Saturday, January 31, 2009

LOKET

Loket


Elisya merenung jauh. Matanya memerhati gelagat orang ramai yang berjalan-jalan di hadapan rumah. Keluhan dilepaskan. Dia betul-betul terasa kosong.

“ Sya! Masuk rumah! Kamu buat apa lagi kat luar tu?” Suara ibu saudaranya, Salmah keras menusuk pendengaran Elisya.

“ Sya ambil angin petanglah, Mak Su.” Elisya menjawab.

Salmah mendengus. “ Menjawab kamu ya. Cepat masuk! Lambat masuk aku kunci pintu ni. Biar kau tidur dalam kesejukan malam ni kat luar.”

Elisya cepat-cepat bangkit daripada kerusi batu yang didudukinya. Takut dengan ugutan Mak Sunya itu.

“ Nah, kau makan nasi ni. Lepas tu, terus masuk bilik ulangkaji pelajaran. Aku malu betul dengan keputusan peperiksaan kau yang lalu. Ingat sikit aku bagi kau tempat tinggal dengan kelengkapan sekolah tu patutnya kau banggakanlah aku sikit. Ni makin menyusahkan adalah.” Elisya hanya diam mendengar bebelan Salmah. Nasi sejuk di dalam pinggan dikuis-kuis. Hanya ada lauk ikan kering dan beberapa titik kicap. Itu pun dia sudah cukup bersyukur.

“ Cepat sikit makan tu! Ingat ni kedai makan ke boleh makan lembap-lembap? Aku ada banyak lagi hal penting nak kena buat. Bukan nak melayan makan minum kau seorang aje.”Bebelan Salmah semakin panjang dan padat. Elisya mula menyuap nasi ke dalam mulut.

Elisya memerhatikan Salmah yang sibuk ke hulu hilir. Timbul perasaan kasihan melihat gelagat Salmah. Kejap ke ruang tamu untuk menguruskan adik Elisya yang mula meragam. Kejap menyediakan makanan untuk keluarganya pula.

“ Mak Su, Sya dah habis makan.” Beberapa minit kemudian Elisya mula membuka mulut.

“ Habis tu, basuhlah. Basuh sekali pinggan mangkuk kotor dalam sinki tu.” Salmah berkata sambil menyiapkan susu untuk adik Elisya.

Elisya mengangguk. Dia akur dan patuh dengan segala arahan Salmah. Kemudian, setelah siap kerjanya dia bergegas ke biliknya meninggalkan Salmah yang sedang mendodoikan adiknya.

Di bilik, Elisya membuka buku teks Sains. Dia mula mengulangkaji pelajaran. Beberapa saat kemudian, dia menutup buku kembali.

“ Ish, kenapa tak boleh masuk apa yang aku baca ni?” Elisya merungut sendirian. Dia meraup wajahnya sendiri.

“ Apa kena dengan aku hari ni? Kenapa aku rasa lain macam?” Soalan itu ditanya bertalu-talu kepada dirinya sendiri.

Elisya membuka laci meja belajarnya. Dikeluarkan seutas rantai berloket hijau. Rantai itu ditatap sepenuh hati. Kata orang, rantai itu hanya manusia yang terpilih sahaja boleh memegangnya.

“ Habis tu, aku ni manusia terpilihlah. Tapi peliklah, macam mana aku boleh pegang rantai ni padahal Mak Su dengan kawan-kawan aku yang lain tak boleh pegang langsung. Bukan setakat pegang, sentuh pun tak boleh.” Elisya mengomel. Dia membelek-belek loket berwarna hijau itu. Kelihatan bersinar-sinar dan bercahaya apabila jari Elisya mengenai permukaan loket tersebut.

Elisya mula menguap. Tiba-tiba pula dia rasa mengantuk apabila terlalu lama merenung loket itu. Dia meletakkan kembali rantai itu ke dalam laci meja lalu ditutup dan dikunci. Kemudian, dia ke satu destinasi utamanya iaitu katil bujangnya.

Pagi itu, Elisya hampir-hampir menjerit apabila dia terpandangkan telapak tangannya. Di telapak tangannya, ada satu bentuk berwarna hitam. Dan bentuk itu membuatkan Elisya tersentak. Bentuk itu menyerupai bentuk loket rantai yang dipegangnya malam tadi.

Suara teriakan Mak Sunya mengejutkan Elisya. Cepat-cepat dia mengurut dada. Pagi itu sudah dua kali dia mengalami kejutan yang hampir-hampir membuatkan jantungnya gugur jatuh.

“ Elisya! Cepat bangun! Pak Su kamu dah tunggu ni!” Salmah mencuba lagi kelantangan suaranya.

“ Ya! Sya nak mandi ni!” Balas Elisya. Suaranya juga hampir-hampir menyamai kelantangan suara Salmah.

Dalam bilik air, puas Elisya menonyoh telapak tangannya dengan sabun untuk menghilangkan bentuk hitam itu. Tetapi, malangnya warna dan bentuk itu langsung tidak tergugat.

“ Ish.. Kenapa susah sangat nak hilang ni? Warna macam warna pen hitam biasa tapi nak hilang mak aii punyalah susah.” Elisya merungut sendirian. Dia masih lagi berusaha menonyoh telapak tangannya itu.

Ketukan di pintu bilik air mengejutkan Elisya. Sabun yang dipegang jatuh melurut.

“ Woii, kau buat apa dalam bilik air tu? Tidur ke berangan?” Suara anak sulung Mak Sunya, Adi memecah keheningan pagi yang sunyi.

“ Kau kalau nak lama-lama dok berangan dalam bilik air lain kali buat bilik air sendiri! Jangan nak buat bilik air ni macam harta benda kau pulak.” Jerit Adi lagi. Kali ini disertai tumbukan bertalu-talu pada pintu. Kesian pintu bilik air. Tidak pasal-pasal telah menjadi mangsa.

Elisya menggelabah. Cepat-cepat dia mengutip sabun yang terjatuh tadi. Lalu dia mengambil keputusan untuk menyiram tubuhnya sekali sahaja. 2 minit kemudian, pintu bilik air dibuka dan pemandangan pertama yang menerpa masuk ke dalam mata Elisya ialah wajah Adi yang mencuka. Dia menjegilkan mata kepada Elisya yang memandang takut-takut. Pintu bilik air ditutup kuat sebagai tanda melepaskan geram terhadap Elisya.

“ Hai Elisya..” Sapaan itu diterima sebaik sahaja Elisya turun daripada kereta Pak Sunya.

Elisya mengangguk dan tersenyum. Dia menghampiri Sheila yang sedia menantinya di pintu pagar.

“ Hai Sheila. Lama tunggu?” Elisya memulakan perbualan. Ketika itu mereka sedang dalam perjalanan untuk ke tempat perhimpunan.

“ Lamalah jugak. Sempat jugak aku tengok pokok pisang berbuah dua.” Sheila menyindir secara halus. Elisya tergelak kecil.

“ Maaflah. Aku terlewat bangun tadi.” Elisya memberi penerangan. Angin bertiup dengan agak kencang menyebabkan tudung sekolah Elisya terbuai dan hampir-hampir terbuka. Cepat-cepat Elisya mebetulkan kembali tudungnya.

“ Eh, Sya! Apa benda kat telapak tangan kau tu?” Sheila bertanya dengan agak kuat. Dia memegang tangan Elisya dan memerhati dengan teliti telapak tangan kawan baiknya itu.

“ Benda apa, Sheila?” Elisya berpura-pura tidak tahu. Dia turut membuat reaksi muka terkejut.

“ Kau pegang apa sampai hitam telapak tangan kau ni?” Sheila menyoal prihatin.

“ Entah. Agaknya aku terpegang pagar sekolah kita yang catnya belum kering kot.” Tukas Elisya. Sheila merenung Elisya lama sebelum dia mendiamkan diri.

Elisya memandang pelik kawannya itu. ‘ Eh, tadi mulut bukan main riuh tapi sekarang tiba-tiba pula senyap. Kenapa pula dia ni?’ Bisik hati Elisya.

“ Hai Elisya. Hai Sheila.” Sapa rakan sekelas mereka yang lain apabila mereka tiba di barisan kelas mereka. Elisya membalas sapaan itu manakala Sheila hanya mengangguk. Tidak berkumpul membuat gosip seperti selalu.

“ Sheila, kau okey ke?” Elisya mematikan kebisuan. Sheila mengerling sekilas Elisya sebelum mengangguk. Elisya tidak mahu menganggu Sheila yang leka membaca novel karya Meor Shariman disebelahnya. Dia mulai bangkit untuk menyertai kumpulan pelajar perempuan yang lain.

“ Sya, kenapa dengan Sheila tu?” Ifa dengan gaya kepoh bertanya Elisya yang baru hendak duduk.

“ Entah. Aku pun tak tahu.” Elisya mengangkat bahu.

“ Sya, sepupu aku ada ajar satu permainan baru tau.” Ifa berkata lagi. Cuba untuk mengalihkan topik.

“ Apa dia?” Soal Elisya malas.

“ Kita boleh tahu kelebihan seseorang tu.” Aqilah menjawab soalan yang diutarakan.

“ Macam mana?” Elisya kelihatan berminat.

Ifa tersenyum simpul. Dia menghulurkan tangannya. Elisya mengerut kening. Hairan dengan tingkahlaku kawannya itu.

“ Bagilah tangan kau.” Ifa sudah bersila ala-ala bomoh. Aqilah, Ika, Zeti dan Ila mula membuat bulatan mengerumuni Ifa dan Elisya.

“ Nak buat apa?” Elisya kelihatan bingung. Kedua-dua tangannya disorokkan di belakang.

“ Bagi jelah.” Ifa sudah geram dengan perangai Elisya yang suka melengah-lengahkan waktu itu.

“ Loceng nak berbunyi dahlah.” Elisya berkata. Dia tidak mahu kawan-kawannya nampak bentuk hitam di telapak tangannya itu. Selesai berkata begitu, loceng nyaring berbunyi. Tepat ketika Elisya menghabiskan ayat.

Ifa, Aqilah, Ika, Zeti dan Ila ternganga memandang Elisya yang terkebil-kebil.

“ Kau macam mana tahu loceng akan berbunyi?” Zeti bertanya dengan nada hairan.

Memang begitulah sistem pentadbiran sekolah itu. Para pelajar tidak akan tahu pada pukul berapa loceng akan dibunyikan. Ini menyebabkan para pelajar mula berdisiplin dengan datang awal ke sekolah. Pelajar yang datang lewat akan dikenakan denda.

“ Aku agak aje.” Elisya membalas. Dia mulai gugup apabila kawan-kawannya itu memandang aneh dirinya.

“ Tapi, agakan kau dah beberapa kali terkena.” Giliran Ila pula bersuara teruja. Matanya kelihatan bersinar-sinar.

“ Hmm.. Aku dapat rasakan Elisya ada satu kelebihan.” Ifa membuat suara ala-ala bomoh. Dia mengusap-gusap dagunya.

Elisya mengerut kening. Dia membuka mulut untuk membalas ayat-ayat Ifa.

“ Cepatlah. Hari ini Cikgu Khairiah bertugas. Dia akan cakap pasal aktiviti Hari Keluarga nanti. Aku tak mahu terlepas dengar.” Selesai berkata, Elisya menutup mulutnya dengan tangan. Bukan ayat itu yang hendak dikatakan.

Ika membulatkan mata. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara pengawas yang menyuruh mereka beratur di barisan kelas. Mereka akur dan berpecah masuk ke barisan.

Sewaktu perhimpunan pagi berlangsung, Elisya tidak menumpukan langsung kepada apa yang diperkatakan oleh Cikgu Khairiah. Dia perasan mata Ifa sering melirik ke arahnya. Tetapi dia berpura-pura seolah-olah dia kelihatan amat berminat terhadap ucapan Cikgu Khairiah mengenai acara Hari Keluarga.

Setengah jam kemudian, para pelajar diarahkan kembali ke kelas. Elisya berjalan lemah. Pasti di dalam kelas nanti dia Akan dihujani dengan bermacam soalan.

Sangkaannya tepat sekali. Ifa menjadi orang pertama menghampiri Elisya. Sheila yang duduk bersebelahan Elisya masih khusyuk dengan pembacaannya. Dia tidak menghiraukan kedatangan Ifa.

“ Kau nak tahu pasal apa, Ifa?” Elisya menyoal apabila Ifa hanya berdiam diri di hadapannya. Ifa tersengih-sengih. Kemudian, satu persatu geng Ifa datang menenggek di atas meja Elisya.

“ Kita orang cuma pelik. Macam mana kau akan tahu apa yang bakal berlaku.” Ifa mewakili dirinya setelah mendapati kawan-kawannya yang lain hanya mendiamkan diri. Zeti dan Ika memandang takut-takut ke arah Elisya.

“ Kan aku dah cakap ini semua hanya kebetulan.” Elisya bersuara.

“ Tak.. Aku tak percaya ini hanya kebetulan.” Ifa membantah. Jari jemarinya menggendang meja Elisya.

Zeti, Ika, Aqilah dan Ila mengangguk laju tanda setuju. “ Betul kata Ifa. Tadi Elisya cakap yang Cikgu Khairiah akan umumkan acara Hari Keluarga padahal kita mana tahu Hari Keluarga pada tahun ini akan diadakan.”

Aqilah mengangguk faham mendengar penjelasan Zeti. Dia juga berasa pelik.

“ Baik korang duduk tempat masing-masing sekarang. Sekejap lagi Cikgu Rahim akan buat rondaan.” Elisya sekali lagi terkejut dengan apa yang telah dicakapkannya.

Ifa, Zeti, Aqilah, Ika dan Ila memandang Elisya dengan penuh ketakutan. Cepat-cepat mereka berebut untuk kembali ke tempat duduk masing-masing. Tepat seperti dijangka, Cikgu Rahim melalui kelas mereka lalu berhenti sekejap untuk melihat keadaan di dalam kelas tersebut. Para pelajar mula mengeluarkan buku untuk dibaca. Setelah berpuas hati, Cikgu Rahim berlalu.

Di hujung kelas, Ifa, Zeti, Aqilah, Ika dan Ila saling berpandangan dengan riak muka terkejut. Elisya tertunduk. Dia mengerling sekilas Sheila di sebelah. Kelihatan tenang membaca seolah-olah tiada langsung perkara pelik yang berlaku.

Elisya termenung. Berkali-kali dia memeriksa telapak tangannya itu. Dia terperanjat apabila mendapati bekas hitam di telapak tangannya itu sudah hilang. Hilang tanpa meninggalkan apa-apa tanda. Telapak tangannya licin dan putih seperti biasa.

“ Apa sudah jadi dengan diri aku ni?” Elisya bermonolog sendirian. Tiba-tiba dia teringatkan rantai yang tersimpan di dalam laci meja di biliknya. Bergegas dia berlari masuk ke bilik.

