pelik melihat kelakauan kakak sepupunya itu lantas menyergahnya.

“Hana fikirkan apa tuh?”.

Hana hanya mengerut dahi Mira yang melihat kerutan dahi kakak sepupunya itu hanya mendiamkan diri. Sebaik sahaja sampai di rumah, Hana melihat sekeliling rumah untuk memastikan tiada sebarang tangkal diletakkan tetapi apa yang paling mengejutkan Hana adalah apabila papan tanda tembaga yang ada tulis nombor rumahnya hilang. Hana terus tersenyum lantas terdetik hatinya, “ini bukan kuasa kejahatan yang buat nie pencuri yang tak bertauliah.”

Monday, February 16, 2009

PEREMPUAN BERKEBAYA MERAH ITU

INI ADALAH SALAH SATU CERPEN YANG MEMASUKI PERTANDINGAN DUNIA MAGIS.

Malam sebelum hujung minggu, ayah telah bercadang untuk membawa kami sekeluarga berkelah di sekitar kawasan air terjun di Sungai Congkak. Apa lagi, aku dan adik kecilku, Rizal bersorak kegembiraan.

Rizal yang manja lagi periang itu bertanya kepada ayah, “Bila kita akan ke sana ayah?”

“Hari Ahad, sayang.”

“Lusa?” soalnya lagi.

“Ya,” jawab ayah sambil menganggukkan kepala. Senyuman itu tidak pernah lekang daripada bibirnya.

“Betulkah, ayah?” Rizal seakan-akan tidak percaya.

Ayah ketawa kerana riang. Riang melihat Rizal yang petah berbicara meskipun pelat bahasanya. Ayah akhirnya menjawab, “Betul, Rizal. Ayah tidak tipu.”

Aku dan Rizal melompat keriangan bagai tidak ingat dunia. Telatah kami berdua menjadi bahan ketawa ayah dan ibu.

Sebenarnya, bukan selalu kami dapat bersama-sama apatah lagi ayah kerap ke pejabat untuk menguruskan kerja-kerjanya. Saat ayah memaklumkan berita gembira itu, ia bagaikan bulan jatuh ke riba kami. Alangkah seronoknya pergi berkelah!

Pagi Ahad itu, kami bersiap sedia dengan beg perkelahan masing-masing. Perjalanan menaiki kereta Volvo ayah dari rumah ke Sungai Congkak tidaklah sejauh yang kusangka kerana rumah kami sememangnya terletak di Hulu Langat.

Setibanya kami di sana, kami lihat tidak ramai pengunjung yang ada. Cuma segelintir sahaja yang bermandi-manda. Sedang aku leka memerhati air terjun, mataku tertancap pada pasangan muda berbangsa Amerika Latin. Mereka kelihatan gembira bergambar di kawasan air terjun.

Ternyata mereka takjub melihat kecantikan dan kebersihan Sungai Congkak. Aku seperti mereka juga. Sangat kagum dengan keindahan alam semula jadi di Malaysia, tanah tumpah darahku.

Apabila terpandangkan air sungai yang jernih lagi bersih, aku dan Rizal cepat-cepat menyalin pakaian. Kami berlari-lari ke air sungai sambil diperhatikan oleh ayah dan ibu. Mujurlah aku tidak jatuh tersungkur apabila tersepak seketul batu. Ibu pula risau melihat keadaanku tetapi sekejap cuma. Rizal begitu teruja bermain bola denganku. Barangkali dia gembira kerana dapat bermain di dalam air. Tidak seperti yang sering kami lakukan saban petang; iaitu bermain bola di halaman rumah.

Sedang kami asyik bermain, satu suara yang bergema panjang menyebabkan aku tersentak. Aku tercari-cari arah suara itu. Suara itu bergema sekali lagi. Kali ini gemanya lebih panjang. Pandangan mataku tertancap pada sesusuk tubuh perempuan yang berbaju kebaya merah. Apa yang lebih menghairankan, bayangannya datang dari sebuah tempat rahsia di sebalik air terjun itu! Cahaya matahari yang memancar ke arah air terjun itu membolehkan aku melihat bayangan perempuan itu walaupun samar-samar. Beberapa saat mataku berkerdip, bayangan perempuan tadi hilang seta-merta! Pelik sungguh. Ke mana perginya perempuan itu?

Tiba-tiba, sebiji bola dari arah yang bertentangan hinggap di atas mukaku. Aku jatuh terlentang. Air sungai berkocak kuat menyambut beratku. Sekembali ke permukaan air, Rizal kulihat mukanya masam mencuka. Mulutnya muncung macam mulut itik. Mungkin dia marah sebab aku berangan-angan tadi. Ah, ini semua pasti khayalan! Masakan seorang perempuan berbaju kebaya ketika berkelah!

“Rizal, maafkan akak ya? Janganlah marah.” Aku berusaha untuk memenangi hatinya semula. Dia tidak memberi respon. Sebaliknya Rizal menggunakan isyarat jarinya. Oh, mahu main lagi rupa-rupanya! Memang Kak Long kau kuat mengelamun, hatiku mengutuk diriku sendiri.

Sesudah bermain bola, ibu mengajak kami untuk makan bersama. Kami berjalan menuju ke sabatang pohon yang agak rendang. Di situlah tempat kami berkelah. Kami menjamah segala bekalan yang dibawa oleh ibu seperti sandwic telur, sandwic sardin, kuih seri muka dan cucur pisang. Semuanya menyelerakan!

Selepas makan, aku berehat sambil menikmati pemandangan di kawasan air terjun. Walau bagaimanapun, fikiranku sekali lagi terganggu kerana suara itu bergema buat kali kedua. Kali ini namaku pula yang disebut-sebut berulang kali.

“Nayli...Nayli...datanglah...”

Begitulah bunyinya. Suaranya yang lunak merdu itu seakan-akan menyeru aku untuk pergi kepadanya. Aku menoleh ke satu arah di sebuah hutan. Kelihatan perempuan yang sama sedang melambai-lambai tangan sambil menguntum senyuman ke arahku. Rambutnya panjang dililit kemas dan diselit dengan bunga melur. Seperti keadaan sebelum ini, beberapa saat mataku berkerdip, perempuan itu lesap entah ke mana. Aku terkesima. Adakah ini dikatakan mimpi di siang hari? Aku menoleh ke arah ayah dan ibu. Mereka kelihatan seronok melayan kerenah Rizal seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Sebelum masuk waktu Zohor, kami bertolak pulang ke rumah seawal yang mungkin. Pengalaman berkelah di Sungai Congkak memberi seribu satu kenangan kepadaku. Namun misteri kedatangan perempuan berbaju kebaya berwarna merah yang boleh ghaib tiba-tiba, masih menjadi tanda tanya kepadaku. Adakah ini hanya mainan fikiran ataupun perkara ini benar-benar terjadi? Benarkah dia manusia? Kalau benar manusia, bagaimana boleh tahu nama aku? Siapakah dia sebenarnya?

Arwah nenek pernah memberitahu kepadaku. Peristiwa bertemu dengan orang bunian jarang-jarang dialami oleh kebanyakan orang. Peristiwa itu boleh menjadi pengalaman berharga yang kadang-kala agak menakutkan. Tetapi betulkah apa yang aku lihat itu sebenarnya bunian atau yang lebih signifikan, makhluk halus? Apa yang pasti, pengalaman bertemu dengan perempuan misteri berbaju kebaya merah merupakan pengalaman yang tidak boleh aku lupakan sampai bila-bila.

Sunday, February 15, 2009

JUARA CERPEN DUNIA MAGIS IALAH....

Setelah menimbang dan menilai berhari-hari, saya umumkan JUARA Pertandingan Cerpen Dunia Magis ialah ALLEYA ERINA.

Cerpen ini dipilih sebagai juara kerana ia sebuah cerita yang penuh aksi dari awal hingga akhir. Ia juga mempunyai penamat 'cliffhanger' atau tergantung yang membuat saya menantikan sambungan seterusnya.

Senarai lengkap pemenang dan penerima hadiah saguhati akan saya paparkan tidak lama lagi.

Wasalam

Thursday, February 12, 2009

TONTON CINTA POPULAR

Jika ada masa, tontonlah karya pertama saya sebagai penulis skrip berjodol CINTA POPULAR lakonan Jeslina Hashim dan Danny X-Factor.

Cinta Popular diedarkan dalam bentuk VCD pada tahun 2002 dan telah terjual lebih 80,000 keping. Walau bagaimanapun, ia sudah tidak ada lagi di pasaran.

Ia berkisar kenakalan dua orang pelajar yang merupakan musuh ketat di kolej. Danny dan Jeslina sering melakukan 'tricks' untuk merebut jawatan ketua pelajar. Akhirnya, rasa benci bertukar rasa cinta.

SAKSIKAN CINTA POPULAR yang telah dimasukkan ke dalam YouTube, dipaparkan di laman web ini.

Wasalam

JANJIKU PADA TOMY

Senyum tidak lekang pada bibir Atilia yang asyik memerhatikan telatah anak kucing bernama Tomy. Tomy yang sedang asyik mengejar ekornya sendiri.

Tomy, kucing kacukan baka Parsi dan kucing Malaysia yang baru berusia satu bulan itu bukan saja comel tetapi sangat manja. Aksi-aksinya mampu membuat sesiapa yang melihatnya tersenyum.

"Betul Atilia sanggup bela Tomy?" tanya Auntie Arfah yang mahukan kepastian. Tomy adalah
salah seekor daripada lima ekor anak kucing miliknya. Empat lagi adik-beradik Tomy sudahpun diberikan kepada anak-anak buahnya yang lain.

Atilia yang berusia 12 tahun itu angguk kepala. Dia tergelak apabila melihat Tomy yang keletihan setelah lebih lima minit mengejar ekornya, akhirnya mengalah dan kini sedang menjilat-jilat tangannya.

"Baca ni dulu," Auntie Arfah menghulurkan sehelai kertas kepada anak saudaranya itu.

Atilia kerut dahi apabila membaca apa yang tertulis pada kertas tersebut.

"Apa ni Auntie Arfah?" budak perempuan itu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Perempuan berusia lewat 40an itu tersenyum sebelum menjelaskan, "Ini adalah surat perjanjian antara Atilia dan Tomy."

"Surat perjanjian?" Atilia masih tidak faham.

"Atilia kena berjanji pada Tomy untuk tidak melanggar kelima-lima janji yang tertulis itu. Perjanjian ini bagi memastikan Tomy mendapat tuan yang boleh menjaganya dan memberinya kasih sayang yang terbaik," tambah Auntie Arfah.

Atilia membaca setiap janji yang tertulis dengan hati-hati. Dia hairan sejak bila pula perlu ada perjanjian untuk membela kucing. Rakan-rakan sekolahnya yang membela kucing, tidak pernah menyebut tentang sebarang surat perjanjian.

MELALUI SURAT AKUAN INI, SAYA, NUR ATILIA BINTI MOHD ZIN BERJANJI UNTUK MENEPATI PERKARA-PERKARA DI BAWAH SEPANJANG MEMELIHARA TOMY UNTUK KEBAIKAN BERSAMA.

1- SAYA BERJANJI UNTUK MENGUSAP BADAN TOMY DAN MELUANGKAN MASA BERMAIN DENGAN TOMY SETIAP HARI BAGI MEMBUKTIKAN KASIH SAYANG SAYA PADA TOMY.

2-SAYA BERJANJI AKAN MENCARI TOMY SEHINGGA DAPAT SEKIRANYA TOMY HILANG DARIPADA RUMAH KERANA KECUAIAN SAYA.

3-SAYA BERJANJI TIDAK AKAN MARAH, TENGKING ATAU MEMUKUL TOMY KERANA APA SAJA YANG TOMY LAKUKAN ADALAH KERANA MENGIKUT NALURINYA SEBAGAI KUCING.

4-SAYA BERJANJI AKAN MENJADI SAHABAT TOMY YANG SEJATI KERANA WALAUPUN SAYA MEMPUNYAI RAKAN-RAKAN LAIN DI SEKOLAH, TOMY HANYA ADA SAYA SEBAGAI TUAN DAN SAHABATNYA.

5-SAYA BERJANJI AKAN BERADA DI SISI TOMY SEMASA DETIK-DETIK TERAKHIR TOMY DI DUNIA, SUPAYA TOMY TAHU SAYA ADALAH SAHABAT SEPANJANG HAYATNYA.

Atilia memandang mak ciknya yang sedang menantikan jawapan. Atilia kemudian menoleh pandang pada Tomy pula. Tomy yang sudahpun terlena.

Muka anak kucing itu sangat comel. Atilia tahu dia mahukan Tomy. Dan waktu itu, Atilia yakin dia boleh menepati ke lima-lima janji yang tertulis pada kertas di tangannya.Dia sanggup lakukan apa saja demi Tomy, kucing peliharaannya yang pertama.

Namun apa yang Atilia tidak sedar waktu itu ialah setiap kali janji tidak ditepati, Tomylah yang akan menerima padahnya.

AKAN DATANG SECARA EKSKLUSIF DI LAMAN WEB INI TIDAK LAMA LAGI

E-NOVEL EKSKLUSIF

Salam,

Untuk pembaca-pembaca setia blog ini, saya akan hasilkan sebuah karya eksklusif terbaru berjodol JANJIKU PADA TOMY.

Karya ini tidak diterbitkan di mana-mana dan tidak terdapat di pasaran. Namun, ia boleh dibeli melalui saya nanti. Kulit buku itu nanti akan memaparkan gambar-gambar kucing comel yang saya pelihara.

JANJIKU PADA TOMY ialah sebuah kisah cinta dan kasih sayang terhadap binatang peliharaan. Hati saya terdetik untuk menulis karya ini setelah menonton paparan kekejaman manusia terhadap binatang peliharaan dalam rancangan 360 di TV3.

Apa yang ingin saya paparkan ialah tanggungjawab memelihara binatang peliharaan amat berat. Dan jika binatang peliharaan tidak dipelihara dengan baik, ia mendatangkan keburukan kepada binatang tersebut.

Karya ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang sedang memelihara lebih 20 ekor kucing Parsi di rumah. Kucing-kucing yang bukan saja nakal tetapi sangat manja dan mengajar saya erti kesabaran dan kesetiaan.

Salah seekor kucing saya bernama BABY, akan mencakar-cakar pintu bilik saya setiap pagi jam 7.30 bagi mengejutkan saya daripada tidur. Dialah 'alarm clock' saya. (Tapi, sebenarnya dia mahukan sarapan pagi!)

Saya berharap karya ini akan membuka minda anda sekelian tentang 'harga pengorbanan' seekor binatang peliharaan yang senantiasa cuba memberi yang terbaik kepada tuannya.