Elisya membuka laci. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati rantai itu tiada. Dia menggeledah laci itu. Habis berterabur meja belajarnya. Kemudian, dia berlari pula ke bilik Mak Sunya. Entah-entah Mak Sunya yang mengambil rantai tersebut untuk digadai. Kebetulan, Mak Su keluar ke rumah jiran sebelah.

Elisya leka menyelongkar almari Mak Sunya. Tiada di dalam almari dia mencari di bawah katil dan juga di bawah bantal. Hampir menangis Elisya apabila mendapati satu-satunya barang berharganya sudah hilang. Dia terduduk di lantai.

Tiba-tiba dia terasa badannya bergetar hebat. Bergetar dan tiada tanda langsung hendak berhenti. Makin lama makin kuat getaran yang dirasainya itu.

Elisya berpaling. Di muka pintu, berdiri Salmah dengan muka yang menyinga.

“ Elisya! Kamu buat apa ni? Ooo.. Kamu sudah pandai hendak mencuri pula ya. Nanti kamu!” Salmah keluar dan kembali sesaat kemudian dengan membawa kayu bersamanya.

“ Kau memang tak mengenang budi, Elisya. Mati tak mahu tetapi hidup menyusahkan orang!” Lantang suara Salmah memarahi Elisya sambil kayu di tangannya dihayun-hayun ke tubuh Elisya yang lemah.

“ Mak Su. Tolong Mak Su! Sya tidak ada niat pun nak mencuri. Jangan pukul Sya, Mak Su.” Rintih Elisya tetapi tetap tidak dipedulikan langsung oleh Salmah. Dia seperti sudah dirasuk.

Badan Elisya semakin kuat bergetar. Elisya memejamkan mata sambil mengenggam kedua-kedua tangannya. Suara Salmah semakin lama semakin perlahan di telinganya. Pukulan Salmah juga tidak dirasa langsung.

Elisya membuka mata. Dia mendapati dirinya di satu tempat lapang. Di sebelahnya, berdiri seorang gadis cantik. Gadis tersebut tersenyum kepada Elisya.

“ Hai, Elisya.” Suara gadis itu begitu lunak. Elisya tersentak. Dia memandang tepat ke arah gadis itu.

Elisya tersentak lagi. Wajah gadis itu sama seperti wajahnya. Dia mempunyai rambut separas bahu. Begitu juga dengan Elisya.Tingginya sama dengan tinggi Elisya tetapi lebih kurus daripada Elisya.Wajah gadis itu lesu dan seolah-olah hidupnya tidak terurus.

“ Saya di mana?” Soal Elisya kebingungan. Dia cuba untuk bangun tetapi tidak berdaya. Kakinya terasa sakit.

“ Elisya, kamu berada di tempat lapang di halaman belakang rumah kamu. Hanya kamu dan saya sahaja yang boleh nampak dan boleh datang ke sini.” Gadis itu bersuara lagi.

“ Kamu siapa?” Elisya bertanya. Gadis tersebut tersenyum melihat gelagat Elisya yang takut-takut.

“ Saya Alice.” Jawab gadis itu mesra. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Elisya.

“ Alice? Saya tidak pernah lihat kamu.” Ujar Elisya. Huluran tangan Alice disambut. Terasa dingin genggaman tangan Alice. Alice tersenyum lagi.

“ Semestinya kamu tidak pernah melihat saya. Kerana saya manusia dari abad yang lampau.” Alice menerangkan. Dia bermundar-mandir di hadapan Elisya. Setiap langkahnya membawa angin yang sejuk. Bulu roma Elisya meremang.

“ Kamu manusia dari abad yang lampau?” Bulu kening Elisya terjongket tidak percaya.

Alice mengangguk. “ Ya. Tetapi jikalau kamu tidak percaya tidak mengapa.”

Elisya terdiam apabila Alice seolah-olah dapat membaca fikirannya.

“ Kenapa kamu membawa saya ke sini?” Elisya menyoal Alice. Dia perlukan penjelasan.

Alice mendekatkan mukanya kepada Elisya. “ Kamu cakap saya yang membawa kamu ke mari? Tidak, Elisya. Bukan saya yang membawa kamu. Tetapi, diri kamu sendiri.”

Terbeliak mata Elisya. Mana mungkin dia datang ke tempat itu tanpa bantuan sesiapa. Dia memerhati sekeliling. Tempat itu kosong. Tiada langsung pokok-pokok. Cuma ada pasir.

“ Kamu pasti tidak percaya, bukan? Tetapi, kamu harus percaya.” Ujar Alice sinis.

“ Tetapi macam mana saya membawa diri saya sendiri ke sini?” Kepala Elisya berserabut.

Alice menggeleng-geleng melihat kelembapan Elisya memproses maklumat.

“ Elisya, kamu bertuah kerana dipilih datang ke mari.”

Elisya mengerut kening lagi. ‘Bertuah? Apa yang bertuahnya? Tempat ni tak ada apa-apa langsung. Hanya pasir aje. Kalau ada tempat permainan barulah dikata bertuah. Apalah Alice ni.’ Getus hati Elisya.

“ Memang tempat ini tiada permainan, Elisya. Tetapi, tempat ini begitu istimewa. Dan kamu seharusnya bersyukur saya membenarkan diri kamu menembusi tempat ini.” Elisya menelan liur apabila mendengar suara Alice yang tegas. Tiada lagi nada mesra seperti tadi.

“ Elisya, saya telah menyelamatkan kamu daripada terus dipukul oleh Mak Su kamu. Saya telah memberi isyarat getaran kepada kamu menandakan bahawa kamu akan mengalami nasib malang. Tetapi, kamu membuat tidak peduli dan hasilnya kamu telah dipukul. Saya menggunakan kuasa saya untuk berinteraksi dengan kamu melalui fikiran. Dan, kamu sendiri yang memikirkan tempat ini lalu kamu masuk sendiri juga ke tempat ini.”

Elisya ternganga mendengar penjelasan Alice. Jadi, getaran yang dirasainya itu adalah satu petanda. Baru dia mengerti.

“ Kamu juga telah dianugerahkan dengan kuasa seperti saya. Kamu sekarang mempunyai Kuasa 6.” Tukas Alice. Matanya kelihatan bersinar-sinar.

“ Kuasa 6? Apa itu? Dan macam mana saya boleh dapat kuasa ni?” Elisya benar-benar kebingungan.

“ Kuasa 6 ialah satu kuasa yang membolehkan kita mengetahu isi hati orang dan mengetahui apa yang bakal berlaku 5 minit lagi. Tetapi, kuasa kita terbatas. Kita tidak dapat mengetahui apa yang bakal berlaku pada esok hari atau pada tahun depan. Kerana itu hanya Allah sahaja yang tahu. Kita cuma dapat tahu apa yang bakal berlaku 5 minit lagi. Itu sahaja.” Terang Alice panjang lebar. Elisya mengangguk-angguk faham.

“ Dan tentang bagaimana kamu mendapat kuasa ini tidak dapat saya jelaskan. Ianya rahsia dan sulit.” Alice berkata.

“ Jadi, saya mempunyai kuasa?” Elisya bertanya dengan nada seronok.

Alice mengangguk mengiakan. “ Ya. Tetapi, kamu mestilah merahsiakan kuasa kamu ini daripada pengetahuan sesiapa. Jikalau tidak, keturunan kamu akan terancam.”

Elisya mengangguk-angguk seperti burung belatuk.

“ Satu lagi yang saya ingin ingatkan kamu, gunalah kuasa kamu sebaik-baiknya. Jangan sesekali menyalahgunakan kuasa yang diberi kepada kamu ini. Gunakan kuasa kamu untuk perkara yang baik sahaja. Faham?” Elisya mengangguk lagi. Segala maklumat dan pesanan yang diberi Alice disimpan kemas di dalam memori.

“ Baik. Jika kamu mempunyai soalan, terus bertanya kepada saya. Kerana kamu masih di dalam latihan lagi.” Alice mengingatkan.

“ Okey, Alice. Saya faham.” Elisya memberi respons dan Alice kelihatan berpuas hati.

“ Kalau begitu, mari saya hantar kamu pulang ke rumah.” Alice sudah bersedia untuk berangkat.

Elisya berdiri. Tetapi dia jatuh kembali. Mukanya berkerut menahan sakit kakinya itu.

Alice merenung kaki Elisya. Kemudian, dia bersuara. “ Kaki kamu terseliuh ketika kamu jatuh ke dalam kawasan ini.”

Tanpa membuang masa, Alice menyeluk poket skirtnya. Dia mengeluarkan sesuatu yang berkilauan.

“ Eh, itu rantai yang saya cari tadi.” Elisya bersuara lantang. Dia pelik melihat loket yang berbentuk hati itu berkilauan kuat seolah-olah loket itu mendengar suara Elisya.

“ Betul kata kamu. Rantai ini kepunyaan kamu. Tetapi, maafkan saya kerana mengambilnya tanpa meminta kebenaran kamu. Sekarang, hulurkan kaki kamu.” Alice sudah mencangkung di hadapan Elisya. Perlahan-lahan Elisya melunjurkan kaki kirinya.

Alice mengusap-ngusap loket itu. Semakin kuat cahaya yang keluar daripada loket tersebut. Mulut Alice terkumat-kamit seolah-olah sedang berselawat. Kemudian, perlahan-lahan loket itu diletakkan di atas kaki Elisya. Alice menekan loket itu. Loket itu mengeluarkan cahaya berwarna merah terang.

Elisya terdiam melihat keajaiban di hadapannya itu. Tiba-tiba Elisya merasa kakinya pulih seperti sediakala. Dia menggerak-gerakkan kakinya. Tiada langsung rasa sakit dan ngilu seperti tadi.

Alice tersenyum. “ Kaki kamu sudah pulih, bukan?”

Elisya mendongak seraya membalas senyuman Alice. Dia mengangguk. “ Terima kasih, Alice.

“ Sama-sama. Nah, ambil kembali rantai kamu ini.” Alice menghulurkan rantai kepunyaan Elisya itu. Loketnya sudah berwarna hijau seperti asal.

Elisya menyambut rantai yang dihulur. Loket itu bersinar dan bergetar perlahan sebelum kembali seperti sediakala.

“ Jikalau kamu dalam kesulitan dan memerlukan bantuan, usap loket tersebut dan selawatlah sebanyak 3 kali. Insya-ALLAH, kamu akan berjaya menghadapi kesulitan itu.” Alice berkata lembut.

Elisya mengangguk seraya menyimpan rantai tersebut ke dalam poket seluarnya.

“ Mari, saya hantar kamu pulang ke rumah.” Alice menghulurkan tangannya. Cepat-cepat Elisya menyambutnya.

Alice mendongak dan memejam mata. Elisya mengikut perlakuan Alice. Dia berasa sejuk tiba-tiba. Elisya membuka mata. Dia berada di dalam bilik tidurnya di rumah. Dia mencari-cari di mana Alice. Kemudian, dia terpandang nota di atas meja belajarnya. Dia mengambil nota tersebut dan tersenyum apabila selesai membacanya.

INGAT RAHSIA KITA, YA! [^ +]
-ALICE

Pagi itu, ketika menghadap sarapan Elisya hanya menunduk. Tidak berdaya hendak menentang mata Mak Sunya yang tajam memerhati.

Suasana senyap sunyi seketika. Hanya ada Salmah dan Elisya sahaja. Pak Su Elisya, Hamid keluar bekerja manakala Adi anak sulung Salmah keluar ke pekan. Elisya tidak ke sekolah kerana cuti hujung minggu.

Kadangkala Elisya dapat merasakan Salmah merenungnya sembunyi-sembunyi. Ketika Elisya mendongak, Salmah akan berpura-pura memerhati sekeliling. Elisya lemas dengan suasana seperti itu. Lekas-lekas dia menghabiskan roti canainya lalu membawa pinggan dan cawan kosong ke sinki untuk dibasuh. Elisya dapat merasakan mata Salmah tajam mengekori langkahnya. Tetapi, dia buat-buat tidak tahu apa-apa.

“ Mak Su.” Elisya membuka mulut. Salmah tersedak. Terkocoh-kocoh dia meneguk air teh yang diletak di tepi.

“ Kau nak apa?” Salmah bertanya tetapi matanya merenung roti canai di dalam pinggan.

“ Sya kena pergi sekolah.” Elisya bertanya kepada lantai. Kepalanya ditundukkan. Dia harus ke sekolah hari itu kerana ada persiapan untuk Hari Keluarga dua hari nanti.

“ Hmm.. Pergilah.” Salmah senang memberi jawapan. Elisya mengangkat kepala. Tidak percaya dengan jawapan yang diberikan Salmah.

“ Err.. Betul ke ni Mak Su bagi?” Elisya masih ragu-ragu dengan jawapan Salmah.

“ Kau nak pergi ataupun tak nak?” Nada Salmah sudah keras. Elisya cepat-cepat mengangguk. Dia mengatur langkah ke biliknya.

Elisya membuka laci. Rantai yang disimpan elok di dalam kotak dikeluarkan. Dia membelek-belek loket yang tergantung di rantai tersebut. Rantai itu dimasukkan ke dalam poket seluar treknya. Sejak dia mengetahui dia mempunyai kuasa, ke mana sahaja dia pergi, dia akan membawa rantai itu bersama. Takut jika akan berlaku kejadian yang tidak diingini.

Walaupun Elisya boleh meramal apa yang bakal terjadi, tetapi dia tetap merasakan kuasanya itu terbatas. Dia teringatkan pesan Alice ketika mereka bertemu kali kedua dahulu. “ Kadangkala Kuasa 6 ini tidak betul. Ia akan berubah secara tiba-tiba. Jadi, saya nasihatkan agar kamu jangan terlalu bergantung dan berharap terhadap Kuasa 6 ini. Yang tahu apa yang bakal berlaku secara tepat ialah hanya Allah.”

Di padang sekolah, Elisya bertungkus lumus menampal bendera-bendera kecil di setiap tiang yang diletakkan di penjuru padang. Terik matahari di atas kepala langsung tidak dihiraukan malah tidak dirasai langsung. Tanpa pengetahuan sesiapa, Elisya menggunakan kuasa loketnya untuk mengelakkan dirinya daripada merasa kepanasan matahari pada pagi itu.

“ Elisya! Sudahlah tu. Marilah kita berehat kat kantin pula. Dari tadi aku tengok kau asyik berjemur bawah panas tu.” Laungan Ika mematikan segala perlakuan Elisya. Dia menoleh. Kelihatan dari kantin, Ika dan geng-gengnya melambai menggamit Elisya supaya ke kantin.

Elisya mengangguk lalu mula mengatur langkah ke kantin. Dia duduk di sebelah Aqilah yang kelihatan takut-takut.

“ Wah, Elisya.. Aku tengok kau tak berpeluh langsung.” Ifa memulakan sesi bersembang.

Elisya hanya tersenyum. Matanya meliar mencari Sheila. Nun di hujung sana, Sheila sedang duduk berseorangan. Mata Elisya dan mata Sheila bertembung. Sheila mengalah dan kembali menunduk menatap novel yang dibacanya tadi. Elisya tergamam dengan reaksi teman baiknya itu. Selalunya Sheila akan tersenyum dan menggamit Elisya supaya menghampirinya. Tetapi, hari ini Sheila hanya memandangnya kosong dan tidak mempedulikan langsung kewujudan Elisya.

Elisya terdiam. Suara Ifa masih kecoh-kecoh di sebelahnya. Tiba-tiba, tubuhnya bergetar kuat. Keadaan tubuhnya itu turut disedari Ifa dan geng-gengnya.

“ Eh, Elisya! Kenapa badan kau menggeletar ni? Sejuk ke?” Aqilah yang duduk di sebelah Elisya menegur. Kerusi panjang yang diduduki mereka turut bergoyang.

Ifa, Ika, Ila dan Zeti kini menumpukan perhatian kepada Elisya pula. Kemudian, ke arah Aqilah yang turut mengikut jejak langkah Elisya yang menggeletar. Aqilah tanpa membuang masa bangkit dari kerusi yang didudukinya. Tinggallah Elisya keseorangan menggeletar.

“ Elisya, apa kena dengan kau ni?” Zeti melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Elisya yang pucat. Tetapi, Elisya tetap tidak menunjukkan apa-apa respons.

“ Eh, budak ini. Hello Elisya! Kau menungkan apa tu?” Giliran Ila pula menyedarkan Elisya setelah Zeti menunjukkan tanda-tanda mengalah. Dia memetik jarinya di depan mata Elisya tetapi Elisya tetap buat tidak peduli. Dia seolah-olah asyik dengan lamunannya.

“ Ifa, kenapa dengan Elisya ni? Macam kena pukau aje aku tengok.” Ika berkata. Dia menyorok di belakang Ifa. Takut melihat keadaan Elisya yang pucat dan matanya merenung jauh.

“ Entahlah korang. Aku pun tak tahu. Zeti, kau panggil Sheila.” Arah Ifa. Zeti menjerit memanggil Sheila.

Tidak lama kemudian, Sheila menghampiri kumpulan yang berkerumun itu. Dia terus mendapatkan Elisya yang masih dalam keadaan tidak sedar itu.

Sheila merenung kembali mata Elisya. Suasana senyap sunyi seolah-olah berada di tanah perkuburan. Kemudian, Sheila memegang tangan Elisya yang sejuk itu. Dia membisikkan sesuatu di telinga Elisya. Tiba-tiba Elisya tersedar lalu tersengih kepada semua mata yang merenungnya itu.

“ Sya, ikut aku kejap.” Sheila menarik tangan Elisya. Elisya hanya menurut dalam kebingungan.

Tiba di belakang blok sekolah, mereka berhenti. Sheila melepaskan tangan Elisya. Dia merenung tajam ke arah Elisya. Elisya menjadi rimas.

“ Kenapa kau menggunakan kuasa kau untuk kepentingan diri sendiri?” Soalan Sheila membuatkan Elisya hampir-hampir tergigit lidah. Dia ternganga.

“ Sheila? Macam mana kau tahu?” Elisya terbeliak mata memandang Sheila yang tenang memeluk tubuh.

“ Elisya, aku tanya kau ni. Kenapa kau menggunakan kuasa kau untuk kepentingan diri sendiri?” Sheila tegas mengulang kembali soalannya.

Elisya tertunduk lemah. Dia menggeleng. “ Aku tak tahu. Aku tak tahu siapa yang mendorong aku untuk buat semua ini.”

Sheila mendengus. “ Tapi, apa pun alasannya kau telah memungkiri janji kau terhadap Alice.”

Elisya mendongak. Dia terkejut dengan kenyataan Sheila. “ Kau kenal Alice juga?”

“ Ya. Alice ialah salah seorang teman baikku.” Sheila akhirnya berterus terang. Dia melabuhkan punggungnya di atas lantai. Elisya turut mengikut perlakuan Sheila.

“ Macam mana kau kenal Alice? Dan apa kaitan kau dengan semua ini?” Elisya menyoal bertalu-talu. Dia menggaru-garu kepalanya yang terasa gatal.

“ Seperti kau, aku juga mempunyai kelebihan. Tetapi, aku meminta kepada Alice untuk mengeluarkan kuasaku. Aku merasakan bahawa aku bukan manusia normal kalau aku mempunyai kuasa itu. Jadi, di dalam tubuhku hanya ada serpihan-serpihan kecil kuasa sahaja.”

Penjelasan Sheila membuatkan mulut Elisy ternganga lebih luas. Dia betul-betul tidak sangka teman baiknya itu juga mempunyai kelebihan.

“ Aku mendapat kelebihan ini sejak aku berumur 12 tahun. Ibuku yang menurunkan kelebihan ini kepadaku. Aku tak mampu mengelak kerana aku satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga aku.” Sheila menyambung. Elisya terus tersenyap.

“Sheila, aku hairan macam mana kau tahu aku juga mendapat kelebihan seperti kau?” Tanya Elisya perlahan.

Sheila menoleh kepada Elisya yang duduk di sebelahnya. Dia tersenyum mesra.

“ Kau mesti ingat kan tentang telapak tangan kau yang berwarna hitam tempoh hari?”

Elisya mengangguk.

“ Sekali pandang, naluri aku kuat mengatakan kelebihan yang aku berikan semula kepada Alice sudah berpindah ke tubuh kau. Jika kau amati betul-betul, warna hitam itu tidak seperti warna hitam yang biasa. Ianya berlainan. Itu tanda awal Kuasa 6 meresap masuk ke tubuh kau.” Sheila menerangkan. Dia mengambil tangan kanan Elisya lalu diamatinya sekali lagi. Tetapi, tanda hitam itu sudah hilang.

Suasana kembali sepi. Sheila membuka mulut lagi. “ Atas kesilapan kau menggunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri, kau telah dibekukan tadi. Nasib baik Zeti bertindak pantas tadi dengan memanggil aku. Jika dia terlambat sedikit masa lagi, pasti kau tidak dapat dicairkan.”

Elisya tertunduk malu. Dia sedar akibat menggunakan kuasa demi kepentingan diri sendiri. Dia mengenggam erat tangan Sheila. “ Terima kasih, Sheila. Nasib baik kau ada tadi. Kau memang satu-satunya kawan sejati aku. Aku juga minta maaf, ya.”

“ Tak apa. Aku tahu kau masih di dalam latihan lagi. Jadi, perkara begini memang tidak dapat dielakkan oleh sesiapa.” Sheila berkata tenang.

“ Mari. Kita balik ke rumah. Dah lewat dah ni.” Elisya mengangguk lalu mereka sama-sama bangkit. Mereka berjalan beriringan meninggalkan tempat tersebut.

Dari sebalik tiang, Alice tersenyum mendengar perbualan mereka. Mata hijaunya mengekori langkah dua sahabat itu sebelum dia ghaib.

Malam itu, Elisya membelek-belek rantai yang tersarung di lehernya itu. Loket yang berwarna hijau itu ditenung. Dia tersenyum mengingatkan kembali perbualannya bersama Sheila di sekolah tadi. Tiba-tiba dia kaget apabila loket itu berpusing dengan sendirinya. Loket itu juga mengeluarkan bunyi berdesing sebelum warna hijaunya bertukar ke warna merah darah.

Elisya terpempan. Dia terkaku. Tidak tahu untuk melakukan apa-apa. Segera dia mengusap lembut loket tersebut. Loket tersebut berhenti berpusing tetapi warnanya tetap tidak berubah.

Rantai itu seolah-olah menarik leher Elisya. Dalam keadaan terjerut, Elisya membawa langkah kakinya ke arah tingkap biliknya. Apa yang dilihatnya membuatkan Elisya terkejut. Di luar pintu rumahnya, berdiri seorang lelaki berbaju serba hitam yang ketinggian lebih kurang sama dengan Elisya. Lelaki tersebut seolah-olah mengetahui Elisya sedang memandangnya. Mata lelaki itu tepat memandang ke mata Elisya.

Alice yang sejak tadi berdiri di belakang Elisya panik. Dia tahu lelaki itu sedang memukau Elisya. Alice menarik tangan Elisya yang sedang berjalan untuk mendapatkan lelaki itu. Tetapi, Elisya menarik semula tangannya dengan kasar. Alice tercampak ke belakang.

“ Elisya! Kamu jangan pergi kepada lelaki itu! Dia ingin mengambil loket itu.” Alice menjerit memberi peringatan. Dia mencuba untuk bangun.

Loket itu semakin kuat berdesing. Alice berlari ke arah bilik tidur Salmah. Dilihatnya Salmah lena tidur tanpa mengetahui apa yang terjadi. Kemudian, dia berlari pula ke bilik Adi untuk meminta bantuan. Adi tiada di dalam bilik. Alice semakin buntu.

“ Elisya!!” Kedengan teriakan suara seorang gadis. Alice berpaling. Sheila datang tepat pada masanya.

Alice bergegas mendapatkan Sheila yang berdiri di hadapan Elisya. Elisya tanpa isyarat terus merempuh tubuh kecil Sheila. Sheila terdorong ke belakang.

Lelaki berbaju hitam itu gelak besar melihat Sheila yang terjatuh. Lelaki itu memusing-musingkan jari telunjuknya di depan mata Elisya. Mulut lelaki itu terkumat-kamit seolah-olah membaca jampi.

Elisya berdiri tegak di hadapan lelaki itu. Matanya merenung tepat jari lelaki itu. Jeritan dan pekikan Alice dan Sheila tidak dihiraukan langsung.

“ Elisya! Jangan tenung jari lelaki itu. Dia sedang pukau kamu.” Alice bersuara kuat. Dia menarik-narik baju Elisya.

Elisya memandang sekilas Alice di sisi kanannya. Kemudian, ke arah Sheila yang berdiri di sisi kirinya. Air mata kelihatan menuruni pipi Sheila. Elisya mendengus sebelum menarik kembali bajunya yang terlondeh ditarik Alice.

Sheila tiada pilihan lain. Dia segera merentap rantai yang tergantung di leher Elisya. Gerakan jari lelaki itu terhenti secara automatik. Elisya turut seolah-olah tersedar. Dia menjerit kuat apabila terpandangkan lelaki itu berdiri betul-betul di hadapannya.

“ Alice, Elisya.. Pegang loket ini.” Arah Sheila. Masing-masing menurut arahan Sheila. Tidak lama kemudian, Elisya mendapati dirinya di kawasan tanah lapang. Alice dan Sheila turut berada di sisinya.

“ Apa yang berlaku tadi?” Elisya menyoal bodoh. Sheila terduduk. Tenaganya sudah habis digunakan tadi. Tercungap-cungap dia menarik nafas.

“ Elisya, walau apapun kamu haruslah mengelak daripada merenung terlalu lama pihak lawan kita. Dan lelaki tadi itu ialah lawan kita. Dia memukau kamu kerana dia ingin merampas loket kamu ini.” Alice memberi peringatan.

Elisya mengangguk lemah. Badannya dibasahi peluh. Sheila di sebelahnya dipandang.

“ Sheila, kau tak apa-apa?” Elisya mencangkung di sisi Sheila yang masih tercungap-cungap. Sheila hanya mampu menggeleng-geleng.

Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi desingan loket yang masih berada di dalam genggaman Sheila. Semakin lama semakin kuat. Alice sudah pucat lesi mukanya. Dia saling berpandangan dengan Sheila. Sheila juga sudah pucat mukanya.

“ Korang, bersembunyi sekarang!” Elisya bersuara kuat. Getaran tubuhnya kembali.

“ Tapi, kita nak sembunyi di mana? Di sini tiada tempat untuk bersembunyi.” Alice membalas. Dia memandang sekeliling.

“ Kita dah tiada banyak masa. Pihak lawan semakin hampir. Lagi 3 minit mereka akan tiba di sini.” Elisya terus berkata. Tubuhnya semakin menggeletar.

“ Pegang tangan saya.” Sheila mula membuka mulut. Tangannya dihulurkan. Elisya dan Alice berebut-rebut untuk memegang tangan Sheila.

“ Sekarang, pejam mata kamu. Saya masih ada sedikit kuasa untuk membawa kita ke tempat yang lebih selamat.” Sheila mula memejam mata. Elisya dan Alice turut berbuat demikian.

Tiba-tiba Elisya merasakan tanah yang dipijaknya lembut. Angin kuat menderu. Dia membuka mata.Dilihatnya mereka masih di tempat lapang seperti tadi. Tidak berganjak walau sedikit pun. Sheila sudah terduduk. Alice masih berdiri. Matanya masih terpejam rapat.

“ Sheila, kau kenapa?” Elisya sudah mendapatkan Sheila yang tunduk berteleku. Sheila perlahan-lahan mengangkat mukanya. Elisya tersentak melihat wajah Sheila yang pucat dan ada darah mengalir dari tepi bibirnya.

Sheila kelihatan lesu. Tubuhnya lembik tidak bermaya.

“ Alice! Apa sudah jadi pada Sheila ni?” Elisya memanggil Alice pula. Alice membuka matanya perlahan.

“ Sheila menggunakan tenaga kuasanya terlalu banyak. Sekarang tenaganya sudah habis.” Ujar Alice.

“ Alice, mereka sudah hampir. Kamu bawa Sheila ke tempat yang selamat.” Elisya bersuara. Tubuhnya semakin bergetar hebat.

“ Tetapi kamu bagaimana?” Tanya Alice. Dia sudah mula menjatuhkan tubuh Sheila ke belakang badannya.

“ Jangan pedulikan saya, Alice. Yang penting kamu mesti menjauhkan Sheila dari tempat ini. Seboleh-bolehnya kamu kembali ke bilik saya.” Elisya memberi arahan.

Alice mendongak memandang ke atas. “ Tetapi, Elisya. Lubang untuk kita kembali ke bilik kamu sudah tertutup. Kita sudah terperangkap di sini!”

Elisya tersentak. Dia turut memandang atas. Benar kata Alice. Lubang yang menghubungkan antara tempat lapang itu dengan bilik tidur Elisya sudah tertutup rapat.

Alice terduduk. Terasa lenguh belakang badannya menampung berat badan Sheila.

Elisya mundar mandir. Dia memerah fikiran untuk mencari idea.

“ Alice, saya sudah jumpa jalan penyelesaian kita.” Elisya bersorak riang.

Wajah Alice sudah berseri-seri seperti disimbah cahaya purnama. “ Bagaimana, Elisya?”

Elisya tidak segera menjawab tetapi dia membuka genggaman Sheila. Dia menggoyang-goyangkan loket itu di hadapan Alice yang sudah tersengih lebar.

“ Kamu bijak, Elisya! Saya pun tidak terfikir untuk menggunakan loket ini.” Alice menjerit kegembiraan. Elisya hanya tersenyum.

“ Sekarang, kamu dan Sheila mesti pegang loket ini dengan erat supaya loket ini boleh membawa kamu berdua naik ke bilik saya.” Elisya menerangkan rancangannya. Alice mengangguk faham. Dia kelihatan tidak sabar-sabar untuk pergi dari situ.