Wasalam

Wednesday, February 11, 2009

JANGAN TAKUT : TANGISAN TENGAH MALAM

Meor Shariman mempersembahkan, cerpen siri JANGAN TAKUT : TANGISAN TENGAH MALAM


Suara seorang kanak-kanak perempuan yang terisak-isak menangis mengejutkan aku dari lena. Jam dinding menunjukkan pukul 12.30 pagi. Suara tangisan yang sayup-sayup di luar rumah masih belum berhenti.

"Anak siapa pulak yang menangis malam-malam buta ni," keluhku yang sedang keletihan dan mengantuk.

Sepanjang hari aku sibuk menyiapkan kerja di pejabat. Tugasan yang meletihkan mental kerana sepanjang hari menyiapkan laporan bulanan di skrin komputer.

Aku menguap dan mencapai bantal untuk menutup kepalaku, supaya tangisan yang mendayu-dayu itu dapat aku hilangkan.

Tiba-tiba, jantungku bagai terhenti berdetik seketika sebelum ia berdegup laju. Mataku pula membulat. Rasa mengantuk terus hilang.

"Mana ada budak perempuan kat area rumah aku ni," bisikku sendiri.

Bulu roma di leherku mula tercacak. Setahu aku, di kawasan rumah aku tidak ada keluarga yang mempunyai anak perempuan berumur belasan tahun. Dan suara yang kedengaran itu seperti budak berumur dalam lingkungan tujuh atau lapan tahun.

"Anak siapa pulak ni? Kenapa pulak dibiarkan menangis luar rumah time macam ni?" bisikku lagi.

Aku bingkas duduk. Bulu roma di lengan masih meremang. Tangisan yang kedengaran betul-betul di luar bilikku, makin sayup.

Dengan hati yang berdebar-debar, aku bangun dan berjalan ke tingkap bilik. Lantas aku menjenguk ke luar tingkap.

Pelik. Tidak ada sesiapa di luar rumah. Jalan raya lengang dan hanya dilimpahi cahaya malap daripada lampu jalan yang separuh bertenaga.

Namun, suara tangisan kanak-kanak itu masih kedengaran. Suara kanak-kanak yang mungkin sesat jalan atau mencari jalan pulang.

Aku mengintai ke luar tingkap dengan lebih hati-hati. Inginkan kepastian milik siapakah tangisan itu.

Sekali lagi jantungku terhenti seketika. Kali ini wajahku menjadi pucat lesi. Rumah kosong di sebelah rumahku, yang selama ini dipenuhi lalang setinggi peha dan ditumbuhi pokok rendang, sudah lapang!

Aku teringat, pagi tadi, jawatankuasa rukun tetangga di kawasan perumahan itu ada membuat gotong-royong membersihkan kawasan-kawasan rumah yang terbiar. Gotong-royong yang aku tidak sertai kerana terpaksa bekerja pada hari Sabtu.

Aku menelan liur yang tiba-tiba melekat di kerongkong. Memang sah! Suara tangisan itu datang daripada laman rumah terbiar itu.

Aku cepat-cepat melangkah dua tapak ke belakang, menjauhkan diri daripada tingkap. Nafasku turun naik manakala fikiranku bercelaru memproses apa yang aku ketahui.

"Budak menangis macam sesat jalan. Pokok rendang kat rumah terbiar dah kena tebang," aku ketap bibir, "ni mesti penunggu ni."

Dan aku terus melompat naik atas katilku dan mencapai bantal peluk. Dengan tangan yang menggigil-gigil, aku mencari-cari kain selimut yang jatuh ke lantai.

Mulutku kumat-kamit membaca Al-Fatihah, walaupun sebenarnya aku mahu membaca ayat Kursi!

Selesai membaca Al-Fatihah, tangisan kanak-kanak perempuan itu mula sayup-sayup kedengaran. Tidak lagi sekuat tadi, tidak lagi sebingit seminit tadi.

Aku mengeluh lega kerana amat pasti, makhluk itu sudah semakin jauh.

Aku kemudian merebahkan badan ke tilam yang empuk sambil cuba melelapkan mata. Cuba melupakan tangisan itu dan kejadian itu.

Namun amat pelik kerana suara tangisan itu masih sayup-sayup di cuping telingaku. Sepatutnya, suara itu sudah lama hilang kerana sepatutnya, ia sudah semakin jauh beredar.

"Astagafirullah..." bisikku sendiri, sebelum memejamkan mataku dengan lebih kuat dan menutup kepalaku dengan bantal.

Waktu itu aku teringat pesan arwah pak cikku, Pak Cik Harun, yang mempunyai kebolehan melihat alam ghaib.

"Ingat pesan aku. Kalau bunyinya kuat, maknanya benda tu jauh...tapi kalau bunyinya sayup-sayup, bermakna benda tu dah ada kat sebelah."

Aku terus menjerit ketakutan...

SIAPA JUARA?

Aduh!!!!!!!!

Sangat pening mengulang nilai cerpen Loket dan Alleya Erina!

Kedua-duanya sangat bagus dari segi penceritaan, olahan dan juga tatabahasa. Dialog-dialog juga menarik, begitu juga watak-wataknya.

Jadi, mana satu juara ni?

Pening! Pening!

Apa pendapat awak?

Tuesday, February 10, 2009

PEMENANG TEMPAT KE 3

Salam,

Selepas menilai sekali lagi, ketiga-tiga cerpen teratas pilihan anda semua. Saya memilih cerpen Plaster Di Bahuku sebagai pemenang TEMPAT KE 3.

Kelebihan cerpen ini adalah wataknya yang original. Watak Tata, tidak meniru sebarang watak magis dalam mana-mana karya yang ada.

Apa yang lebih menarik ialah watak Tata mendapat kuasanya -iaitu boleh mengecil dan kembali membesar, melalui plaster yang ditampal pada bahunya. Ini amat asli berbanding cerpen-cerpen lain yang memaparkan watak-watak menggunakan kuasa magis sebagaimana Kembar Terpilih, Harry Potter, WINX dan lain-lain.

Kekurangan cerpen ini adalah pada olahan cerita serta naratifnya.

Wasalam

Sunday, February 8, 2009

SIAPA YANG MENANG?

Salam,

Terima kasih kerana mengundi dan memilih pilihan anda!

Yang pasti, saya dapat menilai semula ke lima-lima cerpen finalis dengan bantuan pilihan anda.

Nyata, TIGA cerpen ini - Plaster Di Bahuku, Alleya Erina dan Loket- salah satu akan bergelar juara.

Penilaian terakhir saya akan mengambil kira - Keaslian watak, keaslian cerita dan struktur cerita.

Terima kasih

PS: Kepada penulis yang lain, sila emel kan kepada saya sekali lagi, nama penuh dan alamat lengkap, untuk penyerahan hadiah.

Wednesday, February 4, 2009

LOKET vs ALLEYA IRINA?

Nampaknya, ramai yang memberi respon positif berkenaan kedua-dua karya ini! Dan ramai juga yang mengundi Loket dan Alleya Irina!

Tapi harus ingat bahawa tiga karya yang lain juga dipilih sebagai finalis kerana kekuatan tersendiri.

Saya rasa bangga kerana mempunyai peminat-peminat yang berkebolehan berkarya. Dan walaupun masih di bangku sekolah, kebanyakan mempunyai bakat besar bagi menjadi penulis berjaya. Apakah penulis-penulis yang mengirim karya kepada saya ini bakal mengikut jejak Ain Maisarah satu hari nanti?

Jawapan saya ialah YA! sekiranya penulis-penulis muda ini terus belajar teknik penulisan dan terus berkarya. Paling penting ialah, jangan mengalah dan terimalah segala kritikan sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Banyaklah membaca kerana ia akan membantu dalam penulisan anda. Saya sendiri mempunyai sebuah 'perpustakaan' sendiri di rumah yang mempunyai lebih 2,000 jodol buku.

Wasalam

Tuesday, February 3, 2009

JANGAN TAKUT : SUATU MALAM ITU

SALAM,

INI ADALAH CERPEN PERTAMA JANGAN TAKUT, SUMBANGAN NURUL HUDA.

Sang suria memancarkan cahayanya yang merah gemilang menjadikan suasana petang di Sekolah Menengah Perempuan Tengku Zaiton agak panas. Bahang matahari terasa seperti memamah kulit sekumpulan pelajar Tingkatan Dua Makmur yang sedang rancak berbual di wakaf di pekarangan sekolah. Waktu riadah yang sepatutnya digunakan untuk bersenam telah disia-siakan oleh mereka.

"Memang betul aku nampak roh Pak Halim!" Jelas Gia bersungguh-sungguh.

"Bukan aku tak percayakan kau, Gia. Cuma benda ni kedengaran mustahil." Respon Fifi, ketua kelas 2 Makmur bukanlah seperti yang digambarkan oleh Gia. Dahinya berkerut-kerut. Fifi berasa ragu-ragu.

"Iyalah, Gia!"

"Macam mustahil saja!"

"Susah nak percaya!"

Rakan-rakannya yang lain menyokong Fifi. Ada yang terangguk-angguk. Ada yang berkerut dahinya. Tidak kurang juga yang menggaru kepala yang tidak gatal.

"Kau, kau, kau dan kau…langsung tak percayakan aku? Apa yang aku cakap tadi semuanya bohong-bohong belaka?" Gia membentak. Jari telunjuknya menunjuk ke arah rakan-rakannya.
Masing-masing hanya membatukan diri. Langsung tidak bergerak. Walaupun bertubuh kecil dan gebu, Gia tidak kurang garangnya.

Ida yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati tiba-tiba bersuara, "Apa yang dikatakan oleh Gia itu ada benarnya."

Kini, lapan pasang mata memandang Ida.

"Suatu malam itu, aku belajar sampai larut malam. Kau semua pun tahu aku jadi rajin waktu nak dekat-dekat ujian." Ida tersenyum. Rakannya-rakannya pun begitu kecuali Gia. Mukanya masam mencuka.

Ida menyambung, "Sedang aku mengulang kaji, tiba-tiba…" Ida serta-merta berhenti.
"Lepas tu apa?" soal Nina yang tidak sabar mahu tahu selanjutnya.

Ida seolah-olah sedang berfikir sejenak. Rakan-rakannya masih setia menunggu.

"Benda tu datang depan mata aku!" Bersungguh-sungguh benar Ida berkata untuk meyakinkan mereka.

Rakan-rakannya yang lain terkejut bukan kepalang. Bukan sahaja Gia yang mengalaminya. Rupa-rupanya Ida turut sama merasai pengalaman bertemu roh si mati.

Halim Md Isa merupakan bekas pengawal Sekolah Menengah Perempuan Tengku Zaiton. Dia dikhabarkan telah membunuh diri setelah mendapat tahu isterinya berlaku curang. Dia ditemui oleh pihak sekolah dalam keadaan menggantung diri di sebuah stor di Blok Cendana berhampiran dengan kelas 2 Makmur. Namun, sejauh mana kesahihan kisah tersebut tidak dapat dibuktikan kerana tiada seorang pun yang pernah mengalami peristiwa aneh bertemu dengan roh Pak Halim. Kini seperti pohon yang bergoncang tanpa angin, Gia pula yang mengaku sudah melihat sendiri si mati. Bukan Gia sahaja, Ida turut merasainya sendiri!

Gia sudah boleh tersenyum lebar. Dia meninggikan suara, "Aku sudah beritahu. Kau semua bukannya nak percaya cakap aku!"

"Tapi Gia, benda yang aku nampak tu bukan seperti yang kau sangka," Ida rupa-rupanya belum habis bercerita.

Gia dilihatnya berkerut di dahi. "Habis tu apa?"

"Cik Na betul-betul melompat atas meja aku. Terkejut sangat aku dibuatnya!" Kata-kata Ida disambut dengan derai ketawa oleh rakan-rakannya. Muka Gia merah padam menahan marah.

Cik Na yang dimaksudkan itu hanyalah panggilan seekor kucing hitam betina yang menjadi haiwan peliharaan warden asrama, Puan Maimonah.

Damia bersuara setelah ketawanya reda sedikit, "Gia, Gia. Mana ada benda-benda mengarut macam ni. Rohlah. Hantulah. Jembalanglah… mana ada itu semua!" Dia ketawa lagi. "Apa yang kau cakap tu mengarut!"

Gia mula menengking.

"Tak mengapa! Malam ini akan membuktikan segala-galanya. Kau orang tunggu saja!" Dia lantas meninggalkan teman-temannya yang masih ketawa kerana geli hati.

"Ida, tak baik kau buat Gia begitu. Mungkin apa yang dikatakannya itu betul. Lagipun kau jangan buat cerita yang bukan-bukan!" Begitu keras amaran Nina. Dia tidak gemar dengan sikap rakannya yang berjenaka tidak kena tempat.

"Alah…tak ada apa-apa pun. Aku fikir Gia saja buat-buat cerita sebab nak dapatkan perhatian kita. Tambahan pula, aku tak percaya dengan cerita roh dan hantu hingga aku melihatnya dengan mata kepala aku sendiri!" balas Ida dengan sombong.

Nina hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. "Kau akan lihat tak lama lagi."

Peperiksaan Pertengahan Tahun akan berlangsung tidak lama lagi. Kebanyakan pelajar akan mengulang kaji hingga lewat malam pada minggu-minggu terakhir sebelum peperiksaan. Pada tahun ini, skema peperiksaan agak berbeza di Sekolah Menengah Perempuan Tengku Zaiton.
Pelajar Tingkatan Dua akan diuji dengan soalan-soalan Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua.

Ujian ini diberi nama Peperiksaan Awal PMR. Usaha ini merupakan langkah pertama untuk membiasakan para pelajar dengan format peperiksaan sebenar PMR. Pelajar Tingkatan Tiga pula akan diuji dengan soalan-soalan Tingkatan Satu, Tingkatan Dua dan Tingkatan Tiga dalam Peperiksaan Ambang PMR pada bulan Mei. Manakala, pelajar Tingkatan Lima pula akan diuji dengan soalan-soalan Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima. Ujian ini dipanggil Peperiksaan Ambang SPM.

Meskipun para pelajar Sekolah Menengah Perempuan Tengku Zaiton sibuk dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum, mereka tidak pernah mengabaikan pelajaran. Pesan guru-guru, ilmu yang diajar di dalam kelas mesti diutamakan. Pencapaian akademik dan kokurikulum juga mesti diseimbangkan.

Oleh itu sewaktu minggu-minggu terakhir sebelum ujian para pelajar akan ‘meninggalkan’ aktiviti kokurikulum buat sementara waktu dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Hal ini yang membolehkan Sekolah Menengah Perempuan Tengku Zaiton memenangi Anugerah Sekolah Berasrama Harapan Negara selama tiga tahun berturut-turut.