Alice memegang loket yang sudah bernyala warna merah itu. Terasa panas apabila jari Alice menyentuh hujung loket itu. Tangan kiri Alice mengenggam kuat tangan Sheila yang masih terkulai layu.

Eliya mula membaca ayat yang sudah diajarkan Alice kepadanya. Angin semakin kuat bertiup. Alice memejam mata. Begitu juga Sheila.

Beberapa saat kemudian, Alice membuka mata. Dia fikir dia dan Sheila sudah berada di dalam bilik tidur Elisya tetapi alangkah terkejutnya dia apabila mendapati dirinya masih berada di tempat lapang itu. Elisya juga sudah membulat matanya tidak percaya.

“ Elisya, loket ini tidak dapat membawa kami naik ke atas. Ini menandakan tenaga loket ini perlahan-lahan sudah diserap keluar.” Alice membuat kesimpulan. Dia menatap lama loket yang berada di telapak tangannya itu.

Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara perempuan sedang ketawa. Serta merta bulu roma Elisya terasa meremang. Dia berpaling.

Kelihatan seorang perempuan berpakaian serba hitam dengan hud menutup kepalanya sedang asyik ketawa. Kuku panjangnya yang berwarna hijau kelihatan berkilau-kilau. Tubuh perempuan itu tinggi lampai tetapi dibaluti dengan jubah hitam yang labuh.

“ Kamu semua memang budak perempuan cengeng! Hahaha.” Suara perempuan itu kedengaran sayup-sayup dan seolah-olah berbisik.

Alice sudah memerah muka menahan marah. Dia ingin ke hadapan tetapi dihalang oleh Elisya.

Perempuan itu mula berjalan. Langkah kakinya membawa desir pasir. Angin juga seolah-olah mengikut segala langkahnya. Ketawa yang berbaur kejahatan masih tidak berhenti.

Dia berdiri betul-betul di hadapan Elisya. Elisya menelan liur manakala Alice terpempan.

“ Beri aku loket yang berada di dalam genggamanmu itu.” Perempuan itu bersuara kepada Alice yang menyorok di belakang Elisya. Tangannya dihulurkan. Tangan perempuan itu kelihatan berkedut-kedut dan urat-urat hijau timbul.

Alice merenung tangan perempuan itu. Loket di dalam genggamannya terasa bergetar. Kemudian, dia mengeleng. Loket semakin digenggam erat.

Perempuan itu kelihatan begitu marah sekali. Urat-urat hijau di tangannya sudah bertukar menjadi merah pekat seperti darah.

“ Kamu jangan sesekali melawan aku. Jika aku katakan bahawa loket itu mesti diberi kepada aku, jadi kamu harus memberinya.” Suara perempuan itu menyebabkan suasana menjadi seram sejuk.

“ Jika kamu mahu loket itu, kamu harus berusaha untuk mendapatkannya.” Suara Elisya yang berani-berani takut mengalihkan pandangan mata perempuan itu kepada Elisya pula.

Alice kelihatan lega apabila mata tajam perempuan itu beralih daripada terus merenungnya.

Mata perempuan itu memandang tepat mata Elisya. Alice yang menyedari taktik perempuan itu segera berdiri di hadapan perempuan itu. Loket yang berwarna merah dihalakan terus ke arah mata perempuan itu. Kini, kuasa loket itu bertembung pula dengan kuasa mata perempuan itu.

Mulut Alice terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci. Hanya ayat-ayat itu yang boleh dijadikan pelindung.

Tidak lama kemudian, jeritan nyaring yang keluar daripada mulut perempuan itu bergema. Cepat-cepat perempuan itu berundur menjauhi Alice dan loket tersebut.

“ Apa sudah jadi, Maya?” Suara garau seorang lelaki mengatasi jeritan nyaring perempuan yang dipanggil Maya itu.

“ Arghh! Mataku sakit!” Jerit Maya lagi. Tangannya menutup kedua-dua matanya. Lelaki itu menuju ke arah Maya. Dia membuka tangan Maya daripada terus menutup mata.

Lelaki itu memeriksa mata Maya. Kemudian, dia mengeluarkan satu uncang kecil dari dalam poketnya. Uncang itu ditonggengkan dan keluarlah pasir putih. Lelaki itu membaca satu ayat yang kedengaran berlagu sebelum meniup pasir itu supaya mengenai mata Maya yang bernanah itu.

Jeritan Maya terhenti secara automatik. Dia mengusap-usap kedua-dua belah matanya sendiri.

“ Terima kasih, kawanku Zaki.” Maya bersuara. Dia bangun dan menghadap Elisya dan Alice yang sejak tadi menjadi pemerhati. Matanya bersinar bengis apabila memandang muka Alice.

“ Kami mahu loket itu. Jadi, lekas berikan kepada kami!” Zaki bersuara kuat.

“ Tidak, kami takkan sesekali beri loket ini kepada kamu berdua.” Elisya membalas. Mukanya kelihatan berani dan nekad. Loket yang berada di dalam genggaman Alice akan sedaya upaya dipelihara dan dijaga sebaik mungkin. Loket itu tidak akan sesekali jatuh ke tangan pihak lawan.

“ Hei! Kamu budak lagi apa yang kamu tahu. Loket seperti itu tidak sesuai dipegang oleh budak-budak seperti kamu!” Maya bersuara garang. Geram melihat gelagat dua gadis perempuan itu yang seolah-olah mempersendakan mereka.

“ Mereka lebih layak memegang loket ini daripada kamu yang memegangnya.” Suara halus memecah ketegangan. Elisya dan Alice berpaling ke belakang.

“ Sheila!” Elisya dan Alice menjerit serentak. Alice bergegas mendapatkan Sheila yang sudah berdiri tegak. Wajahnya masih kelihatan pucat.

“ Wah.. wah.. wah.. Seorang lagi budak perempuan yang berlagak pandai.” Maya dan Zaki ketawa terbahak-bahak.

Tiba-tiba, loket yang berada di dalam genggaman Alice terjatuh menyebabkan loket itu berbunyi nyaring. Alice terkaku. Elisya tergamam. Maya dan Zaki masing-masing sudah berhenti ketawa.

Maya menarik loket itu menggunakan kuasa yang dipancarkan melalui kuku panjangnya. Beberapa saat kemudian, loket yang bernyala merah itu selamat berada di dalam genggaman tangan Maya. Elisya, Alice dan Sheila ternganga.

“ Sekarang, loket yang kami inginkan sudah berada pada tangan aku. Kamu bertiga tidak dapat berbuat apa-apa.” Maya bersuara megah. Dia mengilai ketawa diikuti oleh Zaki.

“ Hei penipu! Kamu hendak buat apa dengan loket itu? Loket tu Elisya sahaja yang berhak memegangnya.” Sheila bersuara kuat. Dia sudah berdiri di hadapan Elisya dan Alice.

“ Apa kamu panggil aku? Ulang sekali lagi, budak!” Muka Maya yang pucat kini berwarna merah menahan marah.

Elisya segera menarik tangan Sheila menjauhi Maya yang kelihatan berang. Kuku panjang hijaunya bersinar terang.

“ Maya, kita tak payah buang masa melayan budak-budak ini. Loket itu sudah berada pada kita jadi ayuh kita pulang untuk memberikan loket ini kepada Tuan Guru.” Zaki memecah ketegangan. Dia sudah berpaling untuk beredar dari situ. Maya tanpa membuang masa mengikut langkah Zaki yang sudah berada di hadapan.

Beberapa langkah mereka berjalan, tiba-tiba Zaki menjerit nyaring. Maya ternganga memerhatikan Zaki yang kini sudah terapung-apung di udara. Kolar baju Zaki tegak seperti dipegang oleh suatu tangan halimunan.

“ Zaki! Apa yang terjadi?” Maya terjerit. Dia kaget melihat keadaan Zaki. Zaki masih terjerit-jerit minta diturunkan. Suaranya seperti tercekik.

“ Bodoh! Turunkan aku cepat!” Zaki membalas. Tangannya tergapai-gapai meminta bantuan udara untuk bernafas.

Maya berpaling ke belakang. Dia terpandang Elisya yang asyik merenung Zaki. Kemudian ke arah Sheila dan Alice yang seperti tergamam. Maya tersedar yang Elisya telah menggunakan Kuasa Perhubungan Mata. Kelihatan satu cahaya berwarna putih yang bersinar terang keluar daripada mata Elisya lalu mengenai Zaki yang masih terpekik-pekik.

“ Kurang ajar! Zaki, budak perempuan itu menggunakan Kuasa Perhubungan Mata untuk buat kau terapung!” Maya melaporkan kepada Zaki yang semakin tercekik.

“ Itu aku tahulah, bodoh! Sekarang, aku nak kau halang kuasa itu daripada terus mengenai aku!” Zaki semakin kuat jeritannya hingga menyebabkan Maya terpaksa menutup telinga.

Maya berjalan pantas ke arah Elisya yang masih memusatkan pemerhatiannya kepada Zaki. Elisya tidak menyedari langsung kehadiran Maya. Maya mengangkat jari telunjuknya dan mula membaca jampi. Kuku panjangnya yang berwarna hijau kini bertukar menjadi warna hitam gelap. Kukunya dihalakan kepada Elisya. Kelihatan sesuatu yang berwarna hitam keluar daripada kukunya dan hampir mengenai mata Elisya sebelum sempat dihadang oleh Sheila.

Sheila terdorong ke belakang. Elisya yang tersedar cepat-cepat memusatkan perhatiannya kepada Sheila pula menyebabkan tangan halimunan yang memegang Zaki tadi kini memegang Sheila pula untuk menahannya daripada terjatuh ke dalam gaung.

Zaki jatuh seperti nangka busuk dari ketinggian 5 kaki. Maya segera mendapatkan Zaki pula.

“ Bodoh! Aku hampir tercekik tadi. Kau memang lambat bertindak, Maya.” Zaki memarahi Maya.

Maya memandang Zaki tajam. Bengang sungguh hatinya apabila dimarahi Zaki. “ Kau patutnya ucapkan terima kasih kepadaku. Bukannya marah kepada aku!”

“ Maya! Zaki! Kamu berdua memang tidak bekerjasama. Sia-sia sahaja aku melatih kamu.” Maya dan Zaki tersentak Alice, Sheila dan Elisya juga terkejut melihat seorang lelaki yang agak berumur sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Lelaki itu juga memakai jubah hitam.

Maya dan Zaki terdiam. “ Maafkan kami, Tuan Guru.”

“ Serahkan kepada aku loket itu.” Tuan Guru itu bersuara. Zaki menyeluk saku jubahnya dan mengeluarkan loket yang telah berwarna merah darah. Dengan takut, dia menyerahkan kepada Tuan Guru. Tuan Guru itu gelak berdekah-dekah apabila loket itu berada di tangannya.

“ Loket itu kepunyaan kami! Kamu semua tidak layak untuk mengambil dan memegangnya!” Laungan Alice menghentikan ketawa Tuan Guru. Dia memerhati dengan penuh minat ke arah Alice.

“ Kamu memang berani sekali berkata begitu kepada aku.” Tuan Guru berkata perlahan. Matanya bersinar bengis. Dia mengusap-usap pipi Alice. Alice menjauhkan diri daripada Tuan Guru.

“ Jika kamu mahu loket ini, ayuh kita bertarung! Tiga lawan tiga. Adil, bukan?” Tuan Guru mengusulkan cadangan. Kemudian, dia ketawa lagi.

“ Maya dan Zaki. Mari sini!” Tuan Guru memanggil kedua-dua pengikutnya. Dia berada di tengah-tengah antara Maya dan Zaki yang sudah tersenyum lebar. Tuan Guru menepuk tangan sekali. Tanpa arahan mahupun persetujuan Elisya, Alice dan Sheila, Maya dan Zaki masing-masing melancarkan serangan.

Elisya tercampak apabila dipanah oleh kuasa kuku Maya. Alice dan Sheila menjerit kesakitan apabila Zaki membaling pasir ke arah mereka. Tuan Guru ketawa berdekah-dekah.

Elisya cuba hendak bangun tetapi Maya lebih pantas. Dia mengenakan sumpahan mata pula. Elisya yang tahu taktik Maya segera melarikan anak matanya daripada terus memandang terus mata Maya. Maya mendengus geram apabila Elisya tidak merenung matanya. Dia menghampiri Elisya.

“ Elisya, jika kamu mahukan loket itu kamu mesti lawan mata denganku.” Maya bersuara nyaring. Dia memegang muka Elisya supaya Elisya memandang matanya. Tetapi, Elisya mengambil jalan dengan memejam mata.

“ Elisya, buka matamu.” Kedengaran satu suara lembut di sisi telinga Elisya. Elisya menutup matanya kian rapat.

“ Elisya, kamu jangan takut. Allah sentiasa bersama kamu. Kamu jangan gentar melawan mata Maya. Ia hanyalah topeng syaitan. Kamu akan menang.” Suara itu terus bersuara. Elisya hairan apabila mendengar suara itu menuturkan ayat-ayat demikian. Perlahan-lahan dia membuka mata. Pandangan pertama yang menyapa pandangannya ialan sepasang mata milik Maya.

Elisya merenung mata Maya. Pertembungan sinar mata berlaku. Elisya tidak mempedulikan apa yang terjadi di sekelilingnya. Suara sokongan dan dorongan terus berlagu-lagu di telinganya. Tikaman mata Maya semakin tajam. Elisya sudah tercungap-cungap apabila semua tenaga dan kuasanya dikeluarkan.

Tiba-tiba Elisya terpandangkan kelibat ibunya yang sudah lama menghilangkan diri. Sekejap muncul sekejap hilang. Ibunya berdiri di tengah-tengah pertembungan itu lalu tersenyum bangga ke arah Elisya. Elisya semakin bersemangat. Dia menggenggam pasir yang dikaut di atas tanah. Tanpa Maya sedar, dia membaca selawat lalu membaling pasir itu ke arah Maya. Mulanya Maya seperti kebal tetapi setelah tiga kali Elisya membaling pasir dan terus membaca selawat dan ayat-ayat suci, jubah hitam Maya terbakar.

Pertembungan Kuasa Mata itu terhenti. Elisya tertunduk lemah. Maya menjerit. Dia menjauhkan diri daripada Elisya. Kemudian, dengan ajaib api di jubah Maya terpadam dengan sendirinya. Ketika Maya ingin menyerang Elisya lagi, tiba-tiba Maya menjerit lagi. Kali ini lebih nyaring sehingga Zaki turut memandang Maya yang terlompat-lompat. Pertarungan terhenti.

Tuan Guru dan Zaki mendapatkan Maya yang masih terlompat-lompat. Mereka cuba menenangkan Maya tetapi Maya semakin kuat menjerit. Mukanya yang putih pucat kini perlahan-lahan bertukar menjadi hitam.

Elisya terpaku. Seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Alice dan Sheila tidak berkelip mata melihat keajaiban yang terjadi di hadapan mata.

Zaki memegang tangan Maya tetapi cepat-cepat dia melepaskan kembali. Dia memerhati tangannya. Dia menjerit kuat apabila mendapati tangannya berwarna hitam seperti terbakar. Tuan Guru terpempan. Dia tidak jadi memegang Maya. Perlahan-lahan dia berundur.

“ Nak larikan diri ya, Tuan Guru?” Suara dari arah belakangnya menghentikan langkahnya. Da berpaling. Berdiri Alice sedang memeluk tubuh. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

Tuan Guru terketar-ketar memandang Alice. Hilang ketawa dan keberaniannya tadi.

Alice merenung wajah Tuan Guru dengan geram. Beberapa saat kemudian, Tuan Guru rebah tidak bergerak-gerak langsung. Loket yang berada di genggamannya terjatuh lalu pecah berderai. Alice kaget.

“ Alice! Apa yang kamu buat pada orang tua itu?” Elisya bertanya kuat. Dia turut terkejut.

Alice menjongket bahu. “ Saya tidak tahu. Saya baca Ayat Kursi tiba-tiba sahaja dia rebah.”

Elisya tersenyum. Dia faham mengapa Tuan Guru jadi begitu. Kini, tinggal Zaki dan Maya sahaja yang masih terlompat-lompat. Dia tahu apa yang berlaku dalam tubuh Zaki dan Maya. Pasti tubuh mereka terbakar dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacanya tadi.

Elisya mencari-cari kelibat Sheila. Nun di sana, Sheila sedang terbaring. Bergegas Elisya mendapatkan Sheila. Mata Sheila terpejam rapat. Elisya sudah menggeletar tubuh. Dia memeriksa nadi kawan baiknya. Elisya menghela nafas berat sebelum memandang lemah ke arah Alice yang mencangkung di sisinya. Alice terduduk.

Alice memegang tangan Sheila yang sejuk itu. Tiba-tiba tangannya tersentuh sesuatu benda yang keras di dalam poket Sheila. Alice tersentak. Dia menyeluk tangannya ke dalam poket Alice dan mengeluarkan sesuatu yang berwarna hijau terang. Alice dan Elisya ternganga. Loket yang berada di dalam genggaman Alice dibandingkan dengan serpihan loket yang dipegang oleh Elisya. Hasilnya mengejutkan mereka berdua.

Loket yang diberi kepada Tuan Guru sebenarnya palsu! Dan aslinya ada pada Sheila!

Di sekolah gempar dengan berita kematian Sheila. Mereka hairan Sheila yang sihat walafiat tiba-tiba sahaja meninggal dunia. Apa yang mampu dilakukan oleh Elisya ketika disoal siasat oleh kawan-kawannya ialah berdiam diri dan tidak akan sesekali memecahkan rahsia.

Elisya dan Alice termenung. Serpihan loket yang pecah telah dibalut elok di dalam kain.

“ Alice, saya tak nak pegang loket ini dah.” Elisya membuat keputusan yang mengejutkan Alice.

“ Tapi, kenapa?” Alice pelik.

Elisya menarik nafas panjang sebelum berterus terang. “ Sebab loket ni, Sheila dah meninggal dunia. Dan sebab loket ni jugaklah Mak Su membenci saya.”

Alice mengangguk faham. “ Kalau begitu, saya pun tidak mahu memegang loket ini lagi. Mari kita ke tempat lapang.”

“ Buat apa? Saya tak nak pergi tempat tu lagi.” Alice menarik tangan Elisya yang masih enggan untuk bangun.

“ Alah.. Marilah ikut saya.” Akhirnya Elisya setuju. Mereka ke belakang rumah Elisya. Dalam sekelip mata, mereka berada di tempat lapang.

Alice mengeluarkan loket yang asli dan serpihan loket dari dalam beg silangnya. Kemudian, dia membuat lubang pada tanah sebelum menanam loket-loket itu. Elisya hanya memerhati. Ketika tanah terakhir menutupi loket-loket itu, tubuh Elisya menggeletar kuat. Alice mencengkam tangan Elisya dengan kuat. Beberapa saat kemudian, sesuatu yang berwarna putih dan hijau perlahan-lahan keluar dari tapak tangan Elisya lalu masuk ke dalam tanah yang telah ditanam dengan loket.

“ Sekarang, Kuasa 6 kamu sudah dibawa keluar. Hanya tinggal saki baki sahaja.” Penerangan Alice membuatkan Elisya lega. Dia tersenyum.

Alice membuka mulut lagi. “ Sekarang, tugas saya sudah selesai. Loket ini tetap menjadi milik keturunan kita.” Elisya mengangguk setuju.

Mereka berpegangan tangan sambil memerhati tanah yang ditanam dengan loket tadi. Mata Elisya meliar memandang sekeliling tempat lapang itu. Ini kali terakhir dia akan menjejakkan kakinya ke tempat yang penuh peristiwa itu.

Elisya mengangguk kepada Alice. Alice membaca sesuatu sebelum Elisya mendapati dirinya kembali berada di belakang rumahnya. Di sisinya Alice tiada. Elisya tersenyum. Suara teriakan Mak Sunya yang menyuruh dia masuk ke dalam rumah menyentakkan Elisya. Elisya berlari-lari anak masuk ke dalam rumah.

Nun di sana, Alice dan Sheila berdiri sambil memerhatikan Elisya. Mereka berpandangan dan tersenyum sebelum diri mereka hilang ditelan kabus angin.

ALLEYA ERINA

Tajuk : Alleya Erina.



Tepat tanggal 17 Jun, umurku akan meningkat 12 tahun. Sedang sibuk ibu membersihkan laman rumah, aku menghampiri ibu.

“Mama, dua hari lagi hari jadi Alleya.”

“Ya sayang. Mama tahu.”

“Mama, mama ingat tak yang semua kanak-kanak yang sudah meningkat 12 tahun akan mula bersekolah di Sekolah Magis?”

Mama tidak mengendahkan aku dan meneruskan kerjanya. Aku tahu bahawa mama tidak bersetuju aku bersekolah di sana.

“Mama?..”

Mama masih tidak berkata apa-apa.

“Mama? Alleya nak tanya. Kenapa mama tidak bersetuju Alleya bersekolah di Sekolah Magis? Semua kanak-kanak akan bersekolah di sana setelah mereka meningkat 12 tahun.”

Pergerakan mama terhenti. Mama memegang bahuku, lalu memandang tepat ke dalam mataku.

“Alleya, mama bukan tidak bersetuju Alleya bersekolah disana. Cuma, mama rasa Alleya masih belum bersedia. Alleya tak pernah berenggang dari mama. Kalau Alleya belajar di Sekolah Magis, Alleya akan tinggal jauh daripada mama. Alleya tahukan, sekolah tu bukannya dekat. Nak ke sana pun memakan masa sehingga setengah hari. Jika Alleya bersekolah disana, Alleya terpaksa melakukan semuanya sendirian. Mama tak boleh selalu melawat Alleya.” Terang mama panjang lebar.

“Mama, Alleya dah besar. Alleya ingin juga merasa hidup berdikari. Percayalah mama, Alleya boleh. Alleyakan anak mama. Alleya tidak akan mudah berputus asa,” bicaraku dengan penuh harapan.

Mama hanya tersenyum dan meneruskan kerjanya semula. Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata. Macam-macam perkara yang berlegar-legar di dalam fikiranku. Aku merasa hairan, mengapa mama begitu berat hati ingin melepaskan aku supaya aku dapat bersekolah di Sekolah Magis. Kemudian aku terfikir sesuatu. Ya, mungkin itu sebabnya. Mama hanya ada aku. Hanya kami berdua di rumah ini. Akulah satu-satunya anak mama. Ayah? Aku pun tidak tahu secara terperinci tentang ayah. Menurut mama, ayah meninggal sewaktu aku kecil lagi. Aku tidak pernah melihat ayah walau sekalipun. Mama juga tidak pernah menunjukkan gambar ayah kepadaku dan kami tidak pernah berbicara tentang ayah. Tapi aku terdengar jiran-jiranku berkata bahawa ayah telah lari meninggalkan kami. Aku tidak tahu sejauh mana kebenarannya tetapi apa yang aku tahu aku sudah cukup bahagia bersama mama.


*****

Kedengaran burung-burung berkicauan. Aduh! Terasa berat kepalaku ini. Aku membuka mata dan melihat sekeliling. Sudah pagi? Desis hati kecilku. Aku tidak sedar bila aku terlelap. Aku terus bangun mencapai tuala dan bergegas ke bilik mandi. Setelah selesai mandi, aku ke dapur berniat untuk menolong mama menyiapkan sarapan. Niatku terhenti apabila aku melihat sarapan sudah terhidang di atas meja.

“Alleya, baru bangun? Dah pukul berapa ni sayang?” Sindir mama.

“Em.. Maafkan Alleya, mama. Alleya tak boleh tidur malam tadi sebab itu Alleya bangun lambat,” kataku sambil duduk di meja makan.

“Alleya sayang, Alleya dah kemaskan barang untuk ke Sekolah Magis pada hari esok?” tanya mama.

“Ha? Maksud mama?” Aku seakan-akan tidak percaya dengan apa yang aku dengar.

“Mama rasa, mama tak patut menghalang Alleya daripada pergi ke sekolah itu. Tapi mama nak Alleya berjanji dengan mama, yang apabila Alleya sudah bersekolah di sana, Alleya jangan lupakan mama di sini dan Alleya perlu belajar rajin-rajin. Boleh?”

Aku tersenyum girang dan aku bangun memeluk mama. “Ya. Alleya janji. Terima kasih mama!” Satu kucupan singgah di pipi mama. Mama tersenyum melihat telatahku.

Petang itu juga aku mengemas barang-barang keperluanku. Tidak banyak barang yang aku bawa kerana di Sekolah Magis semuanya sudah tersedia. Apakah yang akan aku lalui nanti? Aku sudah tidak sabar-sabar!

*****

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Ya, hari ini merupakan hari yang baru untukku. Permulaan yang baru. Setelah meraikan hari lahirku bersama teman-teman, aku bergegas ke bilik mengambil barangku dan juga penyapu terbang yang aku cipta sendiri. Tidak lupa juga haiwan peliharaanku yang juga merupakan teman baikku iaitu Pluffy.

Pluffy merupakan seekor binatang berbentuk bulat dan mempunyai kepak kecil yang sangat comel. Ramai teman-temanku yang juga memiliki haiwan peliharaan seperti yang aku miliki. Apa yang istimewanya ialah mereka merupakan teman yang sangat setia. Mereka boleh memahami perasaan kita dan hanya tuan mereka sahaja yang faham akan kata-kata mereka. Kerana itulah aku menganggap bahawa Pluffy itu adalah teman baikku.

Setelah siap semuanya, aku mengucapkan selamat tinggal kepada semua teman serta jiran-jiranku. Aku memeluk erat mama dan aku mengucupnya. Berat juga apabila aku terpaksa berpisah dengan mama tetapi aku harus kuatkan diri. Aku sempat berpesan kepada Pluffy supaya menjaga mama dengan baik. Aku tidak dapat membawa Pluffy bersama kerana haiwan peliharaan tidak dibenarkan di sekolah itu.

Tepat jam 12.00 malam, aku bertolak menggunakan penyapu terbangku. Semua teman, jiran serta ibuku melambai-lambai kepadaku. Setelah agak jauh aku terbang aku mula berfikir tentang kehidupan yang bakal aku lalui nanti. Tiba-tiba aku tersentak. Nanti! Jerit hati kecilku. Apakah kuasaku? Dari elemen apa? Api? Air? Tanah? Ataupun udara? Aku mula berasa cemas tetapi aku cuba untuk berfikir secara positif. Ya, selalunya kuasa kami mengikut keturunan. Apakah kuasa mama? Mama tidak pernah memberitahu kepadaku secara terperinci tentang kuasa mama tetapi ada suatu hari aku terlihat mama menyembuhkan luka seorang tua yang cedera menggunakan air. Mungkin mama mempunyai kuasa dari elemen air dan mungkin aku juga mewarisi kuasa tersebut!

Kami tidak boleh dan tidak pernah menggunakan kuasa kami sehinggalah kami meningkat 12 tahun. Itu adalah salah satu undang-undang kerajaan Mersiapolmia, di mana keselamatan amat dipentingkan. Jika kami sudah cukup umur, barulah kami akan diajar bagaimana untuk mengeluarkan dan menggunakan kuasa kami. Kuasa-kuasa ini amat berguna, tetapi kadangkala membahayakan terutama apabila ada sesetengah pihak yang menyalahgunakannya.

*****

Hari sudah cerah, burung-burung berkicauan riang menyambut kedatangan sang suria. Setelah jauh perjalanan, akhirnya aku tiba disebuah lembah yang sangat cantik. Di situ kelihatan pelbagai jenis bunga. Permandangan di situ membuatkan aku tepersona. Aku dapat melihat satu banggunan seperti istana tesergam indah nun jauh di sana. Aku bergegas terbang menggunakan penyapuku menuju ke ‘istana’ tersebut. Benarkah ini Sekolah Magis? Desis hatiku. Ya, tidak salah lagi!

Tiba di sekolah tersebut, aku mengeluarkan surat pengesahan dan menghulurkannya kepada penjaga di situ. Kemudian penjaga tersebut membawa aku ke asrama tempat di mana aku akan tinggal. Tidak sempat aku mengemas barang-barang, aku dibawa pula ke kelas yang akan menjadi kelas baruku. Buka sahaja pintu kelas, semua mata memandang ke arah ku. Aku sedikit cemas dan tidak selesa dengan suasana tersebut. Setelah penjaga itu berbicara dengan guru, dia pergi meninggalkan aku.

“Pelajar sekalian, ini merupakan kawan baru kamu semua. Diharap kamu semua dapat bergaul mesra dan bekerja sama diantara satu sama lain. Sila perkenalkan diri kamu,”kata cikgu dengan penuh mesra sambil memandang ke arahku.

“Em.. Nama saya Alleya Erina. Kawan-kawan boleh panggil saya Alleya. Sa.. Saya berasal daripada Ka.. Kampung Neorenina dan saya berusia 12 tahun,” ujarku dengan rasa yang sangat gementar.

Tiba-tiba kedengaran beberapa suara yang datangnya entah dari mana dan tidak menyenangkan hatiku.

“Oh, budak kampung rupanya, patutla!”

“Oii! Kita semua 12 tahun! Tak payah bagitahu pun tak apa!”

“Hahahaha!!” Satu kelas mentertawakanku. Aku tidak suka semua ini! Jerit hatiku. Tetapi aku tidak boleh berpatah balik. Aku tidak akan mengalah!

“Sudah! Sudah! Kamu semua jangan bersikap seperti itu! Kamu semua seharusnya memberi tunjuk ajar kepada kawan baru kamu ini!” Kata cikgu dengan tegas. “Dah! Alleya, pergi duduk di tempat kosong itu ya?” tambah cikgu.