Pada malam sebelum Peperiksaan Awal PMR; iaitu ketika waktu kelas persediaan atau PREP, para pelajar bertungkus lumus membuat ulang kaji berkaitan topik-topik yang diramalkan keluar dalam ujian. Namun, selepas jam 10.30 malam seorang demi seorang pelajar meninggalkan kelas. Akhirnya, bilangan pelajar hanya boleh dikira dengan jari setelah jarum jam menunjukkan pukul 11.30 malam.

Ida dan rakan-rakannya, Nina, Fifi dan Damia masih tekun mengulang kaji di kelas 2 Makmur. Gia pula sudah meninggalkan kelas sejak jam 10.30 tadi.

Namun setelah beberapa minit di dalam kelas, Damia mula berasa mengantuk.
Dia menguap sambil berkata kepada Ida, "Hei, Ida! Begitu larat kau berjaga sampai sekarang ini? Kau tak mengantuk?"

"Tak." Pendek sahaja jawapan Ida.

"Habis itu, kau tak takut revise seorang diri dalam kelas?" Damia menduga.

Ida berhenti menulis. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Damia. "Kau ingat aku ini pengecut macam kau, Damia?" Suaranya agak kasar pada pendengaran telinga Damia. Tetapi dia tidak berasa terlalu marah. Dia cuma tersengih-sengih.

"Aku rasa baik kau tidur awal. Kalau tidak, nanti susah nak bangun pagi."

"Aku kena belajar."

Damia tersengih lagi. Hatinya berbisik, "Padan muka kau, Ida. Selalu belajar last minute."
"O.K. Fifi dan Nina...kau berdua macam mana?" soal Damia kepada rakan-rakannya yang lain.

Fifi dilihatnya baru berhenti menulis. Dia mengangkat mukanya, "Aku pun dah letih. Rasanya aku memang tak dapat proceed lagi." Dia menghadiahkan senyuman tawar kepada Damia. Mungkin akibat kepenatan, fikir Damia.

"Aku pun sama." Nina turut berpendapat seperti Fifi. "Aku sudah capek," ujarnya dalam telor Indonesia.

"Tak apa. You girls go upstairs. I’ll just stay," kata Ida semasa Fifi, Nina dan Damia mengemas barang sebelum melangkah keluar.
Baru beberapa langkah mereka pergi meninggalkan kelas 2 Makmur, suara Damia yang lantang memecah kesunyian di sekitar bangunan Blok Cendana, "Jangan studi lama-lama. Nanti hantu Pak Halim datang!"

Ida mengetap bibir namun tidak berdaya membalas kata-kata Damia yang kemudiaanya disambut dengan derai ketawa Fifi dan Nina. Dia tahu Damia hanya bergurau dengannya.
"Kau ingat aku takut sangat?" katanya di dalam hati.

Ida menyambung kerjanya yang tertangguh sebentar tadi. Banyak lagi soalan Matematik yang belum dijawabnya. Bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini? Linear Equation? Apa itu? Gerutunya seorang diri. Itulah, lain kali belajar lagi masa waktu-waktu terakhir sebelum ujian, Ida menempelak diri sendiri.

Dia tidak pasti sudah berapa lama dia belajar di dalam kelas sehinggalah dentuman pintu hadapan membuatkannya tersentak.

Ida mengurut dada. "Nasib jantung tak gugur," katanya dengan suara yang bergetar. Dia melihat jam pada dinding kelas – Pukul 12.00 tengah malam. Entah mengapa, perasaannya pada malam itu agak berlainan daripada hari-hari biasa. Aku takut? Takut dengan apa? Bisikan sanubari itu benar-benar mencemaskannya. Mengapa dengan aku ini?

Desiran angin yang seakan-akan membisikkan kalimah tertentu itu agak mengerikan bagi Ida. Eh, apa sudah jadi? Aku berkhayal? Atau ini cuma mainan perasaan saja? Soal Ida kepada dirinya. Hatinya kian diserang perasaan berdebar-debar.

Ida memasang telinganya. Dia mendengar dengan peka. Tidak, kali ini bukan desiran angin tetapi seperti suara…manusia? Kelihatan manusia itu mengalami kesukaran untuk bernafas.
Ida tidak begitu pasti. Dia melangkah beberapa tapak di pintu kelas kemudian berhenti. Ditolehnya kiri. Ditolehnya kanan. Aneh. Tiada apa-apa yang ganjil berlaku. Suara itupun sudah tidak kedengaran lagi.

Baru sahaja dia mahu kembali ke tempat duduknya, bahu Ida dipaut oleh seseorang. Ida terpelangah. Kepalanya dipalingkan perlahan-lahan. Rasa takut mula menyelinap di sanubarinya. Siapakah orang ini?

"Aaaaaaaa.......!!" Ida melepaskan jeritan. Namun, orang yang memegang bahunya tidak menunjukkan sebarang respon. Wajahnya langsung tidak menggambarkan apa-apa emosi. Terkejut tidak. Berasa aneh pun tidak.

Rupa-rupanya, orang yang memegang bahu Ida itu ialah pengawal keselamatan sekolah. Namun, Ida langsung tidak mengenalinya. Dia mengecam orang itu melalui uniform yang dipakainya.

Ida mengurut dada buat kali kedua pada malam itu. Dia berkata, "Pak cik...pak cik. Apa yang pak cik buat di sini?"
Senyap seketika. Tanpa menjawab pertanyaan, pak cik itu menelunjuk jam dinding tanpa berkata apa-apa. Ida yang tersipu-sipu malu itu mendiamkan diri buat seketika. Dia tahu peraturan berkenaan kesalahan berada di bangunan akademik selepas waktu PREP; iaitu jam 10.30 adalah sangat jelas. Cuma dia sahaja yang berani melanggar peraturan sekolah.

"Maafkan saya, pak cik. Saya tahu saya sudah buat silap. Tetapi kerja saya telahpun habis. Pak cik janganlah risau, ya? Sekarang ini juga saya naik ke dorm," terang Ida. Perasaan malu masih menebal di dalam dirinya.

Pak cik itu dilihatnya sekadar mengangguk kemudian beredar dari kelas. Ida melepaskan keluhan. Lega rasanya.

"Nasib tidak kena marah. Kalau tidak...Eh, sekejap." Ida cuba mengingati sesuatu. Siapa pak cik itu? Dari mana dia datang? Bunyi tapak kaki langsung tidak kedengaran, bagaimana dia boleh sampai ke kelas aku?

Otak dikerah untuk berfikir. Berkerut-kerut dahi Ida dibuatnya. Ida cuba mengingati segala-galanya tentang pengawal misteri tadi. Memori yang berbentuk visual terbentuk di ruang fikirannya. Baju uniform itu, seluar, kunci yang selalu tergantung di bahagian pinggang nampak seperti tiada apa-apa yang mencurigakan.

Maklumat itu, walau bagaimanapun tidak mencukupi bagi Ida. Dia berfikir lagi. Kali ini dengan lebih mendalam. Kolar baju di leher, kasut hitam yang berkilat dan...misainya. Apa lagi, ya? Baju uniform pengawal sekolah biasanya berwarna biru tetapi mengapa pak cik itu memakai yang berwarna hijau tua. Di atas bahagian poket lazimnya tertera nama seseorang pengawal.

Dahi Ida berkerut-kerut cuba mengingati nama pak cik guard yang misteri itu tadi. Peluh mula merintik di hujung rambutnya. Memori fotogenik yang berupa lencana yang mempunyai nama pengawal itu sudah dapat dikesannya.
Ida tergamam. Hanya nama itu yang berlegar di kotak fikirannya kini – HALIM BIN MD ISA.

SINAR CAHAYA DI UFUK TIMUR

NOTA: Ini salah satu karya yang bagus tetapi tidak sepenuhnya menepati tema 'dunia magis'.


Sinar Cahaya Di Ufuk Timur


Kring………
Para pelajar berpusu-pusu keluar dari bilik darjah. Faizal memasukkan buku-
bukunya ke dalam beg sekolah. Dia cepat-cepat berlalu tanpa menghiraukan rakan-
rakannya. Dia menuruni anak tangga dengan pantas dan mencapai basikalnya. Sebaik
sahaja dia melepasi pagar sekolah, dia di alam lain. Dia berada di satu tempat yang lain.

Tanah yang gersang sebagaimana hatinya yang gersang. Ada skrin yang menayang satu
persatu kejadian yang berlaku. Dia tunduk ke bawah dan duduk di atas tanah.

"Kenapa kau berputus asa kepada TuhanMu. Ini adalah ketentuan, kenapa kau
harus menyesal atas apa yang berlaku." Satu suara menegurnya. Seorang pemuda yang
sama sepertinya dari segi wajah mahupun tubuh badannya. Dia berpakaian serba putih dan
melangkah ke arah Faizal.

"Siapa kau?" Faizal kehairanan melihat pemuda itu.

"Tidak perlu takut. Aku juga seperti kau juga Faizal. Aku adalah hambaNya."
Pemuda itu menerangkan siapa dirinya. Dia bagaikan dapat membaca apa yang difikirkan
oleh Faizal.

"Aku telah banyak kecewa. Apa yang aku inginkan tidak dapat. Tiada siapa
yang tahu pa yang terbuku di dalam hatiku. Aku telah banyak berdoa, Tuhan tidak pernah
memberikan apa yang aku pinta."

Pemuda itu tersenyum lalu menjawab "Ini adalah ketentuan. Jangan kau
mengeluh apatah lagi berputus asa kepadaNya. Jika kehidupan kita tiada kesusahan dan
ujian. Adakah indah hidup kita?"

"Saya tidak tahu. Ttetapi kadang-kadang, saya inginkan kebahagiaan yang
saya idam-idamkan."

"Kebahagiaan dan kesenangan juga adalah ujian daripada Allah. Jika tiada
kesusahan, hambarlah hidup kita. Kerana kita tidak dapat jadikan kesusahan itu sebagai
guru kita. Kesusahan yang kita alami akan disulamkan dengan kesenangan bagaikan
jalur-jalur pelangi yang indah. Di dunia ini dan di bumi ini, kita bagaikan musafir yang
sedang dalam perjalanan. Kita sedang bermusafir ke alam yang akan menentukan kita
sama ada kita adil kepada diri kita atau tidak."

"Apa maksud kau?"

"Faizal, ingatlah. Ada orang yang lebih susah darimu. Kesusahanmu hanya
sedikit berbanding mereka. Mari kita lihat Rasulullah sendiri. Adakah dia pernah
mengecapi kesenangan dahulu sebelum kesusahan? Dia adalah nak yatim. Dan kau Faizal,
kau mempunyai ibu dan ayah yang sangat menyayangimu. Dia pernah dicaci dan
dilemparkan batu kerana ingin berdakwah sedangkan kau tidak pernah dihina apatah lagi
dilemparkan batu. Segala kesusahanmu, adalah ujian dari Allah. Allah ingin menduga
sama ada kau bersyukur dan sabar dengan apa yang kau lalui atau tidak. "

Faizal tertunduk . Dia sedar siapa dirinya. Dia insaf dengan penerangan oleh
pemuda itu. Dia mengangkat wajahnya dan merenung wajah pemuda yang tenang. Skrin
yang besar menayang satu persatu kejadian yang menggembirakan.

"Lihat di sana, itu adalah kegembiraanmu. Kegembiraan akan hadir di dalam
kesusahanmu, Allah sentiasa mendengar rintihanmu. Dia tidak pernah menghampakan
hambanya. Tetapi sikap kita yang menentukan kita. Kita turutkan hawa nafsu dan
syaitan. Faizal, sambutlah huluran tanganku." Pemuda itu menghulurkan tangannya.
Faizal sambut tangan dan berdiri di sebelah pemuda itu.

Tanah itu terbahagi kepada dua. Satu ditumbuhi pokok dan bunga-bunga.
Suasana sungguh mendamaikan. Di sebelahnya, mayat bergelimpangan dan darah
mewarnai tanah. Faizal dan pemuda itu berdiri di tengah-tengahnya.

"Faizal, mana satu pilihanmu . Adakah kau memilih yang damai atau yang
sedang dalam peperangan. Faizal, di dunia ini banyak tipu helah. Pilihlah di mana kau
ingin pergi. Tetapi ingat apabila kau memilihnya, kau tidak akan berpatah balik." Pemuda
itu menghilangkan dirinya.

Faizal termanggu, dia merenung ke dua-dua alam itu.

"Dunia bagaikan fatamorgana. Ada banyak tipu helah. Jika aku tersilap jalan
maka kecundanglah aku. Kesengan itu hanyalah sementara dan dugaan yang datang
bertalu-talu yang mengajar aku erti kedewasaan. Cabaran dan dugaan perlu kita tempuhi
dengan sabar. Jangan terpedaya dengan kesengan, kelak akan binasa diriku ini," desis
hati kecil Faizal.

Faizal membuat keputusan. Dia harus menolong orang yang sedang dalam
peperangan. Kesengan hanyalah fatamorgana, tiada yang kekal. Hanya yang kekal adalah
Allah. Selagi dengan izinNya, tiada yang mustahil. Faizal melangkah ke arah alam yang
dalam peperangan.

"Syabas, Faizal. Kau telah membuat pilihan yang tepat. Kini, kau harus pikul
tanggungjawab yang telah di amanahkan oleh kepadamu. Kau pulanglah ke pangkuan
keluargamu." Pemuda itu muncul di sisi Faizal. Faizal hanya terpinga-pinga
mendengarnya.

"Faizal, kau telah menerima aku di dalam hidup kau. Terima kasih kerana
menerima kehadiran aku," pemuda itu menyambung kata-katanya.

"Apa maksud kau? Aku tidak faham." Faizal merenung pemuda itu untuk
mencari jawapan. Pemuda itu tersenyum dan menepuk bahu Faizal perlahan-lahan.

"Faizal, aku adalah sebahagian daripada dirimu. Aku adalah kuasamu. Kau
bukan manusia biasa. Allah telah memberikan kau anugerah yang tidak ternilai
kepadamu. Gunakanlah aku dengan sebaik-baiknya. Ingatlah amanah daripada Alah
sangat berat. Jangan kau merasa terbeban dengan kuasamu ini. Selamat tinggal." Pemuda
itu ghaib.

Faizal tersedar dari pengsan. Di sebelahnya, Puan Salmah sedang tersenyum
melihatnya.

"Di mana saya, ibu?" Faizal bertanya dengan suara lemah.

"Faizal, di hospital. Kami mejumpai Faizal pengsan di tepi hutan. Bagaimana
Faizal ada di sana?" balas Puan Salmah dengan lembut.

"Sudahlah tu ibunya. Dia baru sahaja sedar dari pengsan." Encik Osman
menegur Puan Salmah

Faizal cuba mengingati apa yang berlaku. Semakin dia memerah otak,
kepalanya berdenyut. Dia menjerit kesakitan. Doktor dan jururawat memasuki bilik dan
cuba menteramkan Faizal. Matanya berpinar dan gelap. Dia tidak tahu apa yang terjadi kepadanya. Puan Salmah sudah mengalirkan air mata. Encik Osman memujuk isterinya untuk bertenang.


Faizal tersedar dari lenanya. Dia membuka alat bantuan pernafasan dan
bangun untuk menunaikan solat Tahajud. Puan Salmah yang berada di sisinya dibiarkan
tidur. Dia menuju ke bilik air dan mengmbil wuduk. Selepas mengambil wuduk, dia solat
tahajud pada malam yang hening. Dia mengalirkan air mata dengan penuh keinsafan. Dia
merasakan Allah sedang melihatnya.

"Ya Allah, aku bersyukur dengan apa yang kau kurniakan kepada aku. Tatkala
aku berasa sedih, kau gembirakan aku dengan bermacam-macam cara. Kau adalah Tuhan
yang Maha Berkuasa. Selama ini aku ingkar dengan arahanmu tetapi alam in aku sujud
dengan penuh keinsafan. Kau menyedarkan aku, betapa kau menyayangiku walaupun aku
banyak membuat kesilapan. Ya Allah, ya tuhanku, ampunilah dosa-dosaku. Kau Maha
Mengetahui isi bumi dan isi langit," bisik hati kecil Faizal. Dia menunaikan solat dengan
penuh khusyuk dan tawaduk kepada Allah.

Ada tangan yang menyentuh bahunya selepas dia habis melakukan solat. Dia
menoleh, Puan Salmah tersenyum kepada Faizal. Dua beranak itu berpelukan. Puan
Salmah bersyukur dengan perubahan anaknya.

"Ibu, ampunilah Faizal. Faizal sudah buat bayak kesilapan pada ibu." Faizal
menyalami ibunya dengan linangan air mata

"Faizal, ibu sudah maafkan Faizal. Yang sudah biarkan ia berlalu. Ibu amat
menyayangi anak ibu." Puan Salmah megusap lembut rambut anaknya.

Faizal terpandangkan pemuda itu. Dia tersenyum kepada pemuda itu. Pemuda
itu membalas senyumannya. Faizal bangun dan pergi kea rah pemuda itu. Puan Salmah
terpinga-pinga melihat perlakuan Faizal. Pemuda itu memasuki tubuh badan Faizal. Kini,
Faizal berpakaian seba putih. Dia mendekati ibunya.

"Usah ibu risau tentang saya. Saya pergi hanya sementara." Wajah dan tubbuh
badan Faizal bercahaya-cahaya. Dia menghilangkan diri. Puan Slamah terlopon melihat
perubahan Faizal.

Faizal pergi ke satu tempat di mana ada seorang budak kecil sedang menangis.
Faizal menghampirinya dan tersenyum. Dia mengusap budak itu dengan penuh kasih
sayang.

"Kenapa adik menangis?" Tanya Faizal kepada budak kecil itu.

"Saya takut abang, saya takut. Tengok ibu bapa saya bergelimpangan di
jalanan. Abang saya pula di tangkap askar yang kejam itu." Budak itu menerangkan
sebab-sebabnya.

"Adik, kita tidak perlu menagis. Kita perlu kuat menghadapi dugaan ini. Jika
adik menangis, siapa yang akan menyelamatkan abang adik." Faizal memujuk lembut
sambil membelai budak kecil itu.

"Siapa nama adik?" Faizal bertanya sambil tersenyum.

"Muhammad Iqbal, bang," budak kecil itu berhenti menangis.

"Iqbal hendak tolong abang, membebaskan abang Iqbal dan tawanan-tawanan
yang lain." Faizal bertanya dengan mesra.

Iqbal tidak menggeleng dan mengangguk tetapi merenung tajam wajah Faizal.
"Mari, ikut abang."

Faizal dan Iqbal pergi ke kubu yang kukuh. Dia melangkah memasuki
bangunan itu sambil membaca " Bismillahirrahmanirrahim, dengan namamu Ya Allah.
Aku berlindung di bawah kekuasaanmu."

Faizal dan Iqbal dapat menembusi kawat yang berduri. Tentera-tentera yang sedang mengawal terkejut dengan kehadiran mereka.
Mereka memanggil kawan-kawan mereka yang lain. Mereka ingin menghalang Faizal
dan Iqbal melepaskan para tawanan. Mereka menembak bertalu-talu ke arah Faizal dan
Iqbal. Faizal menutup matanya dan anak natanya bertukar menjadi satu. Dia membuka
matanya, peluru yang sedang ke arah dia dan Iqbal melantun ke arah tentera-tentera itu.

" Allah," selesai sahaja Faizal menyebut perkataan yang suci , tentera-tentera itu terhumban ke dinding. Mereka tidak sedarkan diri.

"Bagaimana abang buat begitu?" Tanya Iqbal dengan kagum.
Faizal tersenyum dan berkata "Itu adalah anugerah dari Allah. Mar, kita
selamatkan mereka. Cepat."

Faizal dan Iqbal berlari ke arah penjara. Anak mata Faizal yang menjadi satu
merenung besi-besi yang mengepung tawanan-tawanan. Dengan izin Allah, besi itu
terbang melayang ke dinding. Dinding itu musnah. Para tawanan keluar dari penjara yang
amat menyeksakan. Faizal tersenyum melihat Iqbal berlari-lari mendapatkan abangnya.


"Terima kasih kerana membebaskan kami," ujar Qayyum dengan hormat.

"Itu adalah kehendak Allah. Tanpa izinnya, saya tidak akan sampai si sini. Jagalah negara ini. Berjuanglah demi menegakkan agama dan negara. Saya minta diri
dahulu. Assalamualaikum." Faizal berlalu dengan tenang.

Para tawanan melihat Faizal yang berjalan dan semakin hilang dari
pandangan. Di hati mereka, kesyukuran dipanjatkan. Sinar harapan menanti mereka.
Mereka berharap suatu hari nanti mereka akan mewujudkan sebuah negara yang aman
dan sejahtera.

Sementara itu, Faizal kembali ke wad. Dia bertukar kepada manusia biasa
semula. Dia baring di atas katil. Pengembaraannya memerlukan tenaga yang banyak,
memerlukan rehat yang secukupnya. Dia tidur di atas katil dengan tersenyum. Dia akan
terus mengembara dan membantu orang ramai. Tugas akan menungunya. Puan Salmah
bersyukur kerana Faizal sudah pulang dengan selamat.

Sunday, February 1, 2009

SEMUA CERPEN AKAN ADA DI SINI

Kesemua karya-karya yang dihantar untuk pertandingan cerpen Dunia Magis, akan dipaparkan di sini.

Namun, karya-karya yang lain hanya akan diletakkan selepas kita semua memilih karya terbaik antara 5 finalis.

Dengan kata lain, karya-karya anda akan ditatap pengunjung blog ini, selepas FEB 15 nanti.

Wasalam

PEMILIHAN 5 FINALIS

Salam,

Sebuah karya untuk remaja/kanak-kanak perlu dipersembahkan dengan gaya bahasa yang mudah untuk bacaan budak sekolah rendah tetapi tidaklah terlalu mudah, hingga 'membosankan' pembaca remaja. Ia perlu ada keseimbangan. Dan, saya tidak boleh terlalu 'strict', kerana anda semua pelajar sekolah dan baru hendak berkarya. Jadi, saya tidak boleh menilai karya-karya itu sebagaimana saya menilai karya-karya Ain Maisara mahupun penulis-penulis yang sudah berpengalaman.

Tema mestilah berkisar dunia magis dan mesti mempunyai keaslian tersendiri. Bermakna, tidak salah meminjam konsep Harry Potter, WINX mahupun Kembar Terpilih tetapi penulis mesti bijak mengolah dan menjadikan karyanya original.

Saya sendiri mendapat ilham Kembar Terpilih daripada CHARMED, dan siri Sumpahan Fasha daripada Ghost Whisperer dab Budak Bionik daripada Six Million Dollar Man tetapi persamaan hanya terletak pada konsep. Watak-watak yang saya cipta, sangat 'melayu'.

Ya, ada juga karya yang saya terima bercorak 'sci-fi' dan 'seram'. Kedua-dua karya ini amat menarik tetapi tidak 100 peratus sesuai dengan tema Dunia Magis.

Sebagaimana yang saya beritahu, amat sukar untuk saya buat pilihan kerana karya yang dihantar semua mempunyai keistimewaan sendiri.

Jadi, anda nilaikan sendiri. Kepada kelima-lima finalis, nasihat saya ialah jangan 'geram' atau 'kecewa' apabila membaca komen-komen negatif. Jadikan komen-komen itu sebagai pendorong untuk maju ke depan. Sekurang-kurangnya, karya-karya anda di baca!!!!

Saturday, January 31, 2009

LOKET

Loket


Elisya merenung jauh. Matanya memerhati gelagat orang ramai yang berjalan-jalan di hadapan rumah. Keluhan dilepaskan. Dia betul-betul terasa kosong.

“ Sya! Masuk rumah! Kamu buat apa lagi kat luar tu?” Suara ibu saudaranya, Salmah keras menusuk pendengaran Elisya.

“ Sya ambil angin petanglah, Mak Su.” Elisya menjawab.

Salmah mendengus. “ Menjawab kamu ya. Cepat masuk! Lambat masuk aku kunci pintu ni. Biar kau tidur dalam kesejukan malam ni kat luar.”

Elisya cepat-cepat bangkit daripada kerusi batu yang didudukinya. Takut dengan ugutan Mak Sunya itu.

“ Nah, kau makan nasi ni. Lepas tu, terus masuk bilik ulangkaji pelajaran. Aku malu betul dengan keputusan peperiksaan kau yang lalu. Ingat sikit aku bagi kau tempat tinggal dengan kelengkapan sekolah tu patutnya kau banggakanlah aku sikit. Ni makin menyusahkan adalah.” Elisya hanya diam mendengar bebelan Salmah. Nasi sejuk di dalam pinggan dikuis-kuis. Hanya ada lauk ikan kering dan beberapa titik kicap. Itu pun dia sudah cukup bersyukur.

“ Cepat sikit makan tu! Ingat ni kedai makan ke boleh makan lembap-lembap? Aku ada banyak lagi hal penting nak kena buat. Bukan nak melayan makan minum kau seorang aje.”Bebelan Salmah semakin panjang dan padat. Elisya mula menyuap nasi ke dalam mulut.

Elisya memerhatikan Salmah yang sibuk ke hulu hilir. Timbul perasaan kasihan melihat gelagat Salmah. Kejap ke ruang tamu untuk menguruskan adik Elisya yang mula meragam. Kejap menyediakan makanan untuk keluarganya pula.

“ Mak Su, Sya dah habis makan.” Beberapa minit kemudian Elisya mula membuka mulut.

“ Habis tu, basuhlah. Basuh sekali pinggan mangkuk kotor dalam sinki tu.” Salmah berkata sambil menyiapkan susu untuk adik Elisya.

Elisya mengangguk. Dia akur dan patuh dengan segala arahan Salmah. Kemudian, setelah siap kerjanya dia bergegas ke biliknya meninggalkan Salmah yang sedang mendodoikan adiknya.

Di bilik, Elisya membuka buku teks Sains. Dia mula mengulangkaji pelajaran. Beberapa saat kemudian, dia menutup buku kembali.

“ Ish, kenapa tak boleh masuk apa yang aku baca ni?” Elisya merungut sendirian. Dia meraup wajahnya sendiri.

“ Apa kena dengan aku hari ni? Kenapa aku rasa lain macam?” Soalan itu ditanya bertalu-talu kepada dirinya sendiri.

Elisya membuka laci meja belajarnya. Dikeluarkan seutas rantai berloket hijau. Rantai itu ditatap sepenuh hati. Kata orang, rantai itu hanya manusia yang terpilih sahaja boleh memegangnya.

“ Habis tu, aku ni manusia terpilihlah. Tapi peliklah, macam mana aku boleh pegang rantai ni padahal Mak Su dengan kawan-kawan aku yang lain tak boleh pegang langsung. Bukan setakat pegang, sentuh pun tak boleh.” Elisya mengomel. Dia membelek-belek loket berwarna hijau itu. Kelihatan bersinar-sinar dan bercahaya apabila jari Elisya mengenai permukaan loket tersebut.

Elisya mula menguap. Tiba-tiba pula dia rasa mengantuk apabila terlalu lama merenung loket itu. Dia meletakkan kembali rantai itu ke dalam laci meja lalu ditutup dan dikunci. Kemudian, dia ke satu destinasi utamanya iaitu katil bujangnya.

Pagi itu, Elisya hampir-hampir menjerit apabila dia terpandangkan telapak tangannya. Di telapak tangannya, ada satu bentuk berwarna hitam. Dan bentuk itu membuatkan Elisya tersentak. Bentuk itu menyerupai bentuk loket rantai yang dipegangnya malam tadi.

Suara teriakan Mak Sunya mengejutkan Elisya. Cepat-cepat dia mengurut dada. Pagi itu sudah dua kali dia mengalami kejutan yang hampir-hampir membuatkan jantungnya gugur jatuh.

“ Elisya! Cepat bangun! Pak Su kamu dah tunggu ni!” Salmah mencuba lagi kelantangan suaranya.

“ Ya! Sya nak mandi ni!” Balas Elisya. Suaranya juga hampir-hampir menyamai kelantangan suara Salmah.

Dalam bilik air, puas Elisya menonyoh telapak tangannya dengan sabun untuk menghilangkan bentuk hitam itu. Tetapi, malangnya warna dan bentuk itu langsung tidak tergugat.

“ Ish.. Kenapa susah sangat nak hilang ni? Warna macam warna pen hitam biasa tapi nak hilang mak aii punyalah susah.” Elisya merungut sendirian. Dia masih lagi berusaha menonyoh telapak tangannya itu.

Ketukan di pintu bilik air mengejutkan Elisya. Sabun yang dipegang jatuh melurut.

“ Woii, kau buat apa dalam bilik air tu? Tidur ke berangan?” Suara anak sulung Mak Sunya, Adi memecah keheningan pagi yang sunyi.

“ Kau kalau nak lama-lama dok berangan dalam bilik air lain kali buat bilik air sendiri! Jangan nak buat bilik air ni macam harta benda kau pulak.” Jerit Adi lagi. Kali ini disertai tumbukan bertalu-talu pada pintu. Kesian pintu bilik air. Tidak pasal-pasal telah menjadi mangsa.

Elisya menggelabah. Cepat-cepat dia mengutip sabun yang terjatuh tadi. Lalu dia mengambil keputusan untuk menyiram tubuhnya sekali sahaja. 2 minit kemudian, pintu bilik air dibuka dan pemandangan pertama yang menerpa masuk ke dalam mata Elisya ialah wajah Adi yang mencuka. Dia menjegilkan mata kepada Elisya yang memandang takut-takut. Pintu bilik air ditutup kuat sebagai tanda melepaskan geram terhadap Elisya.