“Terima kasih, cikgu.”

*****
Kedengaran bunyi loceng sekolah menandakan pelajaran pada hari ini sudah tamat. Baru sahaja aku ingin bangun dari kerusi, tiba-tiba sekumpulan budak lelaki dan perempuan kelasku datang mehampiriku. Mereka memandangku dengan penuh garang. Aku mula berasa tidak sedap hati. Bermacam-macam soalan mereka ajukan kepadaku.

“Siapa nama kau tadi?!”

“Apa kuasa kau?!”

“Kau tinggal di asrama bilik nombor berapa?!”

Aku mula pening. Kenapa dengan mereka semua ini? Adakah ini cara mereka untuk mengenali seseorang ataupun, aku dibuli? Tidak. Aku tidak lakukan apa-apa kesalahan pun. Setelah tidak tahan berada disitu, aku terus berlari pergi meninggalkan mereka semua. Aku tidak kisah jika mereka menganggap aku sombong atau pentingkan diri Cuma aku memang tidak boleh jika mereka mengerumuni aku seperti itu.

Tiba sahaja di bilik asramaku, aku segera baring di atas katil untuk menenangkan diri. Tiba-tiba seseorang masuk ke dalam bilikku.

“Uh. Maaf. Saya sangka tiada orang di dalam bilik ini. Selalunya saya tinggal sendirian. Tak sangka kita sebilik. Saya Xyella, satu kelas dengan awak juga Alleya.” Ujarnya dengan muka yang manis dan dengan senyuman, sambil menghulurkan tangannya.

Mungkin mereka tidaklah seteruk mana, kata ku sendirian. Aku menyambut salamannya.
“Gembira dapat berkenalan dengan awak, Xyella.”

“Jadi, apa yang awak buat Alleya? Awak tidak mahu mengemaskan barang-barang awak?”

“Oh.. Ya, saya baru sahaja terfikir untuk mengemaskannya,” ujarku.

“Bagus! Mari saya bantu awak ya? Kita kan sebilik”

“Ya. Terima kasih, Xyella.”

Sambil mengemaskan barang-barangku, aku dan Xyella sempat berbual tentang diri masing-masing. Sedang asyik berbual, aku bertanya tentang perangai budak-budak kelasku.

“Xyella, kenapa perangai pelajar kelas kita tu tak berapa mesra?” tanyaku.

“Oh. Mereka itu pelik sedikit. Sebenarnya mereka tidak mahu dipandang rendah sebab itulah mereka berperangai seperti mereka sudah tahu semuanya. Alleya tahu, kami semua belum pernah cuba kuasa kami. Selama enam bulan kami bersekolah ini, kami hanya belajar tentang sejarah kerajaan Mersiapolmia dan pejuang-pejuang kerajaan ini. Samalah seperti yang kita belajar tadi. Mereka cuma tahu apa kuasa mereka. Itupun kerana mereka mewarisi kuasa ibu dan ayah mereka.”

“Oh. Jadi, sebenarnya mereka pun hanya dalam permulaan,” kataku.

Xyella mengangguk tanda setuju.

“Xyella, apa kuasa Xyella?” aku bertanya.

“Saya rasa kuasa saya adalah dari elemen air, seperti ibu dan ayah saya.”

“Wah! Jadi mungkin kita memiliki kuasa yang sama!” Jeritku kegirangan.

“Bagusnya! Kita mungkin boleh jadi sahabat yang baik!” Kata Xyella.

“Tapi..” Tambahnya.

“Tapi apa, Xyella? Tanyaku dengan perasaan ingin tahu.

“Tapi mungkin kita akan dipandang rendah oleh pelajar lain yang berada di dalam kelas kita.”

“Ha? Mengapa pula begitu?”

“Sebenarnya, Sebelum Alleya datang kesini, sayalah satu-satunya pelajar yang mempunyai kuasa dari elemen air di dalam kelas kita. Abang-abang dan kakak-kakak kita yang sudah bertahun-tahun bersekolah disini ada juga yang memiliki kuasa dari elemen air, tetapi mereka semua sudah mahir dan hebat. Alleya tahu, mengapa kita mungkin akan dipandang rendah?” tanya Xyella.

Aku menggeleng tidak mengerti.

“Kita mungkin akan dipandang rendah kerana Alleya tahulah perangai budak-budak kelas kita itu. Mereka merasakan hanya mereka yang hebat dan pandai. Mereka menganggap bahawa kuasa dari elemen air hanya boleh menggerakkan air sahaja. Tapi mungkin mereka benar. Selain daripada itu, kita sudah tidak memiliki apa-apa keistimewaan. Lainlah seperti kuasa mereka semua. Hebat-hebat dan sangat berguna,” terang Xyella panjang lebar dengan muka yang muram.

“Ha? Tapi, Alleya rasa kuasa kita amat berguna. Xyella tahu, ada suatu hari, Alleya terlihat mama menyembuhkan luka seorang tua yang cedera menggunakan air dan juga kuasa mama.”

“Betul ke? Xyella tak pernah pula dengar yang kuasa air boleh menyembuhkan luka,” katanya seperti tidak percaya.

“Alleya tidak tahu sejauh mana kebenarannya tetapi yang Alleya tahu, kita tidak boleh mudah berputus asa. Kita harus kuat dan kita tidak boleh diperendahkan seperti itu lagi. Xyella, Bermula hari ini, kita akan melindungi antara satu sama lain daripada apa jua keadaan, okey?” kataku.

“Ya. Baiklah. Xyella akan berusaha bersungguh-sungguh!” Kata Xyella dengan penuh bersemangat. Kami tertawa kegirangan.

*****

“Baiklah para pelajar, cikgu mendapat arahan daripada pengetua sekolah bahawa kamu semua akan mula belajar tentang kuasa kamu,” ujar cikgu.

Suasana di dalam kelas mula menjadi bising. Aku dan Xyella berpandangan di antara satu sama lain. Aku menghampiri Xyella.

“Xyella, Alleya baru sehari masuk sekolah ini. Alleya hanya tahu sedikit sahaja tentang sejarah-sejarah kerajaan Mersiapolmia. Bolehkah Alleya lakukannya?” tanyaku dengan gelisah.

“Alleya, janganlah begitu. Tentang pelajaran yang lepas-lepas, Alleya boleh belajar dengan Xyella. Xyella akan bantu apa yang termampu. Sekarang ini kita tumpukan dengan pelajaran baru yang akan cikgu ajar.” Xyella cuba menenangkan hatiku.

“Baiklah. Terima kasih Xyella,” ucapku. Aku dan Xyella tersenyum.

Setelah mendengar penerangan secara terperinci tentang bagaimana untuk mengeluarkan kuasa kami, cikgu membawa kami ke satu kawasan yang sangat luas dan cantik. Cikgu mengarahkan kami supaya mencuba kuasa kami.Sambil aku berjalan bersama Xyella untuk mencari tempat yang tidak berapa sesak, kami sempat berbual.

“Xyella, apa yang kita perlu lakukan ialah hanya membayangkan kuasa kita dan kita perlu tenangkan diri, kan?” tanyaku.

“Ya Alleya. Kita cuba ya?” Kata Xyella.

“Baiklah.” Ujarku.

Aku dan Xyella cuba untuk menumpukan perhatian dan membayangkan kuasa kami. Di hadapan kami ada dua gelas air. Buat pertama kalinya kami perlu cuba untuk menggerakkan air di dalam gelas itu. Sedang aku cuba untuk menumpukan perhatian, Xyella menjerit.

“Yey! Alleya! Alleya! Tengok! Air di dalam gelas Xyella bergerak! Xyella berjaya lakukannya!” Jerit Xyella kegirangan.

“Wah! Cepatnya! Tahniah Xyella! Em.. Tapi Alleya masih belum berjaya,” kataku dengan sedikit sedih.

“Tidak mengapa, Xyella akan temankan Alleya disini ya,” tambah Xyella dengan senyuman .

Walaupun aku sedikit resah dan sedih, tetapi aku tidak akan mudah berputus asa.

“Em! Terima kasih ya!” Jawabku sambil mengangguk.

Tiba-tiba cikgu memanggil kami berkumpul di hujung padang. Setelah kami semua berkumpul, cikgu menyuruh kepada sesiapa yang sudah berjaya mengeluarkan kuasa mereka mengangkat tangan. Ternyata mereka semua telah berjaya, kecuali aku. Mereka semua memandang kepadaku.

“Oh! Dia ini rupanya. Kau ni memang lembablah!” Kata seseorang. Satu kelas mentertawakanku, kecuali Xyella dan cikgu.

“Alex, tak baik kamu berkata seperti itu kepada rakan sekelas kamu! Cepat minta maaf!” Marah cikgu. Alex hanya mendiamkan diri lalu berlari kearah kelas dengan perasaan marah. Beberapa pengikut setianya turut serta mengikut Alex.

“Macam-macamlah budak ini.” Kata cikgu.
“Alleya, kamu jangan terlampau sedih. Mungkin hari ini kamu tidak dapat melakukannya tetapi kamu boleh cuba lagi kan?” tambah cikgu.

“Ya. Terima kasih cikgu. Alleya akan berusaha bersungguh-sungguh.” Ujarku sambil tersenyum.

“Dah, jom balik ke kelas!” Xyella mencapai tanganku lalu menarik aku pulang ke kelas. Kami berlari-lari anak sambil ketawa.

Pulang sahaja ke kelas, alangkah terkejutnya aku dan Xyella apabila melihat meja kami yang tadinya begitu kemas dan bersih telah menjadi kotor dan tidak tersusun. Alex dan rakan-rakannya hanya memandang kami dengan pandangan yang puas dan mereka mentertawakan kami. Tak salah lagi ini semua kerja Alex dan kawan-kawan jahatnya.

“Oh! Si lembab sudah pulang! Hahaha! Oii Xyella! Memandangkan engkau pun berkawan dengan si budak lembab ini, kau juga akan jadi musuh kami! Kau tak takut ke berkawan dengan dia? Nanti kau pun jadi lembab juga! Hahaha!” Laung Alex dengan kuatnya.

“Apa yang kami sudah lakukan?! Kami tidak buat apa-apa kesalahan pun! Mengapa kamu mahu jadikan kami ini musuh!?” Balas Xyella.

Aku tidak mampu melakukan apa-apa. Aku hanya mampu melihat sahaja. Aku tidak pernah melalui situasi seperti ini sepanjang hidupku.

“Tak salah kau kata?! Kau tahu, sebab kawan kau yang lembab tu lah, aku dimarahi oleh cikgu! Sebab itu kamu berdua akan menjadi musuh kami selama-lamanya! Faham?!” Bentak Alex.

“Hei! Kau jangan panggil kawan aku seperti itu!” balas Xyella lagi.

Tiba-tiba pengawas masuk ke dalam kelas dan memarahi kami. Pengawas tersebut mengarahkan kami semua supaya kembali ke hostel kerana waktu belajar sudahpun tamat. Tiba sahaja di dalam bilik,

“Xyella, maafkan Alleya.” Pintaku sambil tertunduk.
“Maaf? Mengapa pula? Alleya tidak melakukan apa-apa kesalahan pun kepada Xyella.”

“Tapi Alleya tidak mampu melakukan apa-apa pun sewaktu Alex memarahi kita sedangkan Alleya telah berjanji bahawa kita tidak akan diperendahkan oleh mereka.”

“Tidak mengapa, Alleya. Kita bertindaklah secara perlahan-lahan. Nanti lama-lama kita tidak akan diperendahkan lagi oleh mereka,” kata Xyella.

“Ya. Baiklah bos! Kita akan buktikan kepada mereka bahawa kita boleh melakukannya!” tambahku. Aku mula berkata di dalam hatiku. Alangkah beruntungnya aku dapat mengenali rakan yang sangat baik seperti Xyella. Mama, adakah mama sihat disana? Alleya akan berusaha dan tidak akan berputus asa!

*****
Dadaku berdebar-debar. Aku dapat rasakan seperti ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Masuk sahaja di dalam kelas, meja aku dan Xyella tiada, hilang entah kemana. Aku dan Xyella saling berpandangan. Ini sudah melampau. Hanya ada seorang sahaja yang terlintas di fikiran kami iaitu Alex. Kami hanya buat tidak tahu sahaja dan kami keluar kelas mencari meja kami. Setelah kami temui meja kami, kami masuk ke dalam kelas seperti biasa. Kami dapat rasakan bahawa Alex terasa seperti diperbodohkan kerana kami sedikitpun tidak mengendahkannya.

Sudah seminggu perkara ini berterusan dan kami dapat merasakan bahawa Alex semakin bosan untuk terus mempermainkan kami. Akan tetapi aku masih bersedih dan resah kerana sehingga sekarang aku masih belum berjaya untuk menggerakkan walau setitik air pun. Rakan-rakan kelasku semakin mahir menggunakan kuasa mereka termasuklah Xyella. Kini Xyella sudah dapat mengeluarkan air dari dalam gelas. Aku begitu kagum dengan usaha mereka. Sebab itulah aku juga tidak akan mudah berputus asa.

Setelah waktu rehat, aku dan Xyella masuk ke kelas. Tetapi kali ini situasi menjadi lebih teruk. Bukan sahaja meja kami dikotorkan, buku-buku kami dikoyakkan dan diconteng. Alex dan konco-konconya ketawa berdekah-dekah melihat reaksi kami. Dengan secara tiba-tiba Xyella menghampiri Alex dan memarahinya.

“Alex! Ini semua kerja kau, kan!” Bentak Xyella.

Aku terkedu.

“Apa buktinya? Dan kalau betul sekalipun, apa yang kamu berdua boleh lakukan?!” Balas Alex..

“Selama ini pun kerja kau kan?! Kau ni tidak bosankah melakukan perkara seperti ini? Kau ni memang jahat, tahu tak!” Tambah Xyella.

“Ya! Memang aku yang lakukannya! Habis tu, kau nak buat apa? Nak menangis-nangis mengadu pada cikgu?! Kau kata aku jahat? Baiklah! Macam ini baru jahat!” Alex kemudiannya menolak Xyella dan Xyella terjatuh.

“Xyella!” Jeritku sambil meluru kearah Xyella.

Dengan tidak semena-mena Alex mengeluarkan kuasanya. Alex mengajukan bebola api yang keluar dari tangannya kepada aku dan Xyella.

“Haha! Sekarang, apa yang kau akan lakukan, si lembab?! Gunakanlah kuasa air kau untuk memadamkan api ini!”

Ketika Alex membaling bebola api itu kearah kami, badanku bergerak dengan sendirinya. Aku menghadang bebola api itu dengan tubuhku kerana aku tidak mahu Xyella cedera. Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi sepi. Aku beranikan diri untuk membuka mata. Ha? Apa yang telah berlaku? Tanyaku sendirian. Kenapa aku tidak cedera?