“ Hai Elisya..” Sapaan itu diterima sebaik sahaja Elisya turun daripada kereta Pak Sunya.

Elisya mengangguk dan tersenyum. Dia menghampiri Sheila yang sedia menantinya di pintu pagar.

“ Hai Sheila. Lama tunggu?” Elisya memulakan perbualan. Ketika itu mereka sedang dalam perjalanan untuk ke tempat perhimpunan.

“ Lamalah jugak. Sempat jugak aku tengok pokok pisang berbuah dua.” Sheila menyindir secara halus. Elisya tergelak kecil.

“ Maaflah. Aku terlewat bangun tadi.” Elisya memberi penerangan. Angin bertiup dengan agak kencang menyebabkan tudung sekolah Elisya terbuai dan hampir-hampir terbuka. Cepat-cepat Elisya mebetulkan kembali tudungnya.

“ Eh, Sya! Apa benda kat telapak tangan kau tu?” Sheila bertanya dengan agak kuat. Dia memegang tangan Elisya dan memerhati dengan teliti telapak tangan kawan baiknya itu.

“ Benda apa, Sheila?” Elisya berpura-pura tidak tahu. Dia turut membuat reaksi muka terkejut.

“ Kau pegang apa sampai hitam telapak tangan kau ni?” Sheila menyoal prihatin.

“ Entah. Agaknya aku terpegang pagar sekolah kita yang catnya belum kering kot.” Tukas Elisya. Sheila merenung Elisya lama sebelum dia mendiamkan diri.

Elisya memandang pelik kawannya itu. ‘ Eh, tadi mulut bukan main riuh tapi sekarang tiba-tiba pula senyap. Kenapa pula dia ni?’ Bisik hati Elisya.

“ Hai Elisya. Hai Sheila.” Sapa rakan sekelas mereka yang lain apabila mereka tiba di barisan kelas mereka. Elisya membalas sapaan itu manakala Sheila hanya mengangguk. Tidak berkumpul membuat gosip seperti selalu.

“ Sheila, kau okey ke?” Elisya mematikan kebisuan. Sheila mengerling sekilas Elisya sebelum mengangguk. Elisya tidak mahu menganggu Sheila yang leka membaca novel karya Meor Shariman disebelahnya. Dia mulai bangkit untuk menyertai kumpulan pelajar perempuan yang lain.

“ Sya, kenapa dengan Sheila tu?” Ifa dengan gaya kepoh bertanya Elisya yang baru hendak duduk.

“ Entah. Aku pun tak tahu.” Elisya mengangkat bahu.

“ Sya, sepupu aku ada ajar satu permainan baru tau.” Ifa berkata lagi. Cuba untuk mengalihkan topik.

“ Apa dia?” Soal Elisya malas.

“ Kita boleh tahu kelebihan seseorang tu.” Aqilah menjawab soalan yang diutarakan.

“ Macam mana?” Elisya kelihatan berminat.

Ifa tersenyum simpul. Dia menghulurkan tangannya. Elisya mengerut kening. Hairan dengan tingkahlaku kawannya itu.

“ Bagilah tangan kau.” Ifa sudah bersila ala-ala bomoh. Aqilah, Ika, Zeti dan Ila mula membuat bulatan mengerumuni Ifa dan Elisya.

“ Nak buat apa?” Elisya kelihatan bingung. Kedua-dua tangannya disorokkan di belakang.

“ Bagi jelah.” Ifa sudah geram dengan perangai Elisya yang suka melengah-lengahkan waktu itu.

“ Loceng nak berbunyi dahlah.” Elisya berkata. Dia tidak mahu kawan-kawannya nampak bentuk hitam di telapak tangannya itu. Selesai berkata begitu, loceng nyaring berbunyi. Tepat ketika Elisya menghabiskan ayat.

Ifa, Aqilah, Ika, Zeti dan Ila ternganga memandang Elisya yang terkebil-kebil.

“ Kau macam mana tahu loceng akan berbunyi?” Zeti bertanya dengan nada hairan.

Memang begitulah sistem pentadbiran sekolah itu. Para pelajar tidak akan tahu pada pukul berapa loceng akan dibunyikan. Ini menyebabkan para pelajar mula berdisiplin dengan datang awal ke sekolah. Pelajar yang datang lewat akan dikenakan denda.

“ Aku agak aje.” Elisya membalas. Dia mulai gugup apabila kawan-kawannya itu memandang aneh dirinya.

“ Tapi, agakan kau dah beberapa kali terkena.” Giliran Ila pula bersuara teruja. Matanya kelihatan bersinar-sinar.

“ Hmm.. Aku dapat rasakan Elisya ada satu kelebihan.” Ifa membuat suara ala-ala bomoh. Dia mengusap-gusap dagunya.

Elisya mengerut kening. Dia membuka mulut untuk membalas ayat-ayat Ifa.

“ Cepatlah. Hari ini Cikgu Khairiah bertugas. Dia akan cakap pasal aktiviti Hari Keluarga nanti. Aku tak mahu terlepas dengar.” Selesai berkata, Elisya menutup mulutnya dengan tangan. Bukan ayat itu yang hendak dikatakan.

Ika membulatkan mata. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara pengawas yang menyuruh mereka beratur di barisan kelas. Mereka akur dan berpecah masuk ke barisan.

Sewaktu perhimpunan pagi berlangsung, Elisya tidak menumpukan langsung kepada apa yang diperkatakan oleh Cikgu Khairiah. Dia perasan mata Ifa sering melirik ke arahnya. Tetapi dia berpura-pura seolah-olah dia kelihatan amat berminat terhadap ucapan Cikgu Khairiah mengenai acara Hari Keluarga.

Setengah jam kemudian, para pelajar diarahkan kembali ke kelas. Elisya berjalan lemah. Pasti di dalam kelas nanti dia Akan dihujani dengan bermacam soalan.

Sangkaannya tepat sekali. Ifa menjadi orang pertama menghampiri Elisya. Sheila yang duduk bersebelahan Elisya masih khusyuk dengan pembacaannya. Dia tidak menghiraukan kedatangan Ifa.

“ Kau nak tahu pasal apa, Ifa?” Elisya menyoal apabila Ifa hanya berdiam diri di hadapannya. Ifa tersengih-sengih. Kemudian, satu persatu geng Ifa datang menenggek di atas meja Elisya.

“ Kita orang cuma pelik. Macam mana kau akan tahu apa yang bakal berlaku.” Ifa mewakili dirinya setelah mendapati kawan-kawannya yang lain hanya mendiamkan diri. Zeti dan Ika memandang takut-takut ke arah Elisya.

“ Kan aku dah cakap ini semua hanya kebetulan.” Elisya bersuara.

“ Tak.. Aku tak percaya ini hanya kebetulan.” Ifa membantah. Jari jemarinya menggendang meja Elisya.

Zeti, Ika, Aqilah dan Ila mengangguk laju tanda setuju. “ Betul kata Ifa. Tadi Elisya cakap yang Cikgu Khairiah akan umumkan acara Hari Keluarga padahal kita mana tahu Hari Keluarga pada tahun ini akan diadakan.”

Aqilah mengangguk faham mendengar penjelasan Zeti. Dia juga berasa pelik.

“ Baik korang duduk tempat masing-masing sekarang. Sekejap lagi Cikgu Rahim akan buat rondaan.” Elisya sekali lagi terkejut dengan apa yang telah dicakapkannya.

Ifa, Zeti, Aqilah, Ika dan Ila memandang Elisya dengan penuh ketakutan. Cepat-cepat mereka berebut untuk kembali ke tempat duduk masing-masing. Tepat seperti dijangka, Cikgu Rahim melalui kelas mereka lalu berhenti sekejap untuk melihat keadaan di dalam kelas tersebut. Para pelajar mula mengeluarkan buku untuk dibaca. Setelah berpuas hati, Cikgu Rahim berlalu.

Di hujung kelas, Ifa, Zeti, Aqilah, Ika dan Ila saling berpandangan dengan riak muka terkejut. Elisya tertunduk. Dia mengerling sekilas Sheila di sebelah. Kelihatan tenang membaca seolah-olah tiada langsung perkara pelik yang berlaku.

Elisya termenung. Berkali-kali dia memeriksa telapak tangannya itu. Dia terperanjat apabila mendapati bekas hitam di telapak tangannya itu sudah hilang. Hilang tanpa meninggalkan apa-apa tanda. Telapak tangannya licin dan putih seperti biasa.

“ Apa sudah jadi dengan diri aku ni?” Elisya bermonolog sendirian. Tiba-tiba dia teringatkan rantai yang tersimpan di dalam laci meja di biliknya. Bergegas dia berlari masuk ke bilik.

Elisya membuka laci. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati rantai itu tiada. Dia menggeledah laci itu. Habis berterabur meja belajarnya. Kemudian, dia berlari pula ke bilik Mak Sunya. Entah-entah Mak Sunya yang mengambil rantai tersebut untuk digadai. Kebetulan, Mak Su keluar ke rumah jiran sebelah.

Elisya leka menyelongkar almari Mak Sunya. Tiada di dalam almari dia mencari di bawah katil dan juga di bawah bantal. Hampir menangis Elisya apabila mendapati satu-satunya barang berharganya sudah hilang. Dia terduduk di lantai.

Tiba-tiba dia terasa badannya bergetar hebat. Bergetar dan tiada tanda langsung hendak berhenti. Makin lama makin kuat getaran yang dirasainya itu.

Elisya berpaling. Di muka pintu, berdiri Salmah dengan muka yang menyinga.

“ Elisya! Kamu buat apa ni? Ooo.. Kamu sudah pandai hendak mencuri pula ya. Nanti kamu!” Salmah keluar dan kembali sesaat kemudian dengan membawa kayu bersamanya.

“ Kau memang tak mengenang budi, Elisya. Mati tak mahu tetapi hidup menyusahkan orang!” Lantang suara Salmah memarahi Elisya sambil kayu di tangannya dihayun-hayun ke tubuh Elisya yang lemah.

“ Mak Su. Tolong Mak Su! Sya tidak ada niat pun nak mencuri. Jangan pukul Sya, Mak Su.” Rintih Elisya tetapi tetap tidak dipedulikan langsung oleh Salmah. Dia seperti sudah dirasuk.

Badan Elisya semakin kuat bergetar. Elisya memejamkan mata sambil mengenggam kedua-kedua tangannya. Suara Salmah semakin lama semakin perlahan di telinganya. Pukulan Salmah juga tidak dirasa langsung.

Elisya membuka mata. Dia mendapati dirinya di satu tempat lapang. Di sebelahnya, berdiri seorang gadis cantik. Gadis tersebut tersenyum kepada Elisya.

“ Hai, Elisya.” Suara gadis itu begitu lunak. Elisya tersentak. Dia memandang tepat ke arah gadis itu.

Elisya tersentak lagi. Wajah gadis itu sama seperti wajahnya. Dia mempunyai rambut separas bahu. Begitu juga dengan Elisya.Tingginya sama dengan tinggi Elisya tetapi lebih kurus daripada Elisya.Wajah gadis itu lesu dan seolah-olah hidupnya tidak terurus.

“ Saya di mana?” Soal Elisya kebingungan. Dia cuba untuk bangun tetapi tidak berdaya. Kakinya terasa sakit.

“ Elisya, kamu berada di tempat lapang di halaman belakang rumah kamu. Hanya kamu dan saya sahaja yang boleh nampak dan boleh datang ke sini.” Gadis itu bersuara lagi.

“ Kamu siapa?” Elisya bertanya. Gadis tersebut tersenyum melihat gelagat Elisya yang takut-takut.

“ Saya Alice.” Jawab gadis itu mesra. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Elisya.

“ Alice? Saya tidak pernah lihat kamu.” Ujar Elisya. Huluran tangan Alice disambut. Terasa dingin genggaman tangan Alice. Alice tersenyum lagi.

“ Semestinya kamu tidak pernah melihat saya. Kerana saya manusia dari abad yang lampau.” Alice menerangkan. Dia bermundar-mandir di hadapan Elisya. Setiap langkahnya membawa angin yang sejuk. Bulu roma Elisya meremang.

“ Kamu manusia dari abad yang lampau?” Bulu kening Elisya terjongket tidak percaya.

Alice mengangguk. “ Ya. Tetapi jikalau kamu tidak percaya tidak mengapa.”

Elisya terdiam apabila Alice seolah-olah dapat membaca fikirannya.

“ Kenapa kamu membawa saya ke sini?” Elisya menyoal Alice. Dia perlukan penjelasan.

Alice mendekatkan mukanya kepada Elisya. “ Kamu cakap saya yang membawa kamu ke mari? Tidak, Elisya. Bukan saya yang membawa kamu. Tetapi, diri kamu sendiri.”

Terbeliak mata Elisya. Mana mungkin dia datang ke tempat itu tanpa bantuan sesiapa. Dia memerhati sekeliling. Tempat itu kosong. Tiada langsung pokok-pokok. Cuma ada pasir.

“ Kamu pasti tidak percaya, bukan? Tetapi, kamu harus percaya.” Ujar Alice sinis.

“ Tetapi macam mana saya membawa diri saya sendiri ke sini?” Kepala Elisya berserabut.

Alice menggeleng-geleng melihat kelembapan Elisya memproses maklumat.

“ Elisya, kamu bertuah kerana dipilih datang ke mari.”

Elisya mengerut kening lagi. ‘Bertuah? Apa yang bertuahnya? Tempat ni tak ada apa-apa langsung. Hanya pasir aje. Kalau ada tempat permainan barulah dikata bertuah. Apalah Alice ni.’ Getus hati Elisya.

“ Memang tempat ini tiada permainan, Elisya. Tetapi, tempat ini begitu istimewa. Dan kamu seharusnya bersyukur saya membenarkan diri kamu menembusi tempat ini.” Elisya menelan liur apabila mendengar suara Alice yang tegas. Tiada lagi nada mesra seperti tadi.

“ Elisya, saya telah menyelamatkan kamu daripada terus dipukul oleh Mak Su kamu. Saya telah memberi isyarat getaran kepada kamu menandakan bahawa kamu akan mengalami nasib malang. Tetapi, kamu membuat tidak peduli dan hasilnya kamu telah dipukul. Saya menggunakan kuasa saya untuk berinteraksi dengan kamu melalui fikiran. Dan, kamu sendiri yang memikirkan tempat ini lalu kamu masuk sendiri juga ke tempat ini.”

Elisya ternganga mendengar penjelasan Alice. Jadi, getaran yang dirasainya itu adalah satu petanda. Baru dia mengerti.

“ Kamu juga telah dianugerahkan dengan kuasa seperti saya. Kamu sekarang mempunyai Kuasa 6.” Tukas Alice. Matanya kelihatan bersinar-sinar.