Kelihatan disekeliling aku dan Xyella terdapat satu penghadang yang separa lutsinar bewarna merah jambu. Aku bertambah bingung. Apa sebenarnya yang berlaku?
Tiba-tiba kelihatan cikgu dan para pengawas berlari ke arah pintu kelas. Apabila terlihat kami, reaksi cikgu begitu mengejutkan. Tiba-tiba pandanganku menjadi kabur. Aku berasa amat pening dan duniaku menjadi gelap gelita.

*****
“Alleya, Alleya..” Kedengaran satu suara memanggilku.Aku membuka mata. Terasa begitu berat sekali kepalaku ini. Dimana aku? Tanyaku di dalam hati.

“Syukurlah Alleya sudah sedarkan diri!” Kata Xyella.

“Xyella, apa yang telah berlaku?” Tanyaku kebingungan. Apa yang aku ingat hanyalah sewaktu itu aku sedang cuba untuk menghalang Alex daripada mencederakan Xyella.

“Sebenarnya Alleya pengsan tadi. Kata cikgu, itu kerana Alleya telah menggunakan kuasa Alleya dan Alleya tidak mampu mengawalnya.Terima kasih Alleya kerana telah menyelamatkan Xyella tadi,” kata Xyella.

“Kuasa? Kuasa apa?” tanyaku lagi.

“Sebenarnya Xyella pun tidak begitu pasti. Alleya, ada seseorang ingin berjumpa dengan Alleya dan dia adalah pengetua di sekolah kita,” katanya.

Xyella pergi meninggalkan aku kemudian seorang lelaki berusia 40-an masuk kedalam bilikku. Lelaki itu duduk disebelah katilku. Inikah pengetua? Tanya hati kecilku. Tidakkah terlalu muda untuk lelaki ini menjadi pengetua? Aku tidak pernah melihat pengetua Sekolah Magis dan sekarang pengetua itu datang sendiri melawatku.

“Saya percaya nama kamu ini Alleya Erina dan nama ibu kamu ialah Merrissa bukan?” katanya dengan wajah yang serius.

“Y.. Ya. Betul tu,” jawabku dengan sedikit gagap.
“Kamu tahu apa kuasa kamu?” tanyanya lagi.

“Sa.. Saya rasa kuasa saya ialah dari elemen air kerana saya pernah terlihat ibu saya menyembuhkan luka seseorang menggunakan air.”

“Tetapi saya tidak rasa itu adalah kuasa kamu yang sebenar.” Ujarnya.

“Mengapa pula begitu?” Tanyaku. Aku semakin bingung. Apa yang sebenarnya berlaku di sini?!

“Biar saya terangkan sesuatu. Yang pertama, hanya sesetengah golongan sahaja yang boleh menggunakan kuasa air untuk menyembuhkan luka. Selalunya golongan-golongan ini adalah diantara golongan yang amat penting. Golongan yang sangat hebat dalam menggunakan kuasa mereka. Yang kedua, mengapa saya tidak rasa bahawa kuasa kamu adalah dari elemen air ialah kerana kamu tidak boleh menggerakkan air. Dan kamu juga tidak mempunyai kuasa dari elemen lain. Apa yang saya maksudkan ialah, kuasa kamu bukan daripada empat elemen itu.”

Aku tersentak. “Jadi, apakah kuasa saya?” .

“Kuasa kamu ini satu dalam sejuta. Kuasa kamu dinamakan kuasa pelindung.”

“Pelindung?”

“Ya. Kuasa pelindung ini amat istimewa kerana kamu tidak dapat dicederakan oleh kuasa dari elemen-elemen lain. Seperti yang kamu lalui sebentar tadi. Pada peringkat permulaan, kuasa kamu hanya dapat dikeluarkan apabila kamu ingin melindungi orang yang penting buat kamu.”

“Orang yang penting buat saya? Ya. Pada waktu itu saya hanya terfikir untuk melindungi Xyella sahaja dan tiba-tiba satu persai mengelilingi kami berdua.” Entah mengapa aku begitu senang untuk berbicara dengan lelaki ini.

“Nampaknya kamu sudah mengerti. Baguslah. Dan adakah kamu tahu, apa kuasa saya?” tanya lelaki itu.

“Em.. Mungkin tuan mempunyai keempat-empat kuasa? Kerana saya percaya pengetua di Sekolah Magis pastinya seorang yang sangat hebat.” Kataku dengan penuh yakin.

“Haha. Kamu ini sememangnya seperti ibu kamu, tidak pandai meneka.” ujar lelaki itu sambil ketawa kecil.

“Maksud tuan? Adakah tuan mengenali ibu saya?”

“Kuasa saya persis seperti kamu, iaitu kuasa pelindung. Dan ya, saya amat mengenali ibumu kerana saya adalah suaminya.” .
“Ma.. Maksud tuan, tu.. tuan ialah a.. ayah saya?!”
“Ya.. ya Alleya. Aku adalah ayahmu!” Tiba-tiba lelaki itu memelukku dan menangis. Aku terpaku. Tiba-tiba mataku dipenuhi oleh butir-butir mutiara.

Setelah lelaki itu melepaskan pelukkannya, dia memandang tepat ke dalam mataku.

“Ayah minta maaf. Alleya tahu, selama ini ayah mencari kamu dan ibu kamu. Merata-rata ayah mencari kamu berdua tetapi tidak berjaya. Ini kerana setiap kali ada berita mengenai ibumu, ibumu akan berpindah ke tempat lain. Dahulu, ibu dan ayah hidup bahagia sehinggalah 12 tahun lepas, satu perperangan besar telah berlaku. Pada usia yang tidak begitu matang, ayah terpaksa meninggalkan ibumu yang sedang mengandungkan kamu. Ini kerana mereka amat memerlukan kuasa ayah. Ayah terpaksa pergi sebegitu jauh dari ibumu. Setelah kami memenangi peperangan itu, ayah pulang ke kampung tetapi mereka mengatakan bahawa ibumu sudah berpindah setelah melahirkan kamu. Ibumu ingat bahawa ayah sudah tidak mahu pulang ataupun ayah sudah tiada. Merata ayah mencari kamu berdua sehinggalah suatu hari mereka menawarkan ayah untuk mengganti pengetua di sekolah ini. Pada mulanya ayah tidak bersetuju tetapi ayah mula terfikir yang satu hari nanti anak ayah ini pasti bersekolah di sekolah ini.”

Apa yang harus aku lakukan? Aku sudah berjumpa dengan ayah dan aku amat gembira. Semua yang berlaku selama 12 tahun ini hanyalah salah faham? Sememangnya mama memang tidak pandai meneka seperti aku juga.

“Ayah, cuti nanti kita balik jumpa mama, ya?” ujarku.
“Ya!Ya! baiklah sayang!” kata ayah kegembiraan. Aku dapat melihat air mata kegembiraan jelas terpancar di muka ayah. Aku turut menangis kegembiraan.

*****
Mama, Alleya seperti tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Pada mulanya Alleya sendiri tidak begitu yakin dengan diri Alleya. Kini, setelah berpindah ke sini, Alleya dapat berdikari, Alleya dapat seorang sahabat yang sangat baik dan Alleya juga dapat berjumpa dengan ayah. Kini Alex dan rakan-rakannya tidak lagi membuli kami. Perangai mereka mula berubah menjadi baik. Alleya dan Xyella semakin rapat dan Alleya juga lebih mengenali ayah. Aku juga tidak menyangka bahawa mama juga memiliki kuasa yang sangat hebat. Xyella, jika Xyella berusaha dengan tekun, mungkin Xyella juga akan jadi sehebat mama. Alleya juga sedang berusaha untuk menjadi sekuat ayah.

“Alleya, senyum apa sendirian? Tak baik lah selalu termenung saja. Nanti teman lelaki lar,.” usik ayah.

“Ayah! Alleya ni muda lagilah nak ada teman lelaki! Tak baik tau usik Alleya begitu!” Marahku.

“Haha! Ayah bergurau sajalah sayang. Dah! Jom kita berangkat! Semester pertama sudah tamat. Alleya dah berjanji nak bawa ayah berjumpa dengan mama kan?” kata ayah.

“Ya bos! Alleya tidak akan memungkiri janji jadi ayah janganlah risau! Tapikan ayah, di kampung Alleya ada seseorang yang Alleya suka!” Ujarku menduga.

“Ha?! Siapa? Bagitahu lah kepada ayah! Ayah pun nak tahu. Adakah dia lebih kacak dari ayah?” tanya ayah.

“Dia comel sangat! Lebih comel dari Alleya!”

“Siapa nama dia? Ayah nak tahu juga!” Kata ayah sambil merayu seperti anak kecil.

“Nama dia, Pluffy! Hahaha!” Aku ketawa.

“Ha? Pluffy? Pelik sahaja namanya!”

“Dah! Dah! Ayah kata nak berangkat tadi. Nanti terlambat pula!” kataku dengan semangat.

“Baiklah sayang!” sahut ayah.

Ya. Hari baru, suasana baru, permulaan yang baru. Mama, tunggulah kepulangan Alleya. Alleya ada kejutan untuk mama!

SEKOLAH MAGIS

Sekolah Magis


Syira ialah salah seorang murid di Sekolah Magis. Syira seorang anak yatim piatu. Pihak sekolah terjumpa dia merayau di dalam hutan sewaktu dia berusia tujuh tahun. Ketika pihak sekolah terjumpa Syira, mereka ternampak satu pendinding yang melindungi Syira daripada ditimpa malapetaka. Mereka tahu Syira mempunyai kuasa magis.

Kini Syira berumur 15 tahun. Dia mempunyai kuasa magis yang tidak ada pada murid-murid lain di Sekolah Magis. Ramai yang mengatakan Syira seorang yang istimewa. Ada yang mengatakan dia ganjil. Tetapi Syira tidak peduli. Semua itu takdir.

Di sekolah, sudah banyak yang telah Syira pelajari. Dia belajar tentang kegunaan herba. Dia juga belajar bagaimana hendak membuat pendinding yang lebih utuh serta mengawal kuasanya. Dia juga sudah tahu bagaimana hendak membuat serangan.

Tetapi Syira bosan. Dia mahukan satu cabaran. Alangkah bagusnya jika Syira membantu orang. Dia mungkin boleh menghalang perompak daripada merompak bank.

Syira kemudian ternampak Encik Razak terduduk di atas sebuah bangku. Dia seperti mempunyai masalah. Syira berasa pelik. Tidak pernah dia melihat Encik Razak risau. Dia selalunya tenang.

“Mengapa cikgu nampak risau saja?”

“An-Nar akan menyerang kita.” Encik Razak bagaikan tidak berani hendak menyebut nama itu. Siapa An-Nar? Mengapa Syira tidak pernah mendengar nama itu setelah bertahun-tahun dia berada di situ?

“Siapakah An-Nar?”

“An-Nar ialah sekumpulan ahli sihir yang setiap hari mengamalkan ilmu hitam. Mereka kini sudah bersedia untuk membunuh kita yang berada di sekolah ini. Dari dahulu lagi kami bermusuh. Sekarang, apa perlu kita buat bagi melawan mereka?”

Syira sudah tidak sabar untuk menghadapi cabaran yang baru itu. Dia berfikir sejenak apa yang hendak dilakukan untuk melindungi semua murid dan guru di sekolah itu.

“Senang sekali!” Syira separuh menjerit sambil memetik jarinya.

“Apa yang senang?” Lelaki yang berusia 42 tahun itu yakin idea yang dia akan dengar daripada mulut Syira itu adalah idea yang bernas.

* * * * * *

Murid-murid dan guru-guru di Sekolah Magis kini sudah bersedia bagi melindungi sekolah mereka daripada serangan An-Nar. Semua murid mahu menghulurkan pertolongan terutamanya Syira. Syira dan kawan-kawannya bekerjasama membina pendinding yang lebih utuh bagi melindungi sekolah mereka.

Guru-guru pula memasang kamera di dalam dan luar kawasan sekolah bagi memastikan An-Nar tiada di situ. Mereka juga menyuruh pengawal mengawasi kawasan sekitar sekolah ketika murid-murid sedang tidur.

“Syira, awak pastikah kita akan selamat? Saya takut.” Suara kawan Syira, Imah tersekat-sekat. Dia tidak mahu mati dalam keadaan yang menakutkan. Dia tidak mahu dibunuh.

“Jangan risau, Imah. Doakan saja supaya kita semua selamat.” Seperti biasa, Syira memberi semangat untuk rakan karibnya itu. Imah murid yang lemah. Dia tidak mempunyai kuasa yang kuat bagi menentang An-Nar.

“Murid-murid, sembunyi! Dua orang ahli An-Nar sudah datang.” Cikgu Rosmiah memberi amaran kepada semua murid. Syira terlihat dua orang lelaki berpakaian warna jingga berdiri satu meter dari bangunan sekolah. Mereka bagaikan singa yang hendak menerkam mangsanya.

Syira bersembunyi di dalam belukar yang terletak di taman. Di sebelahnya, Imah menggigil ketakutan. Peluhnya menitik beberapa kali. Syira menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum.

“Busuk betul peluh kamu. Nah, ambillah tisu ini!” Syira berbisik seraya menghulurkan sehelai tisu untuk Imah. Mata Syira kembali tertumpu pada dua orang ahli An-Nar.

Mereka menjejakkan kaki di Sekolah Magis. Tiba-tiba, mereka tertolak jauh ke belakang bagaikan dilanggar sebuah kereta api. Syira tersenyum. Sudah terbukti pendinding itu dapat melindungi semua murid di Sekolah Magis. An-Nar tidak akan kembali lagi.

Tanpa diduga, ahli-ahli An-Nar itu muncul semula. Kini, mereka bersama seorang lagi lelaki yang sedang bercekak pinggang. Lelaki itu kelihatan bengis. Badannya besar dan gemuk bagaikan seekor badak.

“Apa pasal kamu berdua memanggil aku?” kata orang lelaki yang bersuara garau itu.

“Mereka buat pendinding, tuan! Kami semua tidak dapat masuk.”

“Apa yang susah? Buat sahaja macam biasa!”

Macam biasa? Apa maksud mereka? Bisik hati kecil Syira. Soalan-soalan itu dibiarkan tanpa jawapan. Lambat-laun, dia pasti tahu apa yang dimaksudkan lelaki itu. Syira ternampak mulut mereka terkumat-kamit membaca mantera. Syira tidak berhenti berdoa supaya pendinding itu tidak musnah akibat mantera yang dibaca.

Doa Syira tidak dimakbulkan. Pendinding itu musnah! An-Nar berjaya masuk. Apa yang Syira nampak semuanya di luar jangkaan. Tadi hanya tiga orang ahli tetapi kini beratus-ratus orang ahli An-Nar memasuki sekolah. Imah cuba menjerit tetapi Syira menutup mulutnya. Dia tidak mahu An-Nar mengesan di mana mereka berada.

“Syira, mereka berjaya masuk! Nanti murid-murid yang lain dibunuh. Apa perlu kita buat?”

“Kita buat serangan secara senyap-senyap.”