“ Kuasa 6? Apa itu? Dan macam mana saya boleh dapat kuasa ni?” Elisya benar-benar kebingungan.

“ Kuasa 6 ialah satu kuasa yang membolehkan kita mengetahu isi hati orang dan mengetahui apa yang bakal berlaku 5 minit lagi. Tetapi, kuasa kita terbatas. Kita tidak dapat mengetahui apa yang bakal berlaku pada esok hari atau pada tahun depan. Kerana itu hanya Allah sahaja yang tahu. Kita cuma dapat tahu apa yang bakal berlaku 5 minit lagi. Itu sahaja.” Terang Alice panjang lebar. Elisya mengangguk-angguk faham.

“ Dan tentang bagaimana kamu mendapat kuasa ini tidak dapat saya jelaskan. Ianya rahsia dan sulit.” Alice berkata.

“ Jadi, saya mempunyai kuasa?” Elisya bertanya dengan nada seronok.

Alice mengangguk mengiakan. “ Ya. Tetapi, kamu mestilah merahsiakan kuasa kamu ini daripada pengetahuan sesiapa. Jikalau tidak, keturunan kamu akan terancam.”

Elisya mengangguk-angguk seperti burung belatuk.

“ Satu lagi yang saya ingin ingatkan kamu, gunalah kuasa kamu sebaik-baiknya. Jangan sesekali menyalahgunakan kuasa yang diberi kepada kamu ini. Gunakan kuasa kamu untuk perkara yang baik sahaja. Faham?” Elisya mengangguk lagi. Segala maklumat dan pesanan yang diberi Alice disimpan kemas di dalam memori.

“ Baik. Jika kamu mempunyai soalan, terus bertanya kepada saya. Kerana kamu masih di dalam latihan lagi.” Alice mengingatkan.

“ Okey, Alice. Saya faham.” Elisya memberi respons dan Alice kelihatan berpuas hati.

“ Kalau begitu, mari saya hantar kamu pulang ke rumah.” Alice sudah bersedia untuk berangkat.

Elisya berdiri. Tetapi dia jatuh kembali. Mukanya berkerut menahan sakit kakinya itu.

Alice merenung kaki Elisya. Kemudian, dia bersuara. “ Kaki kamu terseliuh ketika kamu jatuh ke dalam kawasan ini.”

Tanpa membuang masa, Alice menyeluk poket skirtnya. Dia mengeluarkan sesuatu yang berkilauan.

“ Eh, itu rantai yang saya cari tadi.” Elisya bersuara lantang. Dia pelik melihat loket yang berbentuk hati itu berkilauan kuat seolah-olah loket itu mendengar suara Elisya.

“ Betul kata kamu. Rantai ini kepunyaan kamu. Tetapi, maafkan saya kerana mengambilnya tanpa meminta kebenaran kamu. Sekarang, hulurkan kaki kamu.” Alice sudah mencangkung di hadapan Elisya. Perlahan-lahan Elisya melunjurkan kaki kirinya.

Alice mengusap-ngusap loket itu. Semakin kuat cahaya yang keluar daripada loket tersebut. Mulut Alice terkumat-kamit seolah-olah sedang berselawat. Kemudian, perlahan-lahan loket itu diletakkan di atas kaki Elisya. Alice menekan loket itu. Loket itu mengeluarkan cahaya berwarna merah terang.

Elisya terdiam melihat keajaiban di hadapannya itu. Tiba-tiba Elisya merasa kakinya pulih seperti sediakala. Dia menggerak-gerakkan kakinya. Tiada langsung rasa sakit dan ngilu seperti tadi.

Alice tersenyum. “ Kaki kamu sudah pulih, bukan?”

Elisya mendongak seraya membalas senyuman Alice. Dia mengangguk. “ Terima kasih, Alice.

“ Sama-sama. Nah, ambil kembali rantai kamu ini.” Alice menghulurkan rantai kepunyaan Elisya itu. Loketnya sudah berwarna hijau seperti asal.

Elisya menyambut rantai yang dihulur. Loket itu bersinar dan bergetar perlahan sebelum kembali seperti sediakala.

“ Jikalau kamu dalam kesulitan dan memerlukan bantuan, usap loket tersebut dan selawatlah sebanyak 3 kali. Insya-ALLAH, kamu akan berjaya menghadapi kesulitan itu.” Alice berkata lembut.

Elisya mengangguk seraya menyimpan rantai tersebut ke dalam poket seluarnya.

“ Mari, saya hantar kamu pulang ke rumah.” Alice menghulurkan tangannya. Cepat-cepat Elisya menyambutnya.

Alice mendongak dan memejam mata. Elisya mengikut perlakuan Alice. Dia berasa sejuk tiba-tiba. Elisya membuka mata. Dia berada di dalam bilik tidurnya di rumah. Dia mencari-cari di mana Alice. Kemudian, dia terpandang nota di atas meja belajarnya. Dia mengambil nota tersebut dan tersenyum apabila selesai membacanya.

INGAT RAHSIA KITA, YA! [^ +]
-ALICE

Pagi itu, ketika menghadap sarapan Elisya hanya menunduk. Tidak berdaya hendak menentang mata Mak Sunya yang tajam memerhati.

Suasana senyap sunyi seketika. Hanya ada Salmah dan Elisya sahaja. Pak Su Elisya, Hamid keluar bekerja manakala Adi anak sulung Salmah keluar ke pekan. Elisya tidak ke sekolah kerana cuti hujung minggu.

Kadangkala Elisya dapat merasakan Salmah merenungnya sembunyi-sembunyi. Ketika Elisya mendongak, Salmah akan berpura-pura memerhati sekeliling. Elisya lemas dengan suasana seperti itu. Lekas-lekas dia menghabiskan roti canainya lalu membawa pinggan dan cawan kosong ke sinki untuk dibasuh. Elisya dapat merasakan mata Salmah tajam mengekori langkahnya. Tetapi, dia buat-buat tidak tahu apa-apa.

“ Mak Su.” Elisya membuka mulut. Salmah tersedak. Terkocoh-kocoh dia meneguk air teh yang diletak di tepi.

“ Kau nak apa?” Salmah bertanya tetapi matanya merenung roti canai di dalam pinggan.

“ Sya kena pergi sekolah.” Elisya bertanya kepada lantai. Kepalanya ditundukkan. Dia harus ke sekolah hari itu kerana ada persiapan untuk Hari Keluarga dua hari nanti.

“ Hmm.. Pergilah.” Salmah senang memberi jawapan. Elisya mengangkat kepala. Tidak percaya dengan jawapan yang diberikan Salmah.

“ Err.. Betul ke ni Mak Su bagi?” Elisya masih ragu-ragu dengan jawapan Salmah.

“ Kau nak pergi ataupun tak nak?” Nada Salmah sudah keras. Elisya cepat-cepat mengangguk. Dia mengatur langkah ke biliknya.

Elisya membuka laci. Rantai yang disimpan elok di dalam kotak dikeluarkan. Dia membelek-belek loket yang tergantung di rantai tersebut. Rantai itu dimasukkan ke dalam poket seluar treknya. Sejak dia mengetahui dia mempunyai kuasa, ke mana sahaja dia pergi, dia akan membawa rantai itu bersama. Takut jika akan berlaku kejadian yang tidak diingini.

Walaupun Elisya boleh meramal apa yang bakal terjadi, tetapi dia tetap merasakan kuasanya itu terbatas. Dia teringatkan pesan Alice ketika mereka bertemu kali kedua dahulu. “ Kadangkala Kuasa 6 ini tidak betul. Ia akan berubah secara tiba-tiba. Jadi, saya nasihatkan agar kamu jangan terlalu bergantung dan berharap terhadap Kuasa 6 ini. Yang tahu apa yang bakal berlaku secara tepat ialah hanya Allah.”

Di padang sekolah, Elisya bertungkus lumus menampal bendera-bendera kecil di setiap tiang yang diletakkan di penjuru padang. Terik matahari di atas kepala langsung tidak dihiraukan malah tidak dirasai langsung. Tanpa pengetahuan sesiapa, Elisya menggunakan kuasa loketnya untuk mengelakkan dirinya daripada merasa kepanasan matahari pada pagi itu.

“ Elisya! Sudahlah tu. Marilah kita berehat kat kantin pula. Dari tadi aku tengok kau asyik berjemur bawah panas tu.” Laungan Ika mematikan segala perlakuan Elisya. Dia menoleh. Kelihatan dari kantin, Ika dan geng-gengnya melambai menggamit Elisya supaya ke kantin.

Elisya mengangguk lalu mula mengatur langkah ke kantin. Dia duduk di sebelah Aqilah yang kelihatan takut-takut.

“ Wah, Elisya.. Aku tengok kau tak berpeluh langsung.” Ifa memulakan sesi bersembang.

Elisya hanya tersenyum. Matanya meliar mencari Sheila. Nun di hujung sana, Sheila sedang duduk berseorangan. Mata Elisya dan mata Sheila bertembung. Sheila mengalah dan kembali menunduk menatap novel yang dibacanya tadi. Elisya tergamam dengan reaksi teman baiknya itu. Selalunya Sheila akan tersenyum dan menggamit Elisya supaya menghampirinya. Tetapi, hari ini Sheila hanya memandangnya kosong dan tidak mempedulikan langsung kewujudan Elisya.

Elisya terdiam. Suara Ifa masih kecoh-kecoh di sebelahnya. Tiba-tiba, tubuhnya bergetar kuat. Keadaan tubuhnya itu turut disedari Ifa dan geng-gengnya.

“ Eh, Elisya! Kenapa badan kau menggeletar ni? Sejuk ke?” Aqilah yang duduk di sebelah Elisya menegur. Kerusi panjang yang diduduki mereka turut bergoyang.

Ifa, Ika, Ila dan Zeti kini menumpukan perhatian kepada Elisya pula. Kemudian, ke arah Aqilah yang turut mengikut jejak langkah Elisya yang menggeletar. Aqilah tanpa membuang masa bangkit dari kerusi yang didudukinya. Tinggallah Elisya keseorangan menggeletar.

“ Elisya, apa kena dengan kau ni?” Zeti melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Elisya yang pucat. Tetapi, Elisya tetap tidak menunjukkan apa-apa respons.

“ Eh, budak ini. Hello Elisya! Kau menungkan apa tu?” Giliran Ila pula menyedarkan Elisya setelah Zeti menunjukkan tanda-tanda mengalah. Dia memetik jarinya di depan mata Elisya tetapi Elisya tetap buat tidak peduli. Dia seolah-olah asyik dengan lamunannya.

“ Ifa, kenapa dengan Elisya ni? Macam kena pukau aje aku tengok.” Ika berkata. Dia menyorok di belakang Ifa. Takut melihat keadaan Elisya yang pucat dan matanya merenung jauh.

“ Entahlah korang. Aku pun tak tahu. Zeti, kau panggil Sheila.” Arah Ifa. Zeti menjerit memanggil Sheila.

Tidak lama kemudian, Sheila menghampiri kumpulan yang berkerumun itu. Dia terus mendapatkan Elisya yang masih dalam keadaan tidak sedar itu.

Sheila merenung kembali mata Elisya. Suasana senyap sunyi seolah-olah berada di tanah perkuburan. Kemudian, Sheila memegang tangan Elisya yang sejuk itu. Dia membisikkan sesuatu di telinga Elisya. Tiba-tiba Elisya tersedar lalu tersengih kepada semua mata yang merenungnya itu.

“ Sya, ikut aku kejap.” Sheila menarik tangan Elisya. Elisya hanya menurut dalam kebingungan.

Tiba di belakang blok sekolah, mereka berhenti. Sheila melepaskan tangan Elisya. Dia merenung tajam ke arah Elisya. Elisya menjadi rimas.

“ Kenapa kau menggunakan kuasa kau untuk kepentingan diri sendiri?” Soalan Sheila membuatkan Elisya hampir-hampir tergigit lidah. Dia ternganga.

“ Sheila? Macam mana kau tahu?” Elisya terbeliak mata memandang Sheila yang tenang memeluk tubuh.

“ Elisya, aku tanya kau ni. Kenapa kau menggunakan kuasa kau untuk kepentingan diri sendiri?” Sheila tegas mengulang kembali soalannya.

Elisya tertunduk lemah. Dia menggeleng. “ Aku tak tahu. Aku tak tahu siapa yang mendorong aku untuk buat semua ini.”

Sheila mendengus. “ Tapi, apa pun alasannya kau telah memungkiri janji kau terhadap Alice.”

Elisya mendongak. Dia terkejut dengan kenyataan Sheila. “ Kau kenal Alice juga?”

“ Ya. Alice ialah salah seorang teman baikku.” Sheila akhirnya berterus terang. Dia melabuhkan punggungnya di atas lantai. Elisya turut mengikut perlakuan Sheila.

“ Macam mana kau kenal Alice? Dan apa kaitan kau dengan semua ini?” Elisya menyoal bertalu-talu. Dia menggaru-garu kepalanya yang terasa gatal.

“ Seperti kau, aku juga mempunyai kelebihan. Tetapi, aku meminta kepada Alice untuk mengeluarkan kuasaku. Aku merasakan bahawa aku bukan manusia normal kalau aku mempunyai kuasa itu. Jadi, di dalam tubuhku hanya ada serpihan-serpihan kecil kuasa sahaja.”

Penjelasan Sheila membuatkan mulut Elisy ternganga lebih luas. Dia betul-betul tidak sangka teman baiknya itu juga mempunyai kelebihan.

“ Aku mendapat kelebihan ini sejak aku berumur 12 tahun. Ibuku yang menurunkan kelebihan ini kepadaku. Aku tak mampu mengelak kerana aku satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga aku.” Sheila menyambung. Elisya terus tersenyap.

“Sheila, aku hairan macam mana kau tahu aku juga mendapat kelebihan seperti kau?” Tanya Elisya perlahan.

Sheila menoleh kepada Elisya yang duduk di sebelahnya. Dia tersenyum mesra.

“ Kau mesti ingat kan tentang telapak tangan kau yang berwarna hitam tempoh hari?”

Elisya mengangguk.

“ Sekali pandang, naluri aku kuat mengatakan kelebihan yang aku berikan semula kepada Alice sudah berpindah ke tubuh kau. Jika kau amati betul-betul, warna hitam itu tidak seperti warna hitam yang biasa. Ianya berlainan. Itu tanda awal Kuasa 6 meresap masuk ke tubuh kau.” Sheila menerangkan. Dia mengambil tangan kanan Elisya lalu diamatinya sekali lagi. Tetapi, tanda hitam itu sudah hilang.

Suasana kembali sepi. Sheila membuka mulut lagi. “ Atas kesilapan kau menggunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri, kau telah dibekukan tadi. Nasib baik Zeti bertindak pantas tadi dengan memanggil aku. Jika dia terlambat sedikit masa lagi, pasti kau tidak dapat dicairkan.”

Elisya tertunduk malu. Dia sedar akibat menggunakan kuasa demi kepentingan diri sendiri. Dia mengenggam erat tangan Sheila. “ Terima kasih, Sheila. Nasib baik kau ada tadi. Kau memang satu-satunya kawan sejati aku. Aku juga minta maaf, ya.”

“ Tak apa. Aku tahu kau masih di dalam latihan lagi. Jadi, perkara begini memang tidak dapat dielakkan oleh sesiapa.” Sheila berkata tenang.

“ Mari. Kita balik ke rumah. Dah lewat dah ni.” Elisya mengangguk lalu mereka sama-sama bangkit. Mereka berjalan beriringan meninggalkan tempat tersebut.

Dari sebalik tiang, Alice tersenyum mendengar perbualan mereka. Mata hijaunya mengekori langkah dua sahabat itu sebelum dia ghaib.

Malam itu, Elisya membelek-belek rantai yang tersarung di lehernya itu. Loket yang berwarna hijau itu ditenung. Dia tersenyum mengingatkan kembali perbualannya bersama Sheila di sekolah tadi. Tiba-tiba dia kaget apabila loket itu berpusing dengan sendirinya. Loket itu juga mengeluarkan bunyi berdesing sebelum warna hijaunya bertukar ke warna merah darah.

Elisya terpempan. Dia terkaku. Tidak tahu untuk melakukan apa-apa. Segera dia mengusap lembut loket tersebut. Loket tersebut berhenti berpusing tetapi warnanya tetap tidak berubah.

Rantai itu seolah-olah menarik leher Elisya. Dalam keadaan terjerut, Elisya membawa langkah kakinya ke arah tingkap biliknya. Apa yang dilihatnya membuatkan Elisya terkejut. Di luar pintu rumahnya, berdiri seorang lelaki berbaju serba hitam yang ketinggian lebih kurang sama dengan Elisya. Lelaki tersebut seolah-olah mengetahui Elisya sedang memandangnya. Mata lelaki itu tepat memandang ke mata Elisya.

Alice yang sejak tadi berdiri di belakang Elisya panik. Dia tahu lelaki itu sedang memukau Elisya. Alice menarik tangan Elisya yang sedang berjalan untuk mendapatkan lelaki itu. Tetapi, Elisya menarik semula tangannya dengan kasar. Alice tercampak ke belakang.

“ Elisya! Kamu jangan pergi kepada lelaki itu! Dia ingin mengambil loket itu.” Alice menjerit memberi peringatan. Dia mencuba untuk bangun.

Loket itu semakin kuat berdesing. Alice berlari ke arah bilik tidur Salmah. Dilihatnya Salmah lena tidur tanpa mengetahui apa yang terjadi. Kemudian, dia berlari pula ke bilik Adi untuk meminta bantuan. Adi tiada di dalam bilik. Alice semakin buntu.

“ Elisya!!” Kedengan teriakan suara seorang gadis. Alice berpaling. Sheila datang tepat pada masanya.

Alice bergegas mendapatkan Sheila yang berdiri di hadapan Elisya. Elisya tanpa isyarat terus merempuh tubuh kecil Sheila. Sheila terdorong ke belakang.

Lelaki berbaju hitam itu gelak besar melihat Sheila yang terjatuh. Lelaki itu memusing-musingkan jari telunjuknya di depan mata Elisya. Mulut lelaki itu terkumat-kamit seolah-olah membaca jampi.

Elisya berdiri tegak di hadapan lelaki itu. Matanya merenung tepat jari lelaki itu. Jeritan dan pekikan Alice dan Sheila tidak dihiraukan langsung.

“ Elisya! Jangan tenung jari lelaki itu. Dia sedang pukau kamu.” Alice bersuara kuat. Dia menarik-narik baju Elisya.

Elisya memandang sekilas Alice di sisi kanannya. Kemudian, ke arah Sheila yang berdiri di sisi kirinya. Air mata kelihatan menuruni pipi Sheila. Elisya mendengus sebelum menarik kembali bajunya yang terlondeh ditarik Alice.

Sheila tiada pilihan lain. Dia segera merentap rantai yang tergantung di leher Elisya. Gerakan jari lelaki itu terhenti secara automatik. Elisya turut seolah-olah tersedar. Dia menjerit kuat apabila terpandangkan lelaki itu berdiri betul-betul di hadapannya.

“ Alice, Elisya.. Pegang loket ini.” Arah Sheila. Masing-masing menurut arahan Sheila. Tidak lama kemudian, Elisya mendapati dirinya di kawasan tanah lapang. Alice dan Sheila turut berada di sisinya.

“ Apa yang berlaku tadi?” Elisya menyoal bodoh. Sheila terduduk. Tenaganya sudah habis digunakan tadi. Tercungap-cungap dia menarik nafas.

“ Elisya, walau apapun kamu haruslah mengelak daripada merenung terlalu lama pihak lawan kita. Dan lelaki tadi itu ialah lawan kita. Dia memukau kamu kerana dia ingin merampas loket kamu ini.” Alice memberi peringatan.

Elisya mengangguk lemah. Badannya dibasahi peluh. Sheila di sebelahnya dipandang.

“ Sheila, kau tak apa-apa?” Elisya mencangkung di sisi Sheila yang masih tercungap-cungap. Sheila hanya mampu menggeleng-geleng.

Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi desingan loket yang masih berada di dalam genggaman Sheila. Semakin lama semakin kuat. Alice sudah pucat lesi mukanya. Dia saling berpandangan dengan Sheila. Sheila juga sudah pucat mukanya.

“ Korang, bersembunyi sekarang!” Elisya bersuara kuat. Getaran tubuhnya kembali.

“ Tapi, kita nak sembunyi di mana? Di sini tiada tempat untuk bersembunyi.” Alice membalas. Dia memandang sekeliling.

“ Kita dah tiada banyak masa. Pihak lawan semakin hampir. Lagi 3 minit mereka akan tiba di sini.” Elisya terus berkata. Tubuhnya semakin menggeletar.

“ Pegang tangan saya.” Sheila mula membuka mulut. Tangannya dihulurkan. Elisya dan Alice berebut-rebut untuk memegang tangan Sheila.

“ Sekarang, pejam mata kamu. Saya masih ada sedikit kuasa untuk membawa kita ke tempat yang lebih selamat.” Sheila mula memejam mata. Elisya dan Alice turut berbuat demikian.

Tiba-tiba Elisya merasakan tanah yang dipijaknya lembut. Angin kuat menderu. Dia membuka mata.Dilihatnya mereka masih di tempat lapang seperti tadi. Tidak berganjak walau sedikit pun. Sheila sudah terduduk. Alice masih berdiri. Matanya masih terpejam rapat.

“ Sheila, kau kenapa?” Elisya sudah mendapatkan Sheila yang tunduk berteleku. Sheila perlahan-lahan mengangkat mukanya. Elisya tersentak melihat wajah Sheila yang pucat dan ada darah mengalir dari tepi bibirnya.

Sheila kelihatan lesu. Tubuhnya lembik tidak bermaya.

“ Alice! Apa sudah jadi pada Sheila ni?” Elisya memanggil Alice pula. Alice membuka matanya perlahan.

“ Sheila menggunakan tenaga kuasanya terlalu banyak. Sekarang tenaganya sudah habis.” Ujar Alice.

“ Alice, mereka sudah hampir. Kamu bawa Sheila ke tempat yang selamat.” Elisya bersuara. Tubuhnya semakin bergetar hebat.

“ Tetapi kamu bagaimana?” Tanya Alice. Dia sudah mula menjatuhkan tubuh Sheila ke belakang badannya.

“ Jangan pedulikan saya, Alice. Yang penting kamu mesti menjauhkan Sheila dari tempat ini. Seboleh-bolehnya kamu kembali ke bilik saya.” Elisya memberi arahan.

Alice mendongak memandang ke atas. “ Tetapi, Elisya. Lubang untuk kita kembali ke bilik kamu sudah tertutup. Kita sudah terperangkap di sini!”

Elisya tersentak. Dia turut memandang atas. Benar kata Alice. Lubang yang menghubungkan antara tempat lapang itu dengan bilik tidur Elisya sudah tertutup rapat.

Alice terduduk. Terasa lenguh belakang badannya menampung berat badan Sheila.

Elisya mundar mandir. Dia memerah fikiran untuk mencari idea.

“ Alice, saya sudah jumpa jalan penyelesaian kita.” Elisya bersorak riang.

Wajah Alice sudah berseri-seri seperti disimbah cahaya purnama. “ Bagaimana, Elisya?”

Elisya tidak segera menjawab tetapi dia membuka genggaman Sheila. Dia menggoyang-goyangkan loket itu di hadapan Alice yang sudah tersengih lebar.

“ Kamu bijak, Elisya! Saya pun tidak terfikir untuk menggunakan loket ini.” Alice menjerit kegembiraan. Elisya hanya tersenyum.

“ Sekarang, kamu dan Sheila mesti pegang loket ini dengan erat supaya loket ini boleh membawa kamu berdua naik ke bilik saya.” Elisya menerangkan rancangannya. Alice mengangguk faham. Dia kelihatan tidak sabar-sabar untuk pergi dari situ.

Alice memegang loket yang sudah bernyala warna merah itu. Terasa panas apabila jari Alice menyentuh hujung loket itu. Tangan kiri Alice mengenggam kuat tangan Sheila yang masih terkulai layu.

Eliya mula membaca ayat yang sudah diajarkan Alice kepadanya. Angin semakin kuat bertiup. Alice memejam mata. Begitu juga Sheila.

Beberapa saat kemudian, Alice membuka mata. Dia fikir dia dan Sheila sudah berada di dalam bilik tidur Elisya tetapi alangkah terkejutnya dia apabila mendapati dirinya masih berada di tempat lapang itu. Elisya juga sudah membulat matanya tidak percaya.

“ Elisya, loket ini tidak dapat membawa kami naik ke atas. Ini menandakan tenaga loket ini perlahan-lahan sudah diserap keluar.” Alice membuat kesimpulan. Dia menatap lama loket yang berada di telapak tangannya itu.

Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara perempuan sedang ketawa. Serta merta bulu roma Elisya terasa meremang. Dia berpaling.

Kelihatan seorang perempuan berpakaian serba hitam dengan hud menutup kepalanya sedang asyik ketawa. Kuku panjangnya yang berwarna hijau kelihatan berkilau-kilau. Tubuh perempuan itu tinggi lampai tetapi dibaluti dengan jubah hitam yang labuh.

“ Kamu semua memang budak perempuan cengeng! Hahaha.” Suara perempuan itu kedengaran sayup-sayup dan seolah-olah berbisik.

Alice sudah memerah muka menahan marah. Dia ingin ke hadapan tetapi dihalang oleh Elisya.

Perempuan itu mula berjalan. Langkah kakinya membawa desir pasir. Angin juga seolah-olah mengikut segala langkahnya. Ketawa yang berbaur kejahatan masih tidak berhenti.

Dia berdiri betul-betul di hadapan Elisya. Elisya menelan liur manakala Alice terpempan.

“ Beri aku loket yang berada di dalam genggamanmu itu.” Perempuan itu bersuara kepada Alice yang menyorok di belakang Elisya. Tangannya dihulurkan. Tangan perempuan itu kelihatan berkedut-kedut dan urat-urat hijau timbul.

Alice merenung tangan perempuan itu. Loket di dalam genggamannya terasa bergetar. Kemudian, dia mengeleng. Loket semakin digenggam erat.

Perempuan itu kelihatan begitu marah sekali. Urat-urat hijau di tangannya sudah bertukar menjadi merah pekat seperti darah.

“ Kamu jangan sesekali melawan aku. Jika aku katakan bahawa loket itu mesti diberi kepada aku, jadi kamu harus memberinya.” Suara perempuan itu menyebabkan suasana menjadi seram sejuk.

“ Jika kamu mahu loket itu, kamu harus berusaha untuk mendapatkannya.” Suara Elisya yang berani-berani takut mengalihkan pandangan mata perempuan itu kepada Elisya pula.

Alice kelihatan lega apabila mata tajam perempuan itu beralih daripada terus merenungnya.

Mata perempuan itu memandang tepat mata Elisya. Alice yang menyedari taktik perempuan itu segera berdiri di hadapan perempuan itu. Loket yang berwarna merah dihalakan terus ke arah mata perempuan itu. Kini, kuasa loket itu bertembung pula dengan kuasa mata perempuan itu.

Mulut Alice terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci. Hanya ayat-ayat itu yang boleh dijadikan pelindung.

Tidak lama kemudian, jeritan nyaring yang keluar daripada mulut perempuan itu bergema. Cepat-cepat perempuan itu berundur menjauhi Alice dan loket tersebut.

“ Apa sudah jadi, Maya?” Suara garau seorang lelaki mengatasi jeritan nyaring perempuan yang dipanggil Maya itu.

“ Arghh! Mataku sakit!” Jerit Maya lagi. Tangannya menutup kedua-dua matanya. Lelaki itu menuju ke arah Maya. Dia membuka tangan Maya daripada terus menutup mata.

Lelaki itu memeriksa mata Maya. Kemudian, dia mengeluarkan satu uncang kecil dari dalam poketnya. Uncang itu ditonggengkan dan keluarlah pasir putih. Lelaki itu membaca satu ayat yang kedengaran berlagu sebelum meniup pasir itu supaya mengenai mata Maya yang bernanah itu.

Jeritan Maya terhenti secara automatik. Dia mengusap-usap kedua-dua belah matanya sendiri.

“ Terima kasih, kawanku Zaki.” Maya bersuara. Dia bangun dan menghadap Elisya dan Alice yang sejak tadi menjadi pemerhati. Matanya bersinar bengis apabila memandang muka Alice.

“ Kami mahu loket itu. Jadi, lekas berikan kepada kami!” Zaki bersuara kuat.

“ Tidak, kami takkan sesekali beri loket ini kepada kamu berdua.” Elisya membalas. Mukanya kelihatan berani dan nekad. Loket yang berada di dalam genggaman Alice akan sedaya upaya dipelihara dan dijaga sebaik mungkin. Loket itu tidak akan sesekali jatuh ke tangan pihak lawan.

“ Hei! Kamu budak lagi apa yang kamu tahu. Loket seperti itu tidak sesuai dipegang oleh budak-budak seperti kamu!” Maya bersuara garang. Geram melihat gelagat dua gadis perempuan itu yang seolah-olah mempersendakan mereka.

“ Mereka lebih layak memegang loket ini daripada kamu yang memegangnya.” Suara halus memecah ketegangan. Elisya dan Alice berpaling ke belakang.