“Apa maksud awak?”

“Kita buat serangan dari dalam belukar. Nanti An-Nar tidak tahu serangan itu datang dari mana.”

Imah mengangguk tanda setuju. Mereka berdua mencari ahli An-Nar yang sesuai bagi menjadi sasaran mereka. Imah menoleh ke kanan. Syira pula menoleh ke kiri. Imah menoleh ke belakang dan Syira menoleh ke hadapan. Tidak ada orang yang sesuai!

“Itu! Yang kurus kering itu. Nampak tidak bermaya saja.” Imah betul. Ahli An-Nar yang kurus kering bagai sekeping papan itu sesuai bagi dijadikan sasaran mereka.

Imah dan Syira menggosok-gosokkan tangan mereka untuk mencipta cakera berapi. Apabila sudah banyak dikumpul, mereka melontarkan cakera-cakera tersebut bagai melontar satu boomerang. Cakera-cakera tersebut tepat mengenakan dada lelaki itu. Cakera-cakera Imah pula terkena kaki lelaki itu hinggakan dia terjatuh.

“Aku cedera!” jeritan lelaki itu didengari rakan-rakannya. Lima orang ahli An-Nar membawanya keluar dari sekolah dengan segera. Imah dan Syira gembira kerana mereka berjaya menghalau enam orang ahli An-Nar dari sekolah mereka. Tetapi, kegembiraan mereka tidak berpanjangan.

“Oh, kamu berdua yang membuat serangan tadi rupanya!” Ketua An-Nar berjaya menangkap Syira dan Imah. Mereka menjerit ketakutan. Ahli-ahli An-Nar yang lain pula tersenyum menampakkan gigi mereka yang berkarat. Rupa mereka amat menggerunkan.

“Syira, saya takutlah! Gigi mereka terlalu kuning!” Imah menjerit ketakutan. Syira turut geli apabila melihat gigi-gigi itu.

“Tuan, mereka benar! Sejak kita semua mengamalkan ilmu hitam, kita tidak pernah menggosok gigi.”

“Hoi, kita mahu musnahkan mereka, bukan mahu gosok gigi! Sudah, mari kita panggang budak-budak ini!”

“Nanti! Saya tahu di mana semua guru dan murid lain berada!” Syira tersenyum.

“Di mana mereka sekarang?”

“Di sini!” Syira dan Imah melontarkan tiga keping cakera berapi. Cakera-cakera tersebut tepat mengenai mata ketua An-Nar itu. Matanya buta serta-merta. Ketua An-Nar itu berang. Dia mengarahkan semua ahli An-Nar membunuh Syira dan Imah.

Syira menarik tangan Imah dan berlari menuju ke kebun. Di situ banyak tempat persembunyian.

“Mari, kita ke kelas. Di situ lebih baik. Kelas kita halimunan.” Cikgu Lin membawa dua orang remaja itu menuju ke kelas mereka.

* * * * * *
“Cikgu, murid-murid kelas 3 Minda sudah ditangkap. Mereka telah disumbatkan ke dalam Penjara An-Nar.” Cikgu Lin kelihatan sedih dan risau setelah mendengar khabar angin itu. Berkemungkinan mereka diseksa. Kasihan murid kelas 3 Minda.

“Cikgu, sampai bila kita akan berada dalam keadaan begini?” Ternyata Imah bosan kerana apabila hendak keluar mencari makan, mereka mesti bertukar halimunan supaya tidak ditangkap oleh An-Nar.

“Sabar, kita berdoa saja supaya semuanya berakhir.”

“Cikgu, mereka sudah kembali!”

Ketiga-tiga perempuan itu senyap. Mereka tidak mahu ditangkap sepertimana semua guru dan murid ditangkap dan diseksa di Penjara An-Nar. Tumpuan mereka hanya satu, An-Nar. Mereka sedang lalu di kelas mereka.

“Cikgu, tolong!” Satu suara meminta tolong didengari dari belakang Cikgu Lin. Cikgu Lin menoleh.

“Imah! An-Nar, lepaskan dia!” Apabila Syira menyedari Imah ditangkap, dia membaca mantera. An-Nar ketawa berdekah-dekah. Mereka menyangka remaja yang berumur 15 tahun itu tidak dapat mengalahkan mereka yang berkuasa itu.

Sangkaan mereka meleset. Anggota badan mereka telah dikawal oleh Syira! Tangan mereka melepaskan Imah. Tubuh mereka terawang-awang di udara dan terpelanting jauh dari kelas mereka.

Imah menghembuskan nafas lega. “Nasib baik awak selamat. Kami terlalu risau!” Syira dan Cikgu Lin turut lega.

“Eh? Mana datangnya cakera ini?” Imah pelik apabila terjumpa cakera berwarna hijau. Tiba-tiba, Syira mengaduh kesakitan. Rupa-rupanya An-Nar sempat melontar cakera ke arah kakinya hingga luka.

“Sabar, Syira. Nanti cikgu keluar untuk ambil ubat luka.”

Belum sempat Cikgu Lin keluar dari kelas, Syira menghalangnya. “Jangan cikgu! Nanti An-Nar jumpa cikgu. Saya risau mereka tangkap cikgu.”

Cikgu Lin tetap pergi. Dia berkata bahawa kesihatan Syira lebih penting. Kerana Syira ialah generasi yang paling berkuasa pada abad itu. Syira ialah ahli sihir yang terpilih.

Syira dan Imah masih tergamam walaupun Cikgu Lin sudahpun hilang daripada pandangan mereka. Syira tidak sangka dia ahli sihir yang terpilih. Imah melompat kegembiraan. Dia bertuah kerana dapat berkawan dengan Syira.

Sewaktu Cikgu Lin mengambil ubat, Syira mengambil kesempatan untuk menyembuhkan lukanya. Dia menggunakan mantera serta herba yang disimpan di dalam kelasnya.

“Aah!” Syira terdengar satu jeritan. Suara itu amat dikenalinya. Cikgu Lin dalam bahaya! Pasti guru itu ditangkap. Imah dan Syira keluar dari kelas. Mereka menjenguk dari kaki lima kelas mereka.

Syira melihat di sekitar sekolah. Cikgu Lin hilang. Mereka kini tiada penjaga untuk melindungi mereka. “Sudahlah, Imah! Mereka dah buat banyak perkara pada kita. Tiba masanya untuk kita balas dendam. Kita mesti lawan!” tegas Syira. Imah mengangguk setuju. Walaupun sudah beberapa kali dia menggigil ketakutan tetapi kini tidak lagi. Dia harus memberanikan diri.

“Tetapi di mana tempat mereka?” Syira berfikir sejenak. Dia tidak tahu di mana terletaknya Penjara An-Nar. Bagaimana mereka hendak melepaskan semua banduan yang tidak bersalah itu? Patutkah mereka menunggu kedatangan An-Nar untuk berlawan dengan mereka?

“Tidak usah fikir lagi, Syira! Bukankah awak ahli sihir terpilih? Tidak bolehkah awak mengesan tempat itu?” soal Imah sambil tersengih.

“Betul juga kata awak.”

* * * * * *
Keadaan di Penjara An-Nar sungguh ngeri. Banduan-banduan tertiarap di atas lantai yang penuh dengan lipas serta tikus. Terdapat kesan-kesan libasan pada anggota badan mereka. Syira dan Imah tidak sanggup melihat keadaan mereka.

Penjara itu lain dari yang lain! Syira cuba melepaskan banduan-banduan itu tetapi gagal. Ada pendinding yang menghalangnya daripada melepaskan mereka. Syira melontarkan bebola api. Tidak ada apa-apa yang berlaku. Imah pula melontarkan cakera berapi. Gagal.

“Saya rasa awak sahaja yang dapat memusnahkan pendinding itu,” cadang Imah.

“Saya tahu apa yang awak fikirkan. Awak kata begitu kerana saya ini ahli sihir terpilih, bukan?”

“Betul.”

“Saya akan cuba setakat yang saya mampu.” Syira menggerak-gerakkan tangannya sambil membaca mantera. Usai membaca mantera, Syira masih tidak dapat memusnahkan pendinding itu.

“Begini, kita buat bersama,” cadang Syira pula. Imah mengangguk. Perbuatan Syira tadi diulangkan. Usai membaca mantera, Imah cuba mengeluarkan banduan-banduan itu. Berjaya! Mereka melompat kegembiraan.

“Tiada masa kita hendak bergembira. Sekarang kita perlu mengeluarkan semua banduan dari penjara ini.”

“Tetapi mereka terlalu ramai! Lagipun, nahas kita jika An-Nar nampak.” Syira hanya mengiakan kata-kata Imah. Syira tersenyum. Imah tahu Syira mempunyai idea bagi menyelesaikan masalah yang mereka sedang hadapi itu.

Syira tidak memberitahu ideanya kepada Imah. Dia menutup mata dan membayangkan semua banduan di situ hilang sekelip mata dan muncul di sekolah dengan selamat. Dia perlu fokus. Jika tidak, banduan-banduan itu akan muncul di tempat lain.

Imah terkejut. Tindakan Syira itu membuatkan dia tidak lagi menjadi halimunan. Bahaya akan menimpa Syira!

“Tuan, budak itu melepaskan banduan!” Imah tidak silap. An-Nar sudah nampak Syira. Pada masa yang sama, Syira berjaya memindahkan banduan-banduan itu. Syira kembali menjadi halimunan. Tetapi gagal.

An-Nar tersenyum. Senanglah kerjanya hendak menangkap Syira. Imah masih lagi dalam keadaan halimunan. Tidak mungkin An-Nar akan nampak dia.

“Imah, mengapa saya tidak boleh jadi halimunan?” bisik Syira. Dia tidak mahu An-Nar mengesan bahawa kawannya turut berada di situ.

“Awak telah menggunakan kuasa luar biasa awak. Kuasa awak semakin lemah. Jika awak menggunakan lagi kuasa awak, berkemungkinan awak akan menjadi manusia biasa. Awak mesti kawal kuasa awak.” Imah menerangkan dengan panjang lebar. Syira terkejut. Dia tidak boleh menggunakan kuasanya buat sementara.

“Bila boleh saya gunakan kuasa saya?”

“Kadang-kadang dalam masa dua hari. Tetapi itu untuk ahli sihir biasa. Jikalau yang terpilih, saya tidak tahu.”

“Hei! Kamu bercakap dengan siapa itu?” An-Nar mula dapat menghidu bahawa ada seseorang di penjara itu selain Syira.

“Tidak, saya bercakap seorang diri.” Syira menjawab tergagap-gagap. Tanpa Syira jangka, satu bebola api yang besar menghempas tubuhnya yang kecil itu. Imah terjerit kecil. Tumpuannya hilang sekelip mata dan mengakibatkan dia tidak menjadi halimunan.

“Syira, kamu jangan pengsan! Bagaimana dengan saya?” Imah menggoncang-goncangkan badan Syira sambil menangis. Dia tidak mahu disumbatkan ke dalam penjara.

Syira bangun. Entah mengapa dia rasa bersemangat. Dia cuba mencipta satu bebola api yang kecil. Syira terkejut. Biji matanya bagaikan hendak terkeluar. Bukan bebola api yang tercipta. Satu bebola yang ganjil telah tercipta. Bebola itu berwarna biru.

“Apa ini?”

“Ini bebola elektrik! Saya ada baca, bebola ini hanya dicipta oleh ahli sihir terpilih.” Terang Imah sambil tersenyum bangga. Kuasa Syira kembali. Kini lebih kuat.

Syira tergamam. Begitu juga dengan An-Nar. Menurut Imah, bebola elektrik ini 15 kali ganda lebih kuat daripada bebola api. Hanya dengan saiz sebesar bola tenis, ia boleh membunuh seseorang apabila dilontarkan.

Syira tersenyum mendengar maklumat yang diberikan itu. Dia membesarkan lagi saiz bebola elektrik itu menjadi sebesar sebuah peti sejuk. Imah tepuk tangan bagaikan dia sedang melihat satu pertunjukan.

“An-Nar, lari!” salah seorang ahli An-Nar memberi amaran. Belum sempat mereka membuka langkah seribu, Syira melontarkan bebola elektrik itu.

Boom! Penjara berasap. Apabila asap-asap itu berkurang, Syira melihat lebih 90 orang ahli An-Nar mati akibat lontaran bebola elektrik itu. “Sudah, tiada masa kita hendak melihat mayat-mayat itu. Sebenarnya, ada berapa orang ahli An-Nar?”

“290 orang. Dari tahun 1550 mereka mengekalkannya. Tadi saya kira mayat-mayat itu. Ada 94 orang ahli yang sudah mati termasuk ketuanya. Maknanya ada lagi 196 orang ahli yang masih hidup.”

“Kita perlu cepat. Mungkin mereka ke sekolah untuk membunuh guru-guru dan murid-murid.”

* * * * * *
Ahli-ahli An-Nar yang masih hidup berada di sekolah untuk membunuh semua guru dan murid. Apabila Syira dan Imah tiba di sekolah, mereka terkejut. Salah satu blok sudah dibakar! Syira memindahkan guru-guru itu ke bilik guru manakala murid-murid di kelasnya.

Syira berfikir bagaimana hendak menghapuskan An-Nar. Imah pula meminta Syira untuk jangan membuang masa. Masa sudah suntuk. Lambat-laun, pasti An-Nar temui banduan-banduan itu. Syira memetik jari. Dia terus menuju ke kebun sekolah.

“Awak ada kertas?”

“Sentiasa. Nah, ambillah! Pensel pun ada. Apa awak nak buat?” Imah menghulurkan sehelai kertas serta pensel. Dia tidak tahu apa yang Syira nak buat.

Syira mengumpul kayu-kayu api yang bersepah di kebun. Dia membaca mantera untuk menghidupkan api. Kemudian, dia menulis sesuatu di dalam kertas. Imah membaca apa yang tertera pada kertas itu. “Saya mahu An-Nar mati.” Syira membaca mantera.

“Apa yang aku mahu aku tulis di sini,
Ambillah impian aku dan kabulkannya;
Apa yang aku mahu itulah yang aku harus dapat,
Jadikan impian aku satu kenyataan.”

Syira melipat kertas itu. Dia membakar kertas itu. Imah tidak pernah melihat orang buat begitu. Cikgu pun tidak pernah mengajarnya. “Siapa ajar awak buat begini?”

Syira menggelengkan kepalanya. “Tiada siapa. Baru terlintas di fikiran saya. Lagi tiga saat An-Nar akan mati. Tiga, dua, satu!” Usai mengira, mereka terdengar ramai ahli An-Nar menjerit bagaikan diseksa. Suara-suara itu datang dari makmal sains. Mereka bergegas ke sana.

Mereka terkejut. Tubuh badan An-Nar dibakar! Keadaan mereka sungguh mengerikan! Sesiapa yang berada di sana pasti tidak sanggup melihat mayat-mayat mereka. “Ianya sudah berakhir,” suara Syira lemah. Namun, ada senyuman pada bibirnya…