“ Sheila!” Elisya dan Alice menjerit serentak. Alice bergegas mendapatkan Sheila yang sudah berdiri tegak. Wajahnya masih kelihatan pucat.

“ Wah.. wah.. wah.. Seorang lagi budak perempuan yang berlagak pandai.” Maya dan Zaki ketawa terbahak-bahak.

Tiba-tiba, loket yang berada di dalam genggaman Alice terjatuh menyebabkan loket itu berbunyi nyaring. Alice terkaku. Elisya tergamam. Maya dan Zaki masing-masing sudah berhenti ketawa.

Maya menarik loket itu menggunakan kuasa yang dipancarkan melalui kuku panjangnya. Beberapa saat kemudian, loket yang bernyala merah itu selamat berada di dalam genggaman tangan Maya. Elisya, Alice dan Sheila ternganga.

“ Sekarang, loket yang kami inginkan sudah berada pada tangan aku. Kamu bertiga tidak dapat berbuat apa-apa.” Maya bersuara megah. Dia mengilai ketawa diikuti oleh Zaki.

“ Hei penipu! Kamu hendak buat apa dengan loket itu? Loket tu Elisya sahaja yang berhak memegangnya.” Sheila bersuara kuat. Dia sudah berdiri di hadapan Elisya dan Alice.

“ Apa kamu panggil aku? Ulang sekali lagi, budak!” Muka Maya yang pucat kini berwarna merah menahan marah.

Elisya segera menarik tangan Sheila menjauhi Maya yang kelihatan berang. Kuku panjang hijaunya bersinar terang.

“ Maya, kita tak payah buang masa melayan budak-budak ini. Loket itu sudah berada pada kita jadi ayuh kita pulang untuk memberikan loket ini kepada Tuan Guru.” Zaki memecah ketegangan. Dia sudah berpaling untuk beredar dari situ. Maya tanpa membuang masa mengikut langkah Zaki yang sudah berada di hadapan.

Beberapa langkah mereka berjalan, tiba-tiba Zaki menjerit nyaring. Maya ternganga memerhatikan Zaki yang kini sudah terapung-apung di udara. Kolar baju Zaki tegak seperti dipegang oleh suatu tangan halimunan.

“ Zaki! Apa yang terjadi?” Maya terjerit. Dia kaget melihat keadaan Zaki. Zaki masih terjerit-jerit minta diturunkan. Suaranya seperti tercekik.

“ Bodoh! Turunkan aku cepat!” Zaki membalas. Tangannya tergapai-gapai meminta bantuan udara untuk bernafas.

Maya berpaling ke belakang. Dia terpandang Elisya yang asyik merenung Zaki. Kemudian ke arah Sheila dan Alice yang seperti tergamam. Maya tersedar yang Elisya telah menggunakan Kuasa Perhubungan Mata. Kelihatan satu cahaya berwarna putih yang bersinar terang keluar daripada mata Elisya lalu mengenai Zaki yang masih terpekik-pekik.

“ Kurang ajar! Zaki, budak perempuan itu menggunakan Kuasa Perhubungan Mata untuk buat kau terapung!” Maya melaporkan kepada Zaki yang semakin tercekik.

“ Itu aku tahulah, bodoh! Sekarang, aku nak kau halang kuasa itu daripada terus mengenai aku!” Zaki semakin kuat jeritannya hingga menyebabkan Maya terpaksa menutup telinga.

Maya berjalan pantas ke arah Elisya yang masih memusatkan pemerhatiannya kepada Zaki. Elisya tidak menyedari langsung kehadiran Maya. Maya mengangkat jari telunjuknya dan mula membaca jampi. Kuku panjangnya yang berwarna hijau kini bertukar menjadi warna hitam gelap. Kukunya dihalakan kepada Elisya. Kelihatan sesuatu yang berwarna hitam keluar daripada kukunya dan hampir mengenai mata Elisya sebelum sempat dihadang oleh Sheila.

Sheila terdorong ke belakang. Elisya yang tersedar cepat-cepat memusatkan perhatiannya kepada Sheila pula menyebabkan tangan halimunan yang memegang Zaki tadi kini memegang Sheila pula untuk menahannya daripada terjatuh ke dalam gaung.

Zaki jatuh seperti nangka busuk dari ketinggian 5 kaki. Maya segera mendapatkan Zaki pula.

“ Bodoh! Aku hampir tercekik tadi. Kau memang lambat bertindak, Maya.” Zaki memarahi Maya.

Maya memandang Zaki tajam. Bengang sungguh hatinya apabila dimarahi Zaki. “ Kau patutnya ucapkan terima kasih kepadaku. Bukannya marah kepada aku!”

“ Maya! Zaki! Kamu berdua memang tidak bekerjasama. Sia-sia sahaja aku melatih kamu.” Maya dan Zaki tersentak Alice, Sheila dan Elisya juga terkejut melihat seorang lelaki yang agak berumur sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Lelaki itu juga memakai jubah hitam.

Maya dan Zaki terdiam. “ Maafkan kami, Tuan Guru.”

“ Serahkan kepada aku loket itu.” Tuan Guru itu bersuara. Zaki menyeluk saku jubahnya dan mengeluarkan loket yang telah berwarna merah darah. Dengan takut, dia menyerahkan kepada Tuan Guru. Tuan Guru itu gelak berdekah-dekah apabila loket itu berada di tangannya.

“ Loket itu kepunyaan kami! Kamu semua tidak layak untuk mengambil dan memegangnya!” Laungan Alice menghentikan ketawa Tuan Guru. Dia memerhati dengan penuh minat ke arah Alice.

“ Kamu memang berani sekali berkata begitu kepada aku.” Tuan Guru berkata perlahan. Matanya bersinar bengis. Dia mengusap-usap pipi Alice. Alice menjauhkan diri daripada Tuan Guru.

“ Jika kamu mahu loket ini, ayuh kita bertarung! Tiga lawan tiga. Adil, bukan?” Tuan Guru mengusulkan cadangan. Kemudian, dia ketawa lagi.

“ Maya dan Zaki. Mari sini!” Tuan Guru memanggil kedua-dua pengikutnya. Dia berada di tengah-tengah antara Maya dan Zaki yang sudah tersenyum lebar. Tuan Guru menepuk tangan sekali. Tanpa arahan mahupun persetujuan Elisya, Alice dan Sheila, Maya dan Zaki masing-masing melancarkan serangan.

Elisya tercampak apabila dipanah oleh kuasa kuku Maya. Alice dan Sheila menjerit kesakitan apabila Zaki membaling pasir ke arah mereka. Tuan Guru ketawa berdekah-dekah.

Elisya cuba hendak bangun tetapi Maya lebih pantas. Dia mengenakan sumpahan mata pula. Elisya yang tahu taktik Maya segera melarikan anak matanya daripada terus memandang terus mata Maya. Maya mendengus geram apabila Elisya tidak merenung matanya. Dia menghampiri Elisya.

“ Elisya, jika kamu mahukan loket itu kamu mesti lawan mata denganku.” Maya bersuara nyaring. Dia memegang muka Elisya supaya Elisya memandang matanya. Tetapi, Elisya mengambil jalan dengan memejam mata.

“ Elisya, buka matamu.” Kedengaran satu suara lembut di sisi telinga Elisya. Elisya menutup matanya kian rapat.

“ Elisya, kamu jangan takut. Allah sentiasa bersama kamu. Kamu jangan gentar melawan mata Maya. Ia hanyalah topeng syaitan. Kamu akan menang.” Suara itu terus bersuara. Elisya hairan apabila mendengar suara itu menuturkan ayat-ayat demikian. Perlahan-lahan dia membuka mata. Pandangan pertama yang menyapa pandangannya ialan sepasang mata milik Maya.

Elisya merenung mata Maya. Pertembungan sinar mata berlaku. Elisya tidak mempedulikan apa yang terjadi di sekelilingnya. Suara sokongan dan dorongan terus berlagu-lagu di telinganya. Tikaman mata Maya semakin tajam. Elisya sudah tercungap-cungap apabila semua tenaga dan kuasanya dikeluarkan.

Tiba-tiba Elisya terpandangkan kelibat ibunya yang sudah lama menghilangkan diri. Sekejap muncul sekejap hilang. Ibunya berdiri di tengah-tengah pertembungan itu lalu tersenyum bangga ke arah Elisya. Elisya semakin bersemangat. Dia menggenggam pasir yang dikaut di atas tanah. Tanpa Maya sedar, dia membaca selawat lalu membaling pasir itu ke arah Maya. Mulanya Maya seperti kebal tetapi setelah tiga kali Elisya membaling pasir dan terus membaca selawat dan ayat-ayat suci, jubah hitam Maya terbakar.

Pertembungan Kuasa Mata itu terhenti. Elisya tertunduk lemah. Maya menjerit. Dia menjauhkan diri daripada Elisya. Kemudian, dengan ajaib api di jubah Maya terpadam dengan sendirinya. Ketika Maya ingin menyerang Elisya lagi, tiba-tiba Maya menjerit lagi. Kali ini lebih nyaring sehingga Zaki turut memandang Maya yang terlompat-lompat. Pertarungan terhenti.

Tuan Guru dan Zaki mendapatkan Maya yang masih terlompat-lompat. Mereka cuba menenangkan Maya tetapi Maya semakin kuat menjerit. Mukanya yang putih pucat kini perlahan-lahan bertukar menjadi hitam.

Elisya terpaku. Seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Alice dan Sheila tidak berkelip mata melihat keajaiban yang terjadi di hadapan mata.

Zaki memegang tangan Maya tetapi cepat-cepat dia melepaskan kembali. Dia memerhati tangannya. Dia menjerit kuat apabila mendapati tangannya berwarna hitam seperti terbakar. Tuan Guru terpempan. Dia tidak jadi memegang Maya. Perlahan-lahan dia berundur.

“ Nak larikan diri ya, Tuan Guru?” Suara dari arah belakangnya menghentikan langkahnya. Da berpaling. Berdiri Alice sedang memeluk tubuh. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

Tuan Guru terketar-ketar memandang Alice. Hilang ketawa dan keberaniannya tadi.

Alice merenung wajah Tuan Guru dengan geram. Beberapa saat kemudian, Tuan Guru rebah tidak bergerak-gerak langsung. Loket yang berada di genggamannya terjatuh lalu pecah berderai. Alice kaget.

“ Alice! Apa yang kamu buat pada orang tua itu?” Elisya bertanya kuat. Dia turut terkejut.

Alice menjongket bahu. “ Saya tidak tahu. Saya baca Ayat Kursi tiba-tiba sahaja dia rebah.”

Elisya tersenyum. Dia faham mengapa Tuan Guru jadi begitu. Kini, tinggal Zaki dan Maya sahaja yang masih terlompat-lompat. Dia tahu apa yang berlaku dalam tubuh Zaki dan Maya. Pasti tubuh mereka terbakar dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacanya tadi.

Elisya mencari-cari kelibat Sheila. Nun di sana, Sheila sedang terbaring. Bergegas Elisya mendapatkan Sheila. Mata Sheila terpejam rapat. Elisya sudah menggeletar tubuh. Dia memeriksa nadi kawan baiknya. Elisya menghela nafas berat sebelum memandang lemah ke arah Alice yang mencangkung di sisinya. Alice terduduk.

Alice memegang tangan Sheila yang sejuk itu. Tiba-tiba tangannya tersentuh sesuatu benda yang keras di dalam poket Sheila. Alice tersentak. Dia menyeluk tangannya ke dalam poket Alice dan mengeluarkan sesuatu yang berwarna hijau terang. Alice dan Elisya ternganga. Loket yang berada di dalam genggaman Alice dibandingkan dengan serpihan loket yang dipegang oleh Elisya. Hasilnya mengejutkan mereka berdua.

Loket yang diberi kepada Tuan Guru sebenarnya palsu! Dan aslinya ada pada Sheila!

Di sekolah gempar dengan berita kematian Sheila. Mereka hairan Sheila yang sihat walafiat tiba-tiba sahaja meninggal dunia. Apa yang mampu dilakukan oleh Elisya ketika disoal siasat oleh kawan-kawannya ialah berdiam diri dan tidak akan sesekali memecahkan rahsia.

Elisya dan Alice termenung. Serpihan loket yang pecah telah dibalut elok di dalam kain.

“ Alice, saya tak nak pegang loket ini dah.” Elisya membuat keputusan yang mengejutkan Alice.

“ Tapi, kenapa?” Alice pelik.

Elisya menarik nafas panjang sebelum berterus terang. “ Sebab loket ni, Sheila dah meninggal dunia. Dan sebab loket ni jugaklah Mak Su membenci saya.”

Alice mengangguk faham. “ Kalau begitu, saya pun tidak mahu memegang loket ini lagi. Mari kita ke tempat lapang.”

“ Buat apa? Saya tak nak pergi tempat tu lagi.” Alice menarik tangan Elisya yang masih enggan untuk bangun.

“ Alah.. Marilah ikut saya.” Akhirnya Elisya setuju. Mereka ke belakang rumah Elisya. Dalam sekelip mata, mereka berada di tempat lapang.

Alice mengeluarkan loket yang asli dan serpihan loket dari dalam beg silangnya. Kemudian, dia membuat lubang pada tanah sebelum menanam loket-loket itu. Elisya hanya memerhati. Ketika tanah terakhir menutupi loket-loket itu, tubuh Elisya menggeletar kuat. Alice mencengkam tangan Elisya dengan kuat. Beberapa saat kemudian, sesuatu yang berwarna putih dan hijau perlahan-lahan keluar dari tapak tangan Elisya lalu masuk ke dalam tanah yang telah ditanam dengan loket.

“ Sekarang, Kuasa 6 kamu sudah dibawa keluar. Hanya tinggal saki baki sahaja.” Penerangan Alice membuatkan Elisya lega. Dia tersenyum.

Alice membuka mulut lagi. “ Sekarang, tugas saya sudah selesai. Loket ini tetap menjadi milik keturunan kita.” Elisya mengangguk setuju.

Mereka berpegangan tangan sambil memerhati tanah yang ditanam dengan loket tadi. Mata Elisya meliar memandang sekeliling tempat lapang itu. Ini kali terakhir dia akan menjejakkan kakinya ke tempat yang penuh peristiwa itu.

Elisya mengangguk kepada Alice. Alice membaca sesuatu sebelum Elisya mendapati dirinya kembali berada di belakang rumahnya. Di sisinya Alice tiada. Elisya tersenyum. Suara teriakan Mak Sunya yang menyuruh dia masuk ke dalam rumah menyentakkan Elisya. Elisya berlari-lari anak masuk ke dalam rumah.

Nun di sana, Alice dan Sheila berdiri sambil memerhatikan Elisya. Mereka berpandangan dan tersenyum sebelum diri mereka hilang ditelan kabus angin